Thursday, August 5, 2010
Sidang “Townhall Meeting”
Sila maklum berhubung lokasi dan perubahan tarikh dan masa bagi sesi “townhall meeting” bagi BN Youth Lab sepertimana berikut;
Tempat: Auditorium, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Hari/Tarikh: Jumaat, 27 Ogos 2010
Masa: 9.00 pagi
Sekiranya anda berminat untuk hadir silalah kemukakan nama penuh, umur, alamat e-mel, lokasi, pekerjaan kepada kami, melalui salah satu tiga kaedah pendaftaran sepertimana di bawah sebelum 15 Ogos kerana tempat adalah terhad. Kami akan menghubungi anda bagi tujuan pengesahan selepas tarikh tutup.
1) Hantar mesej kepada admin BN Youth Lab (di laman Facebook BN Youth Lab)
2) Hantar e-mel kepada bnyouthlab@gmail.com
3) Hantar mesej Twitter kepada @BNYouthLab
----
Kindly take note of the location for the BN Youth Lab’s townhall session as well as changes to the date and time of the event, as follows: -
Venue: Auditorium, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
Day/Date: Friday, 27 August 2010
Time: 9.00 am
If you would like to attend this session, please register through any one of the three ways below before 15 August 2010, as places are limited. We will confirm your registration after the final date.
1) Send a message to the BN Youth Lab administrator on BN Youth Lab’s Facebook page.
2) Send an email to bnyouthlab@gmail.com
3) Tweet to @BNYouthLab
Please list your full name, age, email address, location and current job.
Thank you.
Pemuda Umno Cadang Sistem Saman Lebih Adil Diperkenal
Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan agar sistem saman yang lebih adil diperkenalkan bagi menggantikan saman ekor yang didakwa membebankan pengguna jalan raya. Baca lagi>>
Tuesday, August 3, 2010
Pemuda BN Percaya DAP Pecat Tee Boon Hock Tutup Kesalahan Sendiri
Pemuda Barisan Nasional (BN) melihat tindakan DAP memecat Anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock sebagai "menutup kesalahan besar" yang dilakukan beberapa pemimpin tertentu parti itu.
Pengerusinya Khairy Jamaluddin berkata DAP juga menangani isu itu secara tidak telus kerana membelakangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
"Kita minta penjelasan DAP di atas apa yang berlaku berhubung skandal rasuah itu yang melibatkan surat sokongan secara tidak mengikut prosedur...DAP tidak transparent dan ada menyembunyikan sesuatu dengan tidak meminta SPRM menyiasat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat khas Pemuda BN, di sini Isnin.
Khairy berkata tindakan mengheret Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim ke lembaga disiplin kerana kenyataannya menerusi Twitter juga menunjukkan Tee bukan dalang sebenar dalam kes tersebut.
Sabtu lepas, DAP memecat Tee berkuat kuasa serta merta dipercayai berhubung isu salah guna kuasa membabitkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak MPK.
Akhbar sebelum itu melaporkan seorang anggota majlis perbandaran tersebut didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya mendapatkan kontrak MPK.
Ekoran pemecatan Tee, Teng mengeluarkan kenyataan berbahasa Inggeris menerusi Twitter yang berbunyi "OMG! Culprit freed" (Oh Tuhanku! Dalang dilepas).
Sementara itu mengenai isu berlainan, Khairy berkata pergerakan itu akan membentangkan laporan Makmal Pemuda BN pada 27 Ogos ini di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan majlis dijangka turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Orang ramai terutama golongan muda dijemput untuk menghadiri majlis itu dan mereka boleh mendaftar secara online melalui laman media sosial Facebook dan Twitter selain mendaftar terus di ibu pejabat Pemuda BN dan komponennya," katanya.
Makmal khas itu diwujudkan untuk mengumpul pandangan daripada golongan muda untuk membantu membentuk dasar-dasar kerajaan yang lebih mesra kepada generasi muda.
Selain itu Pemuda BN turut melakukan Jelajah 1Malaysia untuk membantu rakyat dalam program seperti mengecat dan membaik pulih rumah, flat dan bangunan yang berkeadaan uzur milik golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata pihaknya mensasarkan 1,000 unit rumah di seluruh negara sepanjang tahun ini.- BERNAMA
Monday, August 2, 2010
Ibrahim Ali , menganggap Khairy sebagainya anaknya...
Cerita politik tanah air panas dan hangat macam mana pun, tidak ubah macam ribut dalam cawan sahaja.
Begitu juga kalau ada pihak sangka ‘gaduh’ antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali, sejak sebulan lalu akan berterusan, ianya meleset sama sekali
Sebelum ini Khairy pernah melabelkan Ibrahim Gedebe Politik dan Jaguh Kampung manakala Ibrahim pula membidaskan kelemahan pimpinan Khairy sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.
Namun, pada Ahad mereka saling bertepuk tampar ketika berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 di sebuah hotel di Jalan Ampang.
Malah, Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas menganggap Khairy sebagai anaknya dan ahli parlimen Rembau itu pula berulang kali memanggil Ibrahim, ‘ayahanda’ pada majlis itu.
Dengan nada berjenaka, Ibrahim , beliau menganggap Khairy sebagainya anaknya disebabkan Ketua Pemuda itu kini baru berusia 34 tahun, namun beliau sudahpun mencecah usia 59 tahun.
Katanya lagi, beliau juga telah dua kali ditahan bawah ISA malah merupakan seorang pemimpin pelajar yang lantang memperjuangkan nasib rakyat ketika Khairy belum lahir lagi.
Walaupun ada usik mengusik termasuk cerita kononnya Khairy ada hubungan dengan pelakon Maya Karin yang dibangkitkan Ibrahim, ianya tidak lebih bagi menjelaskan sesuatu isu.
Sebelum ini, Ibrahim menjawab tuduhan kononnya beliau seorang yang racist melalui kenyataannya serta tindak tanduk PERKASA memperjuangkan sesuatu isu.
Menurut Ibrahim, sejak dua tahun lalu tidak ada laporan di Bukit Aman mengaitkannya sebagai seorang yang bersifat perkauman.
Menggambarkannya sebagai fakta, sebab katanya beliau tidak percaya Khairy ada hubungan dengan Maya Karin.
“Semuanya mesti ada fakta. Tanpanya kita tidak boleh menyalahkan atau tuduh orang lain,” katanya sekaligus turut menyindir ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang turut jadi tetamu membincangkan topik Politik Ideologi dan Bangsa itu.
Ini kerana Khalid menyalahkan peraturan kerajaan menetapkan sekurang-kurangnya tujuh parti mesti bergabung bagi membentuk pakatan sama seperti Barisan Nasional (BN) menyebabkan Pakatan Rakyat antara PKR, DAP dan PAS tidak boleh didaftarkan.
Ibrahim berkata, banyak lagi parti kecil lain yang boleh diterima pakatan rakyat atau pihak berkenaan boleh menubuhkan beberapa parti lain bagi mencukupkan bilangan untuk mendaftarkannya.
Bagaimanapun pada majlis yang dihadiri lebih 300 pemimpin pelajar termasuk dari luar negara itu lebih banyak menyentuh soal perkauman apabila tiga soalan yang dikemukakan wakil pelajar menjurus kepada peranan PERKASA.
Ini menyebabkan Ibrahim terpaksa menjelaskan mengenai kekeliruan banyak pihak bahawa peranan pertubuhannnya itu adalah bagi mempertahankan perlembagaan yang mula dipersoalkan pihak tertentu.
Ibrahim menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang racist sebaliknya mementingkan keselamatan dan keharmonian negara serta tidak mahu ada pihak cuba menganggu gugat keamanan tersebut.
Khairy dalam penjelasannya di majlis tersebut berkata, negara ini tidak boleh ditadbir satu kaum sahaja kerana bangsa lain akan memikirkan apa yang bangsa berkenaan fikir.
Katanya, UMNO tiada apa-apa kaitan dengan PERKASA sebaliknya pertubuhan itu memperjuangkan apa yang sudah menjadi hak orang Melayu seperti dalam perlembagaan.
Khalid pula menyatakan harapan pakatan rakyat untuk mentadbir negara kerana beranggapan rakyat bersedia menerima perubahan atas alasan keadilan untuk semua.
Beliau turut menyentuh kononnya kerajaan BN sekarang masih gagal menyakinkan rakyat terutama dalam soal pencegahan rasuah dan turut membidas Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).
Apapun majlis hampir dua jam dalam suasana santai itu berjalan lancar dengan ketiga-tiga wakil rakyat itu saling mempertahankan pendirian parti dan pertubuhan masing-masing.
Program dialog tersebut merupakan antara tarikan utama dalam persidangan selama dua hari, berakhir hari ini, anjuran Majlis Pelajar United Kingdom dan Eire (UKEC).
Anda juga dijemput melontarkan pandangan dalam apa pun jua isu di FB Rasmi Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau, Ketua Pemuda UMNO Malaysia & Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.