Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas berkenaan gambar yang tular di media sosial sehingga timbul spekulasi mendakwa beliau mempunyai ‘keluarga baru’.
Ahli Parlimen Pekan itu dikatakan terus berjalan ke arah keretanya di luar Komples Mahkamah Kuala Lumpur, di Jalan Duta.
Najib ditemui selepas perbicaraan sebelah pagi berhubung dakwaan beliau dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy terbabit dalam meminda laporan audit firma pelaburan negara itu.
Ketika diajukan soalan daripada pemberita Najib terus memasuki kenderaannya.