Friday, February 19, 2010

LGE Samseng Jalanan! PENIPU!

Cukup biadap Cina, Lim Guan Eng ni... Kenapa kau nak sembunyikan fakta sebenar di sebalik dakwaan kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun ini.

Ini kerana, jumlah sebenar peruntukan yang disediakan bagi tujuan itu didakwa hanyalah RM11 juta, lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008.

Peruntukan RM24.3 juta yang dinyatakan kerajaan negeri sebenarnya turut merangkumi perbelanjaan tahunan bagi kos pengurusan agensi agama Islam.

Bajet pengurusan berjumlah RM13 juta adalah bajet mengurus yang diperuntukkan secara tahunan untuk membayar emolumen termasuk gaji kakitangan agensi di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Islam.

Jadi, jika ditolak (RM13 juta) daripada RM24 juta, peruntukan sebenar hanyalah RM11 juta. Nampaknya, fakta-fakta yang diberikan tidak jelas malah menimbulkan keraguan!

Jawab LGE! Jawab!!!

Khairy desak Guan Eng beri penjelasan


Penafian Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung laporan Utusan Malaysia kelmarin mengenai pembatalan perarakan sambutan Maulidur Rasul di negeri itu mula menjerat leher sendiri.

Ia ekoran pendedahan surat bertarikh 5 Februari yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir, mewakili Setiausaha Kerajaan Negeri yang dengan jelas menyatakan bahawa majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul dibatalkan dan diteruskan dengan Majlis Perhimpunan Ummah pada 26 Februari.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meminta penjelasan daripada Guan Eng mengenai kesahihan surat berkenaan yang menurutnya turut dimuat naik ke laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP).

"Pemuda UMNO menyambut baik kenyataan Guan Eng bahawa sambutan (Maulidur Rasul) kali ini akan dilaksanakan selama tiga hari berturut-turut bermula daripada 25 Februari 2010.

"Namun, Pemuda UMNO ingin bertanya kepada Guan Eng kesahihan salinan surat dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menyatakan Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Pulau Pinang memutuskan untuk membatalkan perarakan tradisi Maulidur Rasul dalam mesyuaratnya 3 Februari lalu.

"Guan Eng harus menjelaskan perkara ini dengan telus dan jujur sebagaimana cogan kata bagi pentadbiran beliau yang menjurus kepada tema Cekap, Akauntabiliti dan Telus," katanya dalam laman blog beliau http://www.rembau.net.my/.

Menurut Khairy sekiranya laporan itu benar, pembatalan perarakan itu yang merupakan amalan tradisi bagi seluruh Umat Islam di negara ini, adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan juga umat Islam di Pulau Pinang.

"Pembatalan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana ia seakan menidakkan kehendak rakyat Pulau Pinang beragama Islam berarak bagi menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada Rasulullah.

"Malah ia juga adalah satu gambaran yang langsung tidak memahami dan menghormati sensitiviti masyarakat majmuk dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Malaysia," ujarnya.

UMNO PilihanKu : Pelancaran Kempen Penambahan Ahli Dan Daftar Pemilih






Bertemakan UMNO Pilihanku Pemuda UMNO hari ini melancarkan kempen penambahan ahli dan daftar pemilih dalam usaha meluaskan jangkauan di kalangan generasi muda dan memantapkan gagasan perjuangan murni parti. Bertempat di Kota Siputeh, Kedah, seluruh jentera Pemuda bertekad untuk menjayakan inisiatif berkenaan dengan mendekati golongan muda agar mereka terus bersama di dalam parti keramat tersebut. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir turut menyuntik semangat kepada gerak kerja proaktif Pemuda yang diterajui Khairy Jamaluddin itu.

Thursday, February 18, 2010

PM tells UMNO to get views from young Malaysians.

KJ jadi menteri???

KJ jadi menteri?? bukan agenda utama pertemuan dengan PM... Pemuda Ditugaskan Cungkil Idea Generasi Muda .....

Pergerakan Pemuda Umno akan mengadakan perjumpaan dengan golongan muda untuk mendapatkan idea mengenai isu-isu semasa, serta harapan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar idea dan harapan golongan muda dapat disampaikan dan seterusnya diambil tindakan oleh kerajaan.

"Zaman kerajaan tahu segala-galanya dah tamat. Jadi Pemuda Umno ditugaskan untuk mencungkil daripada generasi muda yang tidak semestinya ahli Pemuda, Umno atau Barisan Nasional (BN), apakah permintaan dan harapan mereka daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Exco Pemuda Umno mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri, di sini Rabu.

Khairy berkata pergerakan itu telah pun melaksanakan usaha tersebut di pelbagai peringkat sebelum ini namun tidak dilaksanakan dengan sistematik sepertimana yang dimahukan Perdana Menteri.

Beliau berkata satu mesyuarat akan diadakan selepas ini bagi penubuhan sebuah jawatankuasa bagi memantau penubuhan makmal khas mengendali tugasan tersebut dan laporan pertama dijangka dikemukakan dalam masa tiga bulan.

Selain itu katanya, pergerakan itu juga akan melancarkan program Jelajah 1Malaysia Pemuda pada bulan depan bagi menerangkan konsep 1Malaysia kepada golongan pemuda di seluruh negara.

Ditanya sama ada kunjungan itu ada membincangkan mengenai spekulasi pergolakan dalam Pemuda Umno, Khairy berkata isu tersebut tidak timbul, selain menegaskan ia merupakan perjumpaan biasa yang membincangkan mengenai halatuju pergerakan itu dalam membantu rakyat terutama generasi muda dan bukannya perjumpaan untuk menyelesaikan kemelut dalaman pergerakan.

"Dari segi politik Datuk Seri Najib berpuas hati dengan hala tuju Pemuda pada hari ini dan beliau tekankan bahawa perpaduan itu penting bukan sahaja dalam Pemuda tetapi di kalangan seluruh parti Umno dan BN," katanya.

Bagaimanapun, katanya, perbezaan pendapat dan pandangan adalah perkara biasa memandangkan beliau menerajui parti politik yang mempunyai kira-kira 700,000 anggota, namun sebagai ketua, perbezaan pendapat harus diterima dan memperbaiki segala kelemahan.

Berita terdahulu

KJ jadi menteri agenda besar Pemuda jumpa PM?

http://tunfaisal.blogspot.com/

Seorang rakan Facebook (FB) menulis "hari ini (17 Februari 2010) Pemuda UMNO menemui Presiden parti. Katanya pasal PRU 13 tetapi agenda besar ialah bertanyakan bila Ketua Pemuda nak dilantik sebagai menteri sebagai pengiktirafan terhadap Pemuda. Perlukah perlantikan tersebut?"

Sebelum itu, petang semalam wartawan juga nampaknya cukup berminat di atas dua perkara, pertama, sama ada masalah dalaman Pergerakan Pemuda dibangkitkan? Kedua, sama ada terdapat tuntutan tertentu yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda?
Sebagai individu yang terlibat dalam pertemuan tersebut, saya fikir saya bertanggung jawab untuk menjelaskan sebaik mungkin tentang keadaan sebenar mesyuarat bersama Perdana Menteri petang semalam bagi merungkai spekulasi yang mungkin timbul.

Bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh rakan FB tadi, saya menulis, "minta maaf; tetapi posting saudara itu tidak betul dan amat salah. TIDAK ADA agenda besar seperti itu melainkan utk memaklumkan perkembangan Pemuda dan hala tuju serta pendirian Pemuda dalam perkara tertentu. Paling penting tentulah utk mendengar dari mulut PM sendiri tentang setiap agenda beliau dan mendapatkan bimbingan (guidance) dan nasihat beliau tentang langkah ke hadapan pemuda."

Rakan FB saya membalas, "TFIA: saya mungkin bersetuju kalau perkataan 'agenda besar' mungkin tidak tepat kerana berbeza mengikut tafsiran dan pemahaman suasana semasa cuma kalau boleh diperbetulkan saya ingin menyatakan 'antara agendanya'. Mungkin itu lebih tepat atau perlukah dikatakan 'antara yang dibincangkan'?"

Saya menjelaskan, "jawapan yang paling tepat - ia tidak dibincangkan dan bukan merupakan salah satu daripada agenda yang ditetapkan. Apa yang boleh saya perkatakan adalah, ia merupakan satu sesi yang bagus dengan sejumlah keputusan yg baik dan akan membantu parti."

Naib Ketua Pemuda Datuk Razali Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dalam responnya menyebut Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengarahkan agar Pemuda bekerja kuat. Razali memberi gambaran bahawa pertemuan itu berlangsung dengan bersahaja dan diselangi dengan gelak ketawa. Beliau juga menyifatkan ia sebagai satu perbincangan yang sangat baik dan membantu Pemuda memahami dengan lebih jelas tentang hasrat dan wawasan Presiden parti.

Beliau menjelaskan bahawa Ketua Pemuda Sdr Khairy Jamaluddin telah membentangkan secara ringkas tentang status terkini Pergerakan Pemuda, beberapa pendirian yang telah diambil oleh pergerakan itu dan menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap gagasan 1Malaysia serta memohon bimbingan Datuk Seri Najib tentang bagaimana Pemuda boleh lebih berperanan dalam membantu kerajaan dan parti.

Ketika ditanya tentang kontroversi krisis kempimpinan Pemuda, Razali menyatakan bahawa ia tidak disentuh sama sekali dalam pertemuan semalam. Tentang soal perpaduan pula, Razali menegaskan, ia adalah sesuatu yang mesti dilakukan oleh mana-mana organisasi sebelum boleh melangkah kehadapan dengan berkesan.

Sdr Khairy dalam kenyataannya kepada media selepas itu menyebut bahawa Presiden parti telah menugaskan Pemuda untuk mendekati golongan muda untuk mendengar idea dan menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka. Idea, permintaan dan aspirasi golongan muda ini nantinya akan dibincang dan diangkat untuk membantu tindakan-tindakan kerajaan. Dalam masa terdekat Pergerakan Pemuda juga akan melancarkan Jelajah 1Malaysia bagi menerangkan tentang 1Malaysia dan pengisiannya kepada golongan muda di seluruh negara.

Sebagai pemimpin yang datang dari kilang Pemuda nampaknya Datuk Seri Najib amat memahami cabaran yang dihadapi oleh pergerakan ini dalam melaksanakan tugas dan gerak kerja parti. Dalam ucapan pembukaannya beliau telah menerangkan dengan jelas tentang cabaran-cabaran masa kini parti, pendekatan beliau dalam memimpin kerajaan dan parti, hala tuju serta menerangkan gagasan 1Malaysia dalam konteks tugas dan peranan Pemuda. Tidak ketinggalan adalah ingatan Datuk Seri Najib agar Pemuda turut melaksanakan perubahan.

Tidak keterlaluan jika saya mengatakan bahawa Ketua Pemuda, Naib Ketua Pemuda, Ahli Jawatankuasa Pemuda dan Ketua-ketua Pemuda Negeri telah secara aktif menyampaikan pandangan mengenai pelbagai perkara dan isu-isu generasi muda yang dianggap penting bagi melicinkan lagi perjalanan sayap tersebut, baik di peringkat nasional, negeri dan juga bahagian.

Isu, soalan dan pandangan yang dilontarkan ini telah mendapat perhatian Datuk Seri Najib dan telah dijawab dan diulas secara jelas oleh beliau. Hala tuju, pendekatan, program dan pendirian Pemuda, termasuk dalam isu 50 Ahli Parlimen Australia dihargai dan diambil maklum oleh Datuk Seri Najib. Paling penting adalah terdapat pandangan-pandangan kepemimpinan Pemuda yang diterima baik dan Datuk Seri Najib telah menyatakan kesediaan untuk mempertimbangkan tindakan susulan yang bersesuaian.

Sekali lagi nampaknya seolah-olah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengecewakan ramai pihak kerana tidak dapat menghidangkan berita sensasi yang mereka harapkan. Tiada perkara yang panas; tiada kisah kontroversi. Tiada cerita masalah dalaman. Tiada desakan mahupun tuntutan. Hanya satu perkara yang mendominasi perbincangan semalam - KERJA!!!!

Pemuda UMNO Mahukan Australia "Mind Your Own Business"



Mind Your Own Business itulah slogan yang digunakan oleh Pemuda UMNO Malaysia yang diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddiin ketika bersama lebih dari seribu orang yang terdiri dari Pemuda UMNO Malaysia , wakil MIC , wakil Makhal Sakti , Pemuda UMNO Malaysia, Belia 4 B . ABIM , MBM dan NGO NGO lain. Perarakan yang bermula pada jam 9.00 Pagi diketuai oleh YB Khairy Jamaluddin , YB Datuk Razali. dan pemimpin pemimpin pemuda parti komponen. Perarakan yang telah mendapat permit dari pihak berkuasa ini berjalan dengan secara aman dan tiada sebarang insiden berlaku.




Wednesday, February 17, 2010

Pemuda BN Hantar Memorandum Bantah Campur Tangan Australia






Pemuda UMNO Khairy memimpin sebagai protes terhadap Australia
















KUALA LUMPUR: Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini menyerahkan memorandum menyatakan kemarahan rakyat Malaysia terhadap tindakan 50 anggota Parlimen Australia yang jelas ada niat untuk campur tangan dalam hal ehwal sistem kehakiman di negara ini.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, memorandum itu menuntut agar Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Luar Negeri Parlimen Australia, Michael Danby menarik balik surat yang dihantar oleh 50 anggota parlimen negara itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia serta satu permohonan maaf daripada Danby bagi pihak 50 anggota Parlimen itu.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, memorandum itu juga menggesa agar Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd menyatakan dengan jelas bahawa pendirian kerajaan Australia tidak sama dengan pendirian 50 anggota Parlimen negara itu.

"Malaysia adalah negara yang berdaulat. Dengan adanya keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, kita tidak terima langsung apa saja usaha, apa saja tindakan yang kita anggap sebagai campur tangan daripada pihak Australia, luar negara dan asing dalam hal ehwal negara kita," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Australia, Penny Williams di sini hari ini.

Dalam pertemuan kira-kira 15 minit itu, Khairy berkata, Williams telah memberi jaminan bahawa kerajaan Australia tidak ingin campur tangan dalam sistem kehakiman Malaysia dan tidak mahu membuat satu pengadilan terlebih dahulu tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Pesuruhjaya Tinggi Australia itu juga memberi jaminan bahawa memorandum Pemuda BN yang mewakili NGO belia yang ada akan disampaikan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia di Canberra.

"Walaupun ini tidak datang dari kerajaan Australia, tapi kita menganggap ini adalah serius sebab 50 anggota Parlimen itu menjadi wakil rakyat kepada Australia.

"Kita tidak mahu isu ini dipolitikkan di Australia sehingga mencetuskan satu keadaan di mana campur tangan itu lebih ketara daripada apa yang kita lihat dua tiga hari lepas," katanya.

Turut sama mengiringi beliau adalah Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pemuda MIC, T.Mohan dan Ketua Penerangan Pemuda BN, Datuk Reezal Merican.

Kira-kira 500 orang terdiri daripada Pemuda Umno, Pemuda MIC dan anggota NGO belia menyertai perarakan aman yang bermula daripada sebuah restoran di Jalan Yap Kwan Seng.

Makkal Sakhti turut menyerahkan memorandum sebagai bantahan terhadap campur tangan itu dengan Presidennya R.S. Thanenthir berkata, akan ada lebih banyak bantahan jika anggota Parlimen Australia itu tidak menghentikan campur tangan dalam sistem kehakiman Malaysia.

"Kami mahu memastikan mereka melakukan ini buat kali terakhir. Kami akan terus bantah jika mereka tidak berhenti di sini. Ini ingatan keras kepada semua Anggota Parlimen Australia," katanya.

Dalam memorandum mereka, Makkal Sakhti menggesa Anggota Parlimen Australia supaya menahan diri mereka daripada terus campur tangan kerana rakyat Malaysia tidak campur tangan dengan urusan undang-undang dan mahkamah Australia.

"Kami sentiasa menghormati dan menghargai hubungan baik dengan negara anda dan kami tidak ingin merosakkan hubungan yang sedia terjalin," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Muktar Radin berkata, Ahli Parlimen BN bersedia bertemu dengan mana-mana anggota parlimen dari negara luar untuk menjelaskan isu perbicaraan Anwar itu.

Katanya, tuduhan terhadap Anwar dilakukan oleh individu iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, bukannya dilakukan oleh pihak kerajaan Malaysia.

"Kita meminta dengan sekeras-kerasnya. Mereka tidak ada hak mencampuri negara Malaysia. Mana-mana pihak yang cuba mencampuri, kita akan memberi tentangan yang tidak ada hentinya. Kita adalah negara berdaulat.

"Mana-mana pihak berhak untuk menyuarakan (pendapat), tapi pada kita apa yang dikatakan ialah tempat dan masa yang salah," katanya.

Beliau yang mewakili seramai 140 anggota Parlimen BN tiba di pekarangan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia kira-kira 11.05 pagi untuk menghantar memorandum bantahan tersebut.

Turut sama kelihatan mengiringi beliau adalah Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron, Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Arau, Datuk Ismail Kassim. - BERNAMA


------------------------------------------------------------------------------------
Memorandum of Protest to the Australian High Commissioner

The Barisan Nasional Youth this morning led several other Malaysian youth organisations to submit a Memorandum of Protest to the Australian High Commissioner to Malaysia, Her Excellency Penny Williams. The memorandum is a manifestation of the anger and dissatisfaction of the Malaysian people directed at the letter signed by 50 Australian Members of Parliament to the Malaysian High Commissioner to Australia, which urged that the sodomy charges against Dato' Seri Anwar Ibrahim be dropped - an act perceived as interference in our domestic affairs.

A peaceful congregation of over 500 people, including my Deputy YB Dato' Razali Ibrahim and Leader of MIC Youth, Mohan Thangarasu, marched our way to the High Commission, upon which I was granted entry into the High Commission to hand over the memorandum to Her Excellency Penny Williams herself.


Below is the text of the said Memorandum of Protest:


17 February 2010

H.E. Penny Williams
Australian High Commissioner to Malaysia
Australian High Commission
6, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur


Your Excellency,

MEMORANDUM OF PROTEST

We, the Barisan Nasional Youth, together with other Malaysian youth organisations, hereby record our protest against the action of Michael Danby MP, chairman of the Australian foreign affairs parliamentary subcommittee, claiming to represent 50 Australian Members of Parliament (“MPs”), in sending a letter, dated 11 February 2010, (“the letter”) to the Malaysian High Commission in Australia regarding the ongoing trial of Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

We are shocked at the impudence of the letter in disregarding the rule of law and trampling upon the sacred principle of sovereignty that governs relations between nation states, by urging the Malaysian Government to drop the charges against Dato’ Seri Anwar. We would like to remind the MPs concerned that, Article 2 of the United Nations Charter spells out the principle of non-intervention in issues which are within the domestic jurisdiction of a state, in accordance with the principle of sovereign equality between all member states.

We would also like to point out that Australia, as a signatory to the Treaty of Amity and Cooperation in Southeast Asia, has committed itself to the respecting the sovereignty of other signatory states and for the right of each state to lead its national existence free from external interference.

There can be no dispute that the trial of a Malaysian citizen – in a Malaysian court under Malaysian law – falls completely within the sphere of Malaysia’s domestic jurisdiction.

We note that in the said letter, the Australian MPs recorded their respect for the fact that sodomy is a crime in Malaysia. We demand that they extend the same respect to the Malaysian judicial system, to act in accordance with the rule of law and to adjudicate with justice and equality.

As such, we further condemn, in the strongest manner possible, the insinuation that the charges against Dato’ Seri Anwar Ibrahim were concocted to advance the political goals of the Barisan Nasional Federal Government. In the absence of any evidence whatsoever, this is an unwarranted and extremely reckless charge to level, and sets a dangerous precedent for international relations.

In the spirit of improving relations between our two countries and in the hope of a speedy resolution to this conflict, we hereby urge the following measures:

1. Michael Danby and the other signatories to immediately retract the letter to the Malaysian High Commission in Australia;

2. Michael Danby to issue, on behalf of the Australian foreign affairs parliamentary subcommittee, an unequivocal apology for disrespecting Malaysia’s rule of law and sovereignty, and suggesting that the Malaysian Government is interfering with the judicial process; and

3. The Australian Prime Minister, Hon. Kevin Rudd, to issue a statement reproaching the actions of the Members of Parliament and reaffirming the Australian Government’s respect for Malaysia’s rule of law and sovereignty.

We hope this memorandum has conveyed the severity of the anger that the letter has generated among the Malaysian public who have no quarrel with the Australian people. We have strong economic, educational and social linkages that both countries want to further develop. Nonetheless a blatant act of insensitivity, insult and interference as demonstrated by this letter can only be met with the strongest condemnation and protest from Malaysians.

Thank you.

On behalf of Barisan Nasional Youth and other Malaysian youth organisations present,


Khairy Jamaluddin MP
Chairman of Barisan Nasional Youth



Tuesday, February 16, 2010

Demonstrasi Serah Memorandum Bantahan Ke Kedutaan Australia




Pemuda UMNO akan menganjurkan satu demonstrasi pada 17 Februari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Australia berikutan kebiadapan 50 Ahli Parlimen negara itu yang menggesa Kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Demonstrasi tersebut akan diadakan di luar Kedutaan Australia di Jalan Yap Kwan Seng bermula jam 9.30 pagi.

Justeru semua pihak dijemput hadir beramai-ramai untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

Malaysia negara merdeka. Malaysia negara berdaulat. Negara asing tiada hak campurtangan dalam urusan dalaman.

TURUN BERAMAI-RAMAI!! INI SOAL KEDAULATAN NEGARA!! JANGAN BENARKAN MAT SALLEH CAMPURTANGAN URUSAN DALAMAN! INI NEGARA MERDEKA!!