Saturday, May 21, 2011

Khairy: AMK Penakut

Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa mempertahankan akhbar Utusan Malaysia untuk memastikan wadah perjuangan Melayu itu dapat diteruskan, biarpun ia dikecam dan diancam pihak pembangkang.

Malah Ketuanya, Khairy Jamaluddin turut menyifatkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) sebagai penakut kerana tidak berani bertembung dengan pihaknya di hadapan ibu pejabat akhbar tersebut untuk menyerahkan memorandum semalam. Baca lagi...

Friday, May 20, 2011

AMK (PKR) Kecut, Perkasa, Pemuda UMNO Serah Memorandum Sokongan

Hari ini dalam sejarah Angkatan Muda Keadilan (PKR) menjadi bacul menangguhkan protes bantahan terhadap Utusan Malaysia seperti yang dijadualkan.

Terdahulu pergerakan itu berkata tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pemuda Umno yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia. Baca lagi...

Demo Di Utusan Terpaksa Dikawal Pihak Polis


Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di hadapan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di Jalan Chan Sow Lin di sini sejak pukul 10 pagi ini, berikutan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dikatakan berhasrat mahu mengadakan demonstrasi terhadap akhbar Utusan Malaysia. Baca Lagi...

Wednesday, May 18, 2011

AMK Akan Buat Kacau Di Hadapan Pejabat Utusan Jumaat Ini


Ketua penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip berkata pergerakan itu tidak gentar dengan ancaman daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang akan turut berhimpun di hadapan pejabat akhbar Utusan Malaysia.

Manakala Krew Politik Harian menghubunggi SUK Pemuda Umno, Sdr Sumali, beliau menyatakan bukan sahaja PERKASA sahaja yang turun malahan Pemuda Umno juga akan turut berada di perhimpunnan tersebut. Baca lagi...

RON 95: KJ Jangan Naik Harga Sekarang


Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diminta mengemukakan usul membantah kenaikan harga petrol RON95 dan tarif elektrik pada persidangan perwakilan bahagian masing-masing.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu tidak bersetuju kenaikan tersebut dibuat sekarang kerana ia akan membebankan rakyat yang sedang merasai kesan kenaikan harga barang makanan secara purata sebanyak enam peratus, lebih tinggi berbanding kadar inflasi sebanyak tiga peratus. Baca lagi...

Tuesday, May 17, 2011

KJ dituduh berkomplot-ada musang berbulu ayam!


SETELAH menulis tentang betapa perlunya institusi Pemuda UMNO diperkukuhkan menjelang PRU13,saya telah diserang bertubi-tubi oleh sekumpulan yang anti KJ melalui komen-komen liar melalui blog ini yang tidak tergamak untuk saya siarkan dan bila pertama kali menulis tentang Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini,barulah sedar betapa banyaknya persepi buruk dan tuduhan dilabelkan kepada KJ dan saya juga turut dimusuhi,dihina dan dicerca. Baca lagi...

Pemuda Umno Berjuang Untuk Rakyat! AMK Berjuang Untuk Merosakan Rakyat


Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali panggilan KJ, tampak lebih 'gah' bergerak dengan nada politik baru berjuang untuk generasi muda, manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin dilihat lebih cenderung untuk merosakan akhlak anak muda di negara ini. Baca lagi...

Monday, May 16, 2011

Pemuda Sarankan Agar Kerajaan Tidak Naikkan Minyak RON95


Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini menyarankan agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95. Baca Lagi...

Anwar Diperintah Bela Diri Atas Tuduhan Meliwat Saiful


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya. Baca Lagi...

Liwat II: Penyokong Anwar Kecoh


Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, di sini hari ini dipenuhi para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bagi mengetahui keputusan di akhir pendakwaan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu dan bekas pembantu peribadinya.

Dipercayai sebanyak tiga buah bas yang membawa para penyokong Anwar tiba di sini dan berkumpul di Masjid Wilayah, berhampiran kompleks mahkamah tersebut.

Beberapa anggota pemuda PKR bertengkar dengan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke perkarangan kompleks Mahkamah, Seorang daripada mereka menuntut supaya polis menghentikan sekatan itu. Baca Lagi...

Sunday, May 15, 2011

Hanya UMNO Dan PAS Mampu Menghentikan Perpecahan Dikalangan Melayu


Melihat pada keadaan isu semasa sekarang, kita berasa takut melihat perpecahan berlaku pada orang melayu. Apakah melayu di zaman teknologi serba canggih ini melayu sudah begitu hebat? Atau hanya gah pada nama ‘Melayu’ sahaja?

Tidak keterlaluan jika dikatakan kerana Anwar Ibrahim lah punca segala perpecahan diantara orang melayu. Fitnah, dizalimi, simpati hanyalah permainan politik demi kepentingan peribadi dan cita citanya! Baca Lagi....