Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, di sini, apabila kira-kira 100 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk memberi penghormatan terakhir kepada penyanyi, Allahyarham Sandra Dianne, petang tadi.
Dalam hujan renyai, jenazah Sandra atau nama sebenarnya, Alessandra Dianne Ampuria, 26, selamat dikebumikan di tanah perkuburan itu pada jam 5.45 petang.