Saturday, October 9, 2010

Najib Hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Sayap Umno



Gambar gambar sekitar: Majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Pemuda, Wanita, Puteri Umno

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa selama satu jam menjamu selera dan beramah mesra dengan anggota Umno pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri Pemuda, Wanita, Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Jumaat.

Ketibaan Najib disambut ketua-ketua sayap parti iaitu Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Puteri Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Turut sama, Naib-naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta anggota Majlis Tertinggi dan Exco-exco sayap parti.

Pada majlis itu, Najib yang juga Presiden Umno telah menyampaikan cenderahati kepada bekas ketua sayap antaranya Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz, Tan Sri Aishah Ghani dan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai tanda penghargaan dan mengenang jasa mereka yang memperjuangkan agenda parti sejak dulu lagi.

Shahrizat berkata majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk mengeratkan semangat perpaduan di antara Pemuda, Wanita dan Puteri di samping dapat berkumpul dan beramah mesra dengan anggota Umno di peringkat akar umbi.

Rosnah pula berkata majlis seperti itu perlu diadakan pada tahun akan datang kerana ia memberi kesan positif bukan sahaja di kalangan pemimpin parti tetapi juga kepada anggota-anggota di semua peringkat.

(Source: Bernama)

Wednesday, October 6, 2010

Sidang media Rahimi diserang samseng PKR

Bekas pembantu Anwar, Rahimi telah dipaksa menandatangani akuan bersumpah pada 28 Jun 2008 yg mendakwa Najib dan Rosmah mendalangi konspirasi terhadap Anwar dalam kes liwat Saiful.

Namun sekumpulan samseng PKR menyerbu lokasi sidang media itu sebelum Rahimi bertemu pemberita dengan menggesa beliau agar menghentikan sidang media tersebut.



Dalam laporan itu, Rahimi mendakwa beliau telah dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah oleh Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan juga beberapa anggota parti di Quality Hotel akhir Jun 2008.

“Saya dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada Jun 2008 mengenai Anwar dan Saiful.

“Deklarasi itu tidak benar kerana bukan saya yang menulis.

“Saya dipaksa untuk menandatangani, kerana saya bimbang dengan keselamatan saya... ketika itu ada beratus penyokong Anwar dan orang-orang kanannya di sekitar Quality Hotel,” kata Rahimi.

Malah menurut pembantu itu beliau juga dipaksa tinggal di sebuah bilik hotel berkenaan selepas menandatangani akuan bersumpah.

Laporan polis hari ini juga menyebut bahawa Rahimi ada membuat satu akuan bersumpah yang baru.

“Kandungan akuan bersumpah sebelum ini tidak benar... jadi saya membuat akuan bersumpah baru.

“Saya mahukan perlindungan saksi daripada polis. Saya khuatir akan keselamatan diri saya dan keluarga saya,” katanya lagi.

Malah dalam laporan polis itu, Rahimi mendakwa Latheefa juga adalah berusaha untuk menghubungi agar menyediakan akuan bersumpah yang baru memandangkan yang sebelum ini sudah hilang.






Terima Kasih kepada blogger http://darulehsantoday.blogspot.com/ kerana menyiarkan video ini

Rahimi diliwat Anwar Ibrahim

Rahimi Othman Pembantu Peribadi Anwar Ibrahim baru buat report polis di Balai Polis Klang bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim, 4pm Rahimi buat PC. Malam ini dijangka Anwar akan buat PC tuduh PM upah Rahimi untuk memfitnah dirinya. Tak serik-serik Pak Sheikh ni

‎​Satu persoalan, PKR tu masih ada kemaluan ke?

Jika sesiapa ada info berkenaan laporan polis tersebut, tolong sahkan disini... Betul ke Rahimi diliwat????

Tarih penamaan calon dan mengundi PN.45 Galas

Pilihanraya Kecil N.45 Galas: Suruhanjaya Pilihanraya SPR menetapkan hari penamaan calon pada 26 Okt 2010 (Selasa), manakala pengundian pada 4 Nov 1010 (Khamis).

Tuesday, October 5, 2010

Forum Gaji Minimum



Pemuda Barisan Nasional ("Pemuda BN") bersama-sama dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan menganjurkan Forum Gaji Minimum pada hari Rabu, 13 Oktober 2010 ini bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur bermula dari jam 8:30 pagi hingga 1:30 petang.

Forum ini adalah lanjutan daripada sesi perbincangan bersama wakil daripada dua kesatuan sekerja terbesar negara iaitu Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) pada 24 Ogos lalu serta maklum balas yang diterima melalui Makmal Pemuda BN.

Isu gaji minimum adalah suatu yang amat penting bagi seluruh golongan pekerja di Malaysia terutama bagi membantu mereka menangani kos sara hidup dan inflasi yang meningkat disamping memastikan bahawa kebajikan pekerja di negara ini terbela dengan kadar gaji yang setimpal. Keperluan ini dilihat semakin meruncing apabila 34 peratus daripada kumpulan pekerja di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan, iaitu lebih rendah daripada Pendapatan Garis Kemiskinan Semenanjung (PGK) - RM720 sebulan. Malahan berdasarkan kajian Bank Dunia, secara puratanya gaji para pekerja di Malaysia hanya meningkat pada kadar 2.6 peratus dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu yakni lebih rendah jika dibandingkan dengan purata kenaikan gaji dunia iaitu pada tahap 3.2 peratus, sebagaimana laporan Pejabat Buruh Antarabangsa.

Malahan isu ini menjadi semakin relevan unjuran daripada usaha Kerajaan mentransformasi halatuju serta merancakkan aktiviti ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dengan sasaran pendapatan kapita rakyat di tahap USD15,000 atau RM49,500 setahun. Ini kerana adalah menjadi kebimbangan Pemuda BN dan MTUC akan risiko pelebaran jurang pendapatan antara yang berpendapatan tinggi dan rendah sekiranya kita masih lagi membiarkan kuasa pasaran menentukan tahap gaji terendah pekerja.

Sebagaimana dijelaskan sebelum ini, objektif forum ini adalah bagi membincang dan menghalusi segala pandangan, cadangan serta permasalahan berkaitan dengan pelaksanaan gaji minimum sebelum menghantar segala rumusan terbabit kepada Kerajaan.

Sehubungan itu, pihak Pemuda BN dan juga MTUC dengan ini menjemput orang ramai untuk menghadiri forum tersebut dan turut serta memberi pandangan serta buah fikiran berhubung dengan topik gaji minimum di Malaysia.

Sumber : http://www.rembau.net.my/

Facebook Ketua Pemuda Umno Malaysia : http://www.facebook.com/Khairykj