Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi mengadakan lawatan mengejut di fasiliti kesihatan, kali ini di Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam pada pagi Isnin.
Ketibaan Khairy kira-kira jam 10.00 pagi itu ternyata mengejutkan kakitangan dan orang awam yang sedang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan tersebut.