Saturday, October 17, 2020

KJ tolak Anwar, mahu semua ahli Parlimen Umno nyatakan pendirian


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Perkara itu ditegaskan nenteri sains, teknologi dan inovasi itu menerusi satu kenyataan yang dibuat di dalam Instagram Story, pada Sabtu.


Penegasan Khairy itu susulan tersebarnya sepucuk surat yang kononnya ditulis oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan parti itu terhadap Anwar sebagai perdana menteri seterusnya.


"Jika surat itu benar, saya ingin menyatakan secara tegas bahawa presiden saya tidak bercakap bagi pihak saya. Saya tidak menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi PM. Saya harap ahli Parlimen Umno yang lain akan menjelaskan kedudukan mereka. Mari kita lihat siapa yang mempunyai nombor," demikian tulis beliau. Baca lagi >>

Khairy Jamaluddin Nafi Sokong Anwar Ibrahim Jadi PM





Menteri Sains dan Teknologi Khairy Jamaluddin menafikan beliau salah seorang Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

4 LELAKI INDIA MABUK BIADAP CABAR POLIS! Ditahan Selepas Melakukan PROVOKASI





Empat lelaki mabuk ditahan selepas melakukan provokasi dan menghalang tugas penjawat awam di Plaza Tol Slim River.

Kesemua lelaki berusia 25 hingga 41 tahun itu ditangkap anggota Unit Peronda Polis (MPV) Muallim dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi.

Friday, October 16, 2020

Khairy nafi sokong Anwar Ibrahim sebagai PM

 

Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini menafikan beliau salah seorang Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. 

Memetik laporan Astro AWANI, penafian tersebut dibuat ketika temu ramah dalam program Breakfast Grill di stesen radio Bfm. 

Terdahulu, nama Khairy dicanang dalam senarai 19 Ahli Parlimen UMNO tersenarai dalam mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp. Baca lagi >>

Wednesday, October 14, 2020

GEMPAR! UMNO Mahu Keluar Perikatan Nasional!





UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberikan syarat baru kepada Kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik, secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.