Saturday, March 24, 2012

Katil Bilik Tidur Azmin Ali Bernilai RM24K

Pemilik Ferrari F430 Scuderia yang bernilai RM1.3 juta yang juga wakil rakyat Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa mendedahkan bagaimana Dr. Hasan Ali melakukan pengagihan KONTRAK JKR jutaan ringgit kepada KRONI-KRONI.



Sudah pasti jawatan Exco yang dipegang oleh Dr. Hasan Ali sebagai wakil rakyat PAS ketika itu memberi manfaat kepada kontraktor-kontraktor dikalangan ahli PAS.



Dakwaan Azmin Ali yang didakwa pernah membeli katil bernilai RM24 ribu ini mengesahkan bahawa PAS bukannya parti yang bersih dari amalan rasuah dan kronisme. Serban dan ketayap sekadar kosmetik semata-mata. Tetapi apabila harta dunia dihidangkan depan mata, tetap menjadi rebutan.

Tanya pada Azmin Ali, siapakah kroni-kroni Dr. Hasan Ali jika bukan ahli-ahli PAS ?
Baca lagi...

Friday, March 23, 2012

Mahasiswa Bodoh Hadiahkan Batu Nesan Kepada Kementerian...


Hanya kira-kira 15 orang Mahasiswa Universiti yang mewakili Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) hadir ke pejabat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya. Tujuannya adalah untuk menyerahkan Memorandum Menuntut Pilihanraya Kampus agar segera diadakan.

Memorandum berkenaan diserahkan kepada En Khairi Abdul Malek, Setiausaha Politik kepada Menteri KPT, DS Khaled Nordin. Yang paling melucukan apabila mereka turut menghadiahkan batu nesan kepada Menteri KPT.

Baca lagi...

Wanita No 2, Kamilia Ikrar Setia


Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim akhirnya berikrar untuk bekerjasama dengan ketuanya Datuk Seri Shahrizat Jalil tetapi enggan menarik balik gesaan berundur yang disuarakannya sebelum ini.Katanya, tindakan itu bagi memastikan kepimpinan pergerakan itu sentiasa utuh di semua peringkat untuk memastikan kejayaan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebagai pemimpin nombor dua dalam Wanita Umno, menjadi kewajipan baginya untuk memastikan kemenangan BN, terdahulu Kamilia sebagai menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Karikatur KJ Rentap Anwar Ibrahim!


Anwar terus berdolak-dalik berhubung kenyataannya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel yang dibuat menerusi satu wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) pada 26 Januari lalu.

Berikut adalah kenyataan asal Ketua Pembangkang itu seperti yang disiarkan dalam wawancara WSJ itu:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Terjemahan: "Saya menyokong segala usaha bagi melindungi keselamatan negara Israel."

Namun beliau tidak mengesahkan akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi (Israel), satu langkah yang menurutnya tertakluk sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Sikap dolak-dalik Anwar itu terserlah apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika persidangan mendedahkan bahawa sokongan Ketua Pembangkang itu terhadap usaha melindungi keselamatan Israel adalah bersifat mutlak dan bukannya bersyarat.

Menurut Khairy, apa yang dinyatakan Anwar itu amat jelas kerana maksud contingent (syarat) oleh WSJ bukan merujuk kepada sokongannya melindungi keselamatan Israel sebaliknya merujuk kepada pertanyaan sama ada Anwar mahu mengiktiraf negara Israel atau tidak.

Walaupun mendapat desakan pelbagai pihak yang mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu selain meminta beliau menjelaskan mengenai apa yang diperkatakannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tetap berdegil untuk tidak berbuat demikian sambil memberi pelbagai alasan mengenainya.

Malah, Anwar tidak mahu menyaman WSJ berhubung penyiaran artikel itu serta enggan memohon maaf kepada umat Islam yang rata-rata terguris hati dengan kenyataan itu.

ANWAR MANA MAU LARI????

Parti Keadilan Rakyat Parti Berbilang Bangsa Taiko Yang Racist


Parti Keadilan Rakyat Parti Berbilang Bangsa Yang Racist

Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh Malaysia Today dan The Choice

(http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/48170-karpal-singh-now-facing-calls-to-quit-from-inside-pkr- )


Kita lihat bagaimana sekumpulan ahli PKR berbangsa India menyarankan supaya Karpal Singh bersara kerana melihat kepada usia Karpal Singh yang sudah tua.

Pertama , mereka tidak menghargai jasa dan perjuangan Karpal Singh yang sudah lama berjuang untuk pembangkang selama berdekad – dekad lamina.

Kedua , mereka tidak menghormati golongan pemimpin veteran dalam Pakatan Rakyat.

Ketiga , kalau benar Karpal Singh sudah tua maka bukankah pemimpin seperti Nik Aziz , Anwar , Lim Kit Siang dan banyak lagi pemimpin tua dalam Pakatan Rakyat perlu berundur ?


Keadaan ini bertambah parah apabila ahli PKR cuba untuk memainkan isu perkauman dalam isu persengketaan antara Karpal Singh dan Ramasamy.

Mereka memanggil sidang akhbar di Petaling Jaya dan cuba untuk memecahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat India sendiri.

He may be a ‘King’ to the Sikh community, but not to the Indian community,” Saminathan, no doubt referring to the Bollywood hit film ‘Singh is King’ (2008).

Pertama , bukankah selama ini Pakatan Rakyat menjerit kepimpinan tanpa mengira bangsa? Maknanya jika seseorang itu adalah pemimpin India maka pemimpin tersebut adalah pemimpin kepada Melayu , Cina , India , Kadazan , Bidayu dan pelbagai lagi bangsa di Malaysia. Namun mengapa dalam isu ini wujud kenyataan seperti pemimpin Sikh bukan pemimpin kepada masyarakat India di negara kita?

Kedua , apakah pada hari ini PKR cuba untuk membezakan status quo sesama komuniti India sendiri? Kenyataan ahli PKR jauh lebih racist berbanding dengan PERKASA Ibrahim Ali kerana sekurang – kurangnya Ibrahim Ali racist terhadap bangsa lain tetapi kenyataan ahli PKR racist dalam komuniti mereka sendiri.

Ketiga , ahli – ahli PKR yang cuba untuk menghina masyarakat Sikh dengan perlambangan Bollywood Singh is King perlu meminta maaf kepada semua masyarakat Sikh di Malaysia.


Dalam isu ini juga apakah PKR cuba untuk menjadi Taiko dalam Pakatan Rakyat sehinnga ahli mereka sendiri berani bersuara untuk menyuruh Pengerusi DAP Malaysia untuk meletak jawatan?

Pertama , apakah pada hari ini Anwar Ibrahim ingin membalas dendam terhadap Karpal Singh yang pernah suatu ketika dahulu pernah disuruh oleh Karpal Singh untuk meletak jawatan sebagai pemimpin umum Pakatan Rakyat kerana sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat sehingga anak buahnya menyuruh Karpal Singh meletak jawatan atas alasan yang sama?

Kedua , apakah pada hari ini PKR begitu berkuasa sehingga ahli mereka begitu berani sehingga berani untuk campur tangan dalam urusan parti DAP? Apakah pada hari PKR tidak menghormati kedaulatan parti DAP dalam Pakatan Rakyat?

Ketiga , bukankah dalam isu ini kepimpinan tertinggi PKR perlu mengambil tindakan disiplin terhadap ahli mereka yang bersikap kurang ajar terhadap pemimpin tertinggi DAP ? Bukankah ahli – ahli PKR yang begitu biadap menentang seorang Pengerusi Parti DAP perlu meminta maaf kepadanya?

Konklusinya , apakah benar pada hari ini Pakatan Rakyat merupakan model perpaduan dan berbilang bangsa yang ideal apabila perkauman mereka sehingga memecahbelahkan erti perpaduan dalam komuniti sendiri dalam sesuatu masyarakat?

Shen Yee Aun

Pengarah Unit Politik SYA

Thursday, March 22, 2012

PKR Dakwa Tanpa Undi India, PR Masih Kekal Di Kedah


RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.

Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.

Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih.

Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.

Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.

Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.

Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang. Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

Najib Rela Hilang Kawan


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sanggup kehilangan kawan yang lebih mementingkan cita-cita politik dan kepentingan peribadi kerana baginya suara rakyat lebih utama.

Perdana Menteri berkata, sebagai seorang pemimpin beliau perlu memenuhi harapan serta aspirasi rakyat daripada kepentingan seorang sahabat dan antara contoh terbaik adalah dalam soal pemilihan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Justeru Najib berkata, sekiranya penduduk di sesebuah kawasan tidak mahu lagi wakil rakyat sedia ada kerana gagal menjalankan tugas dengan baik, beliau akan menggugurkan pemimpin terbabit dan digantikan dengan calon yang lebih digemari rakyat.

“Saya akan kata kepada wakil rakyat ini tempoh perkhidmatannya telah tamat. Jika ini berlaku sudah tentu wakil rakyat terlibat akan menyalahkan saya sedangkan keputusan ini berasaskan kepada suara rakyat.

“Saya perlu mendengar suara rakyat. Dalam memilih wakil rakyat sudah tentu kita tidak mahu seorang wakil rakyat yang gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga rakyat hilang keyakinan terhadap pemimpin ini,” katanya ketika ditemubual di stesen radio 988 FM dalam segmen 988 Street VIP di sini hari ini. - UTUSAN

Wednesday, March 21, 2012

Isu Lynas: DAP Alat Negara Luar Bagi Mensabotaj Ekonomi Negara Kita!


PENULIS sedikit hairan kenapa DAP bersungguh-sungguh menentang penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Balok, Pahang. Parlimen ialah tempat wakil-wakil rakyat bersidang, dimana lagi tempat yang sesuai untuk menggambarkan sama ada rakyat menyokong atau tidak penubuhan kilang tersebut kalau bukan di Parlimen?

Ini kumpul orang ramai-ramai, angkut naik bas ke Kuantan dan kemudian gebang besar kata rakyat membantah penubuhan Lynas. Walhal berapa ramai orang disitu dibanding dengan rakyat Malaysia sehingga nak diiktiraf perhimpunan itu mewakili suara rakyat? Lainlah kalau di Parlimen, itu baru betul mewakili suara rakyat.

Penulis jadi tak hairan kalau DAP takut kebenaran mengenai Lynas ini terdedah kepada umum. Maklumlah, sudah banyak pembohongan yang dilemparkan DAP lanjutan dari penubuhan kilang Lyans ini, sudah tentu mereka tidak mahu dimalukan dengan perbahasan mengenai kebenarannya di Parlimen pula.

Sudah sampai masanya rakyat disedarkan bahawa mereka sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh DAP dalam soal penubuhan kilang Lyans ini. Sudah sampai masanya tembelang DAP ini dipecahkan, dan sudah sampai masanya juga dalang dibelakang bantahan DAP ini didedahkan kepada umum.

Secara ringkasnya beginilah. Bantahan DAP adalah mewakili gabungan pengeluar nadir bumi di negara asal nenek moyang mereka yang berasa terancam dengan kehadiran Lynas. Kelompok inilah yang selama ini mengawal pasaran, bakal terjejas dengan teruk dengan kehadiran Lynas dan DAP menjadi ejen mereka di Malaysia untuk membantah penubuhan Lynas.

Jangan salah faham, ini bukan tentang persaingan harga. Produk nadir bumi yang bakal dikeluarkan Lynas adalah jauh lebih mahal daripada harga yang dikeluarkan negara pengeluar yang memonopoli pengeluaranya sekarang. Tapi ini tentang kualiti dan kesannya kepada alam sekitar yang lebih memihak kepada produk keluaran Lynas serta memudahkannya menembusi pasaran Eropah.

Yang kita didendangkan kononnya bantahan ini ada kaitan dengan alam sekitar dan sebagainya tu hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian dari motif sebenar.

Kalau nak kira radiokatif, radiasi dan nuklear, lebih baik Fuziah Salleh yang diperalatkan DAP itu mengadakan bantahan di loji nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi. Kebetulan Bangi juga adalah Fuziah Salleh bermaustatin, bukan di Pahang. Itu baru betul isu nuklear, yang di Lynas ini bukan kilang nuklear pun hanya kilang kimia biasa.

Kenapa Fuziah tidak mengadakan demonstrasi disitu atau Himpunan Hijau yang digebang hebat sangat tu?

Sebab Fuziah bukan tahu apa benda, dia hanya diperalatkan parti cauvanis cina DAP, atau nampak sangatlah isu ini bukan berkenaan alam sekitar tapi mengelakkan periuk nasik nenek moyang pemimpin DAP di Tanah Besar sana terjejas olehnya. Iu belum lagi kita bercakap tentang sokongan ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli yang juga seorang pakar nuklear ke atas pembinaan Lynas di Malaysia.

Ini bukan ahli Parlimen BN pun tapi PAS dan beliau turut sama membantah penipuan dan pembohongan yang dilemparkan partinya sendiri serta rakan gabungan dalam Pakatan Harami, DAP mengenai Lynas ini dengan ilmu, bukan retorik.

Tuan tuan, ini belum lagi DAP jadi kerajaan atau sebahagiah dari kerajaan Malaysia, DAP sudah sanggup menjadi alat negara luar untuk mensabotaj ekonomi negara kita. Bayangkanlah kalau mereka sudah jadi sebahagian dari kerajaan besok. Isu ini sebenarnya lebih besar dan bersifat perkauman dengan DAP menjuarainya. Yang bodoh-bodoh macam Fuziah Salleh dan Khalid Samad ini hanya nampak duit dan kuasa sehingga sanggup diperalatkan DAP.

Sebab itu penulis dimaklumkan semalam, yang hebat membantah di Parlimen adalah ahli Parlimen DAP. Kenapa mengapa? Rujuklah fakta di atas.

Kiriman artikel Beruang Biru

Tuesday, March 20, 2012

Pakatan Pembangkang (PR) Hanya Illusi.... Yang Wujud Hanya DAP


Semua rakyat Malaysia yang punya kesedaran politik pasti dapat merasakan bahawa Pilihanraya ke-13 sudah semakin hampir. Oleh itu, mereka mula memerhatikan gerak langkah pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik dengan lebih dekat. Yang atas pagar sudah mula membuat perkiraan serius mengenai parti mana atau pemimpin mana yang wajar dipilih dan yang sudah tetap pendirian pula semakin kuat mempertahankan pendirian masing-masing.

Di bandar-bandar, internet menjadi bahan rujukan utama untuk mendapat berita politik, selain akhbar-akhbar rasmi. Di kampung-kampung pula, walaupun terdapat akhbar-akhbar, namun kita terpaksa juga mengakui bahawa masih ramai yang tidak berminat membacanya. Rata-rata orang-orang kampung bergantung kepada maklumat secara lisan melalui rakan-rakan atau anak-anak mereka yang tinggal di bandar.

Tetapi, sedarkah kita bahawa terdapat ramai orang-orang bandar yang konon intelektual yang juga malas membaca dan menganalisa maklumat sendiri? Mereka ini juga, seperti orang-orang kampung tadi hanya bergantung kepada cakap-cakap kawan-kawan dan selalunya bersifat lalang iaitu tiada pendirian dan tidak tahu apa-apa. Mereka bersandar sepenuhnya kepada pengaruh rakan dan orang-orang sekeliling tetapi tetap mengaku bijak dan tahu segala-galanya.

Orang sebegini bila berdebat akan keluarlah hujah berbunyi, ‘kawan saya cakap begitu dan kawan saya cakap begini’. Dan jika kawan mereka itu juga adalah jenis yang sama iaitu hanya mendengar cakap kawan, dan kawan yang didengar itu pula adalah jenis penganut PAS tegar atau jenis liberal PKR atau rasis DAP maka yang akan tersebar dalam kumpulan mereka hanyalah hujah yang menyebelahi kawan kepada kawan kepada kawan mereka tadi sahaja. Oleh itu, maklumat yang mereka terima belum tentu lagi kebenarannya.

Justeru, bagaimana kita mendidik rakyat untuk menjadi manusia yang boleh mencari maklumat sendiri dan mampu berfikir dengan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa?

Pilihanraya di sebuah negara yang rapuh seperti Malaysia bukanlah perkara kecil yang boleh diambil mudah. Malaysia adalah negara yang boleh dikatakan baru yang mana kita baru sahaja menyaksikan 6 Perdana Menteri, berbanding dengan negara yang lama seperti Amerika dengan Presiden yang ke 44. Malaysia masih lagi terkapai-kapai mencari identiti akibat sering diasak oleh rakyat dari berbagai kaum yang masing-masing ingin mengekalkan identiti negara asal masing-masing. Malah dari segi bahasa juga, bahasa kebangsaan negara ini masih menjadi perdebatan dan perlu dipertahankan dari diperlekeh atau dihapuskan terus.

Semua rakyat Malaysia pasti sedar bahawa akhir-akhir ini masalah ‘asakan’ dari berbagai kaum ini semakin menjadi-jadi dan jika dibiarkan ia mampu menimbulkan ketegangan.

Atas semua faktor inilah maka pilihanraya memilih kerajaan yang bijak dan adil amatlah penting.

Malaysia bukan seperti Amerika iaitu tidak akan hancur hanya kerana Presiden atau parti memerintah bertukar. Di Malaysia, sekiranya kita tersilap memilih parti, akibatnya adalah lebih besar dari sekadar perubahan di peringkat kepimpinan dan hala tuju negara. Ini kerana parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu menjadi parti alternatif yang setara dengan kerajaan sedia ada kerana masing-masing mempunyai agenda yang bertentangan serta ekstrem.

Umum tahu bahawa walaupun pembangkang bergabung di bawah satu pakatan yang dipanggil Pakatan Rakyat, namun hakikatnya, mereka tidak pernah sepakat. Kita sedia maklum bahawa PKR ingin, atau sudahpun menguasai PAS, sementara kedua-dua PKR dan PAS pula, dikuasai penuh oleh DAP.

Bukti bahawa DAP menguasai PAS dan PKR sudah terlalu banyak malah menjadi tunjang Pakatan Rakyat itu sendiri iaitu dengan tergadainya prinsip menubuhkan Negara Islam ‘impian’ PAS barulah gabungan parti-parti pembangkang ini dapat direalisasikan. DAP sanggup tidak bekerjasama dengan PAS jika Negara Islam tidak digugurkan tetapi PAS langsung tidak berani memberi syarat sebaliknya kepada DAP.

Ini sudah cukup untuk menunjukkan betapa DAP amat berkuasa dan hanya DAP yang mempunyai hak mutlak menentukan keputusan, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat kini memegang 76 kerusi dengan pecahan DAP 29, PKR 24 dan PAS 23. Dalam pada itu, DAP juga sedang berkira-kira untuk meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu dalam PRU akan datang sekali gus mengenepikan PAS atau PKR dan menambahkan lagi kuasa mereka.

PKR juga mempunyai calon-calon dari kalangan kaum Cina. Maka jangan kita sekali-kali lupa bahawa kaum Cina terkenal dengan sifat perkaumannya di mana kesetiaannya hanyalah kepada kaum dan bukan parti, negara, mahupun apa saja. Maka calon-calon Cina di dalam PKR juga akan merupakan sumber kekuatan DAP.

Jika diambil kira ramalan Tun Daim Zainuddin, (yang mana selalunya benar) beliau menjangkakan sekurang-kurangnya 70% kaum Cina akan tetap menolak BN atau 15 kerusi MCA dan 2 kerusi Gerakan di Semenanjung ,akan jatuh kepada DAP. Andainya ramalan ini tepat maka kekuatan DAP pastinya akan berganda.

Dengan gandaan sedemikian, dan kuasa yang sedia ada, pastinya PAS dan PKR tidak akan ada peluang pun untuk bersuara dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan sekarangpun PAS dan PKR hanya mampu menikus apabila disergah atau dijegil oleh DAP.

Bayangkanlah apa akan jadi pada Malaysia jika Pakatan Rakyat memerintah, iaitu pastinya negara ini akan dibentuk mengikut acuan DAP. Dan acuan DAP itu adalah berkonsepkan Malaysian Malaysia di mana Institusi Raja-raja dan hak bumiputera dihapuskan. Kaum-kaum lain hanya akan diberi jawatan sekiranya dilihat berpotensi menjadi boneka dan menurut apa saja keputusan yang memihak kepada kaum Cina. Ini pastinya akan meluaskan lagi jurang ekonomi antara kaum Cina dengan kaum-kaum lain.

Kerana itulah penulis menegaskan bahawa bagi menentukan pilihan kita dalam PRU akan datang, kita wajar belajar dari sejarah. Apatah lagi jika perkara ini bukan lagi menjadi sejarah tetapi baru saja, atau sedang berlaku di depan mata.

Jatuhnya PR di Perak mungkin dikatakan kerana percaturan politik UMNO tetapi hakikatnya, jatuhnya PR di Perak adalah kerana kerakusan DAP sehingga menimbulkan cuak di kalangan pemimpin-pemimpin PR yang bukan dari kaum Cina. Sifat DAP yang begitu chauvinis, angkuh dan pentingkan diri, suka menguasai, memonopoli dan tidak menghormati tidak kira sesama pemimpin PR sendiri sehinggalah kepada DYMM Sultan, menyebabkan ramai yang sedar betapa mereka telah membuat pilihan yang salah. Mujurlah Perak masih dapat diselamatkan dari terus dipijak-pijak oleh DAP.

Di Selangor juga, lihat sahaja bagaimana exco DAP ‘melangkah’ Menteri Besar dalam isu perlantikan ahli MPPJ. Malah dengan satu cubitan atau renungan tajam, Menteri Besar dan exco-exco PKR dan PAS tidak mampu berkata apa jua dalam isu arak, judi, rumah urut, pusat hiburan hatta murtad juga. Sesiapa yang memberanikan diri menentang DAP, pasti akan diterajang keluar sepertimana yang berlaku kepada Datuk Dr. Hasan Ali.

DAP juga cuba melakukan yang sama melalui Anwar dan orang-orangnya di Kedah kerana ‘bengang’kan Ustaz Azizan yang terkenal dengan keMelayuannya. Dan sehingga kini, kemelut Kedah masih belum berakhir sepenuhnya.

Hanya Kelantan yang ‘selamat’ dari cengkaman DAP kerana tidak ramai kaum Cina di negeri itu. Namun, ini juga boleh dipertikaikan. Mungkinkah Kelantan ‘selamat’ kerana DAP sudah berpuas hati dengan Nik Aziz yang memberikan beribu-ribu hektar tanah rizab untuk dimajukan oleh syarikat bukan bumiputera di negeri Serambi Mekah itu?

Inilah gambaran sebenar pemerintahan Pakatan Rakyat iaitu DAP yang membuat keputusan atas segala-galanya walaupun mengikut hirarki dan undang-undang, yang sepatutnya berkuasa adalah PKR atau PAS. Kita mungkin menyaksikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan beberapa orang Menteri India dan Melayu di kabinet, namun yakinlah mereka semua adalah boneka semata-mata.

Ketahuilah bahawa DAP punya senjata paling ampuh untuk membonekakan Anwar iaitu melalui Karpal Singh, peguamnya yang memegang segala rahsianya. Logik menyatakan untuk apa Karpal Singh membela Anwar sedangkan beliau yang mula-mula mendedahkan salahlaku seks Anwar di parlimen pada tahun 1997, jika bukan untuk menguasai Anwar?

Justeru, buatlah pilihan dengan bijak dalam PRU nanti. Gunakan akal sendiri dan bukan emosi atau akal orang lain untuk menentukan masa depan negara ini. Ingatlah bahawa 13 Mei 1969 bermula kerana ketidakseimbangan dalam pembahagian kek ekonomi dan keangkuhan kaum Cina, dan sejarah pastinya berulang jika punca kejadiannya diulang juga.

Cuma, jika ia berulang ketika kuasa berada di tangan DAP, pengakhirannya tidak mungkin sama sepertimana ketika kuasa berada di tangan UMNO.

Lynas: MP BN Ajak Debat Luar Dewan

Kekecohan di dalam Dewan Rakyat berlarutan sehingga ke luar dewan apabila Ahli Parlimen Mambong (BN) James Dawos Mamit mengajak wakil rakyat Kuala Selangor (Pas) Dr. Dzulkefly Ahmad berdebat di luar.

Dzulkefly ketika ditemu bual wartawan di luar dewan, ditegur Mawit dengan nada beremosi mengajak berbincang secara bersemuka dengannya dan tidak hanya pandai memboikot tindakan kerajaan yang ingin penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk meneliti isu nadir bumi Lynas di Gebeng.

Pelawaan itu disambut baik Dzulkefly yang ketika itu bersama Ahli Parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh.

Perang mulut antara wakil rakyat BN dan Pas itu berlanjutan sehinggakan temubual itu terpaksa dihentikan.

Bagaimanapun, tindakan Dzulkefly menenangkan James sehingga mengiringinya ke kereta meredakan keadaan.

Dzulkefly menyifatkan perselisihan faham seperti itu adalah perkara biasa apabila menyentuh isu-isu besar seperti projek nadir bumi ini.

Beliau ketika ditanya, apakah perasaan apabila Mawit menuding jari ke arahnya berkata:

“Saya tidak mengambil serius tentang perkara itu kerana pada saya semua orang beremosi apabila berbicara tentang isu Lynas ini,”

“Dan jika benar beliau mahu berdebat dengan saya tentang hal ini, saya bersedia… walaupun saya bukanlah orang terlalu pakar dalam hal ini, namun dengan sedikit pengalaman dan ilmu yang saya ada.. Saya terima untuk berdebat,” kata pakar toksikologi dari Universiti Sains Malaysia.

SPRM Diminta Jelaskan Status Siasatan Harta Azmin Ali


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menjelaskan perkembangan siasatannya berhubung satu laporan yang dibuat lebih dua tahun lepas mengenai harta Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali dan isterinya.

Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari, berkata bahawa pada 17 Nov 2009 beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu dan kes berkenaan kemudian dikendalikan oleh SPRM."Seminggu selepas saya membuat laporan polis, SPRM telah panggil saya untuk diambil keterangan, (dan) difahamkan sampai sekarang kes itu masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Anuar berkata bahawa demi ketelusan, beliau berharap SPRM dapat menjelaskan kedudukan sebenar perkembangan siasatan itu.   Beliau turut meminta Azmin mengisytiharkan harta beliau dan isterinya. - Bernama

Biseksual: Anwar Bacul, Takut Saman Nalla



Rakan sepermainan tenis Anwar Ibrahim, Nallakaruppan sekali lagi melepaskan bom, sasarannya tepat mengenai kepala Anwar.

Kata Nalla, Anwar sebagai biseksual tak layak menjadi Perdana Menteri. Satu kenyataan yang agak pedas & berapi yang bukan pertama kali membakar telinga Anwar.

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Pengerusi Malaysia United Indian Party (MIUP) Dato' Nallakaruppan tidak gentar jika Ketua Umum Pembangkang itu mengambil tindakan saman ke atasnya atas pendedahan yang dilakukan.

Beliau kelihatan cukup yakin apabila mendedahkan Anwar Ibrahim sebagai seorang manusia yang mengamalkan biseksual berdasarkan pengalamannya lebih 30 tahun mengenali Ketua Umum Pembangkang itu.

Nallakaruppan juga berkata beliau kenal dengan sifat dan perangai Ketua Umum Pembangkang malah yakin 99.99 peratus pelaku dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim.

- Klpos, 19 Mac 2012 -

30 tahun persahabatan Nalla dengan Anwar bukan satu tempoh yang singkat. Naik dan jatuh Anwar Ibrahim dalam dunia politik sama-sama dirasai oleh Nalla.

Di mana ada Anwar, di situ pasti ada Nalla. Bila Anwar memerlukan 'stok' pelepas nafsu maka Nalla yang akan berusaha mendapatkan 'stok' tersebut tanpa mengira siang atau malam, hari biasa mahupun di bulan puasa.

Bom yang dilepaskan Nalla kali ini bukan setakat menyebabkan Anwar Ibrahim kelu lidahnya, jauh dari itu tak mustahil bakal menyebabkan rakan sekatil Anwar dari Pas akan turut merasa tempiasnya.

"Tidak ada peruntukan dalam perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan tidak ada peruntukan juga untuk biseksual menjadi Ketua pembangkang. Saya amat hairan mengapa pembangkang boleh mengambil seorang biseksual sebagai ketua" - Nallakaruppan.

- Utusan Malaysia, 20 Mac 2012 -

Samaada Anwar ataupun keluarganya, tidak seorangpun yang akan berani bersuara apatah lagi untuk mengambil tindakan undang-undang menyaman Nalla atas setiap pendedahan yang dilakukan.

Jangankan saman malu, bila Nalla ajak Anwar berdebat dan turut menwarkan dirinya sebagai saksi semasa perbicaraan liwat tempohari pun Anwar hanya mampu bersilat kata untuk mengelakkan diri dari menjawab cabaran tersebut.

Di antara empat orang musuh utama Anwar, yakni Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda Ali, yang paling ditakuti oleh Anwar ialah Nallakaruppan.

Tidak sedikit rahsia Anwar berada dalam genggamannya, disebabkan itulah hingga sekarang bila saja Nalla membuka mulut mendedahkan sedikit demi sedikit rahsia Anwar, tiada sebutir pun kata-kata pembelaan yang keluar dari mulutnya.

Diam bermakna setuju, tapi bagi Anwar diam itu satu keperluan penting terutama bila berhadapan dengan Nallakaruppan, demi untuk mengelakkan lebih banyak rahsia peribadi luar tabienya menjadi perhatian umum.

Nallakarupan: Anwar Ibrahim Seorang Biseksual


Senator Datuk KS Nallakaruppan muncul semula hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual dan beliau pernah melihat Anwar ‘beraksi’ dalam satu sidang media di pejabat Perkasa, Kuala Lumpur.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu turut mencabar Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya jika dakwaan itu tidak benar.

Nallakarupan yang berulang kali menyatakan beliau kawan Anwar selama 30 tahun mahu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa membenarkan seorang biseksual menjadi ketua pembangkang.


Beliau sebelum itu menyatakan hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar, seorang biseksual menurut beliau, untuk menjadi ketua pembangkang.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual. Dia tidak berhenti walaupun selepas dia keluar dari penjara. Saya meninggalkan dia kerana dia masih meneruskan aktiviti itu, “kata Nalla.

“Orang ramai menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi ia tidak. Saya mencabar beliau, jika dia anak jantan, bawa saya ke mahkamah,” tambah beliau.

“Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Jika dia berani, panggil saya keluar (ke mahkamah) . Saya boleh mendedahkan di mahkamah siapa budak yang dia telah liwat. Saya cabar Anwar on this matter, bisexual,” katanya lagi.

Menurut beliau, jika Anwar menghadapkannya ke mahkamah, beliau akan mendedahkan lebih banyak perkara mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana setakat ini pendedahan yang telah beliau buat hanya 30 peratus sahaja.

“Nik Aziz juga harus mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual menjadi ketua pembangkang. Mengapa mereka (Pakatan Rakyat) tidak mengambil tindakan ke atas beliau? Mereka mesti mengambil tindakan terhadap perilakunya. Terdapat begitu ramai pemimpin pembangkang, mengapa meletakkan lelaki biseksual (untuk menjadi ketua pembangkang)? ” Tanya Nalla.

“Dengan ini saya katakan yang Anwar seorang biseksual dan saya cabar Anwar saman saya di atas kenyataan ini. Anwar doesn’t want to face the truth, dia bukan anak jantan.

“Dia (Anwar) tidak ada prinsip. Beliau mahu menjadi Perdana Menteri, itu sahaja. Beliau akan merosakkan apa-apa untuk menjadi Perdana Menteri, “katanya.

Beliau juga memberitahu telah mengatakan pertemuan dengan pemimpin utama PAS untuk mendedahkan siapakah Anwar.

“Saya bersedia jumpa Nik Aziz untuk tujuan yang sama,” katanya.

Ditanya apakah sebabnya beliau ‘muncul’ semula menyerang Anwar, kata Nallakarupan, beliau terpaksa, kerana Anwar ‘pusing’ Malaysia untuk membohongi rakyat Malaysia.

“Sebagai orang yang kenal Anwar, saya perlu mengatakan kepada rakyat bahawa Anwar adalah manusia lidah bercabang, seorang biseksual,” katanya.-Agendadaily

Obama Dan Anwar Ibrahim Bercakap Lingo Yang Sama Menyokong Israel


Pada 4 Mach lalu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama, ketika berucap pada Persidangan Dasar AIPAC di Pusat Konvensyen mengatakan Washington terus komited mempertahankan keselamatan Israel, walaupun negara itu melakukan penindasan ke atas penduduk Palestin.Obama, bahkan menganggap isu keselamatan Israel adalah suatu yang suci dan mulia atau 'sacrosanct'.

Awal daripada kenyataan Obama tersebut yang dibuat dihadapn ribuan tokoh Zionis-Yahudi dari seluruh Amerika Syarikat dan Israel, Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim juga membuat kenyataan yang 100 peratus sama kepada sebuah akhbar milik Yahudi. Ketika ditemuramah dan ditanya mengenai pendapat beliau megenai isu keselamatan Israel dalam konteks konflik Palestin-Israel oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012, Anwar dengan bangganya berkata:"I support all efforts to protect the security of the state of Israel...," yang bermaksud "Saya menyokong semua usaha untuk menjamin keselamatan negara Israel..."

Apa yang disebut oleh Obama mempertahankan negara haram Israel sememangnya telah dijangka kerana Israel adalah negara satelit Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah. Amerika Syarikat yang bertindak sebagai 'ayah angkat' kepada Israel akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan negara itu dari segenap aspek kewujudannya termasuk kewangan, subsidi, ketenteraan, bantuan ekonomi dan sebagainya.

AIPAC pula merupakan satu badan pelobi Zionis-Yahudi yang berpusat di washington bagi menjamin segala dasar Amerika Syarikat terhadap Israel wajiblah menguntungkan negara itu.Jadi apabila dikaji kenyataan Anwar yang saling tidak tumpah dengan apa yang disebut oleh Obama maka timbul persoalan asas dalam fikiran umat Islam di Malaysia, apakah bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga berkongsi pentas dengan Amerika Syarikat mempertahankan Israel?

Jawapannya boleh dilihat daripada sikap yang diambil oleh Anwar sendiri apabila beliau digasak bertalu-talu oleh umat Islam di negara ini berhubung kenyataan beliau itu.Bukan hanya beliau terlalu bongkak dan sombong untuk memohon maaf kerana melukakann perasaan umat Islam di Malaysia, Palestin malah diseluruh dunia, bahkan Anwar tetap mempertahankan pendirian menyokong Israel, walaupun 'Israel menindas penduduk Palestin' seperti mana yang disebut oleh Obama dalam ucapannya.

Yang lebih mengejutkan ialah sikap Anwar ang menolak mentah-mentah keputusan Majlis Syura PAS yang mendesaknya menarik balik kenyataan beliau atau menyaman WSJ jika kenyataan beliau tersebut telah disalahertikan oleh akhbar itu. Anwar tidak mahu menarik balik kenyataannya mahupun menyaman WSJ.Kini terbongkar pula dakwaan bahawa Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR menerima dana dan bantuan kewangan daripada badan-badan bukan kerajaan yang berpengkalan samada di Amerika Syarikat atau Eropah.

Apakah hubungkaitnya sebuah parti yang didaftarkan di negara ini dengan pertubuhan-pertubuhan yang kononnya mempromasi demokrasi, keadilan dan ketelusan. Tidak lain tidak bukan NGO-NGO ini adalah pertubuhan yang didalangi oleh gerakan Zionis antarabangsa untuk melemahkan negara-negara Islam seperti Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai demokrasi ala Barat.Pertubuhan yang melimpah ruah dengan dana ini dengan mudahnya sekali menyalurkan bantuan kewangan untuk mendokong aktiviti-aktiviti mana-mana organisasi di negara ini untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka.

PKR adalah antara penerima dana-dana tersebut sejak ia bergerak aktif pada 1998.Oleh sebab itulah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan tujuan dana yang diterima oleh PKR dan parti-parti politik pembangkang adalah dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan. Agenda menjatuhkan kerajaan bererti rancangan untuk membinasakan sistem politik negara yang berteraskan kepada dominasi politik bangsa Melayu dengan Islam sebagai asasnya.

Nyata kenyataan Obama dan Anwar berhubung Israel merupakan skrip lumrah yang mesti diucapkan oleh mana-mana tokoh yang pro-Israel apabila memperkatakan tentang isu keselamatannya."...support all efforts to protect the security of the State of Israel" adalah mantra suci yang mesti dilafazkan samada oleh Obama atau Anwar atau mana-mana individu yang tergolong dalam kategori 'friend of the West'.

Kes Saman RM30J Terhadap Guan Eng... Bicara 27, 30 April ini


Kes saman RM30 juta oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan empat yang lain atas dakwaan memfitnah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 dan 30 April depan.

Peguam Datuk Jahaberdeen Mohd. Yunoos memberitahu pemberita, beliau sebelum itu memohon supaya Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah merekodkan bahawa peguam yang mewakili Guan Eng tidak berhasrat untuk memfailkan permohonan supaya kes saman itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Sebelum ini, mahkamah menetapkan 2 hingga 6 April depan bagi perbicaraan tersebut namun menurut Jahaberdeen tarikh itu tidak bersesuaian dengan peguam Karpal Singh yang mewakili Guan Eng.

Pada 24 Okt. 2011, Zainal Abidin memfailkan saman fitnah terhadap Guan Eng setelah mendakwa beliau mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang. - UTUSAN

Kerenah Anwar Merosakkan Pas


APABILA ahli-ahli Parlimen pembangkang melatah dengan mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat, kelmarin bagi mempertahankan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai sokongan beliau kepada keselamatan negara Israel ia sudah membuktikan bahawa isu berkenaan benar-benar memberi tekanan kepada mereka.

Apatah lagi sehari sebelum itu Anwar yang selama ini dianggap jaguh bercakap dan berpidato, terkedu dengan tindakan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang 'memerangkap' beliau mengenai istilah contingent.

Semua orang tahu bahawa Anwar sudah terperangkap dalam isu ini dan beliau sememangnya mengeluarkan kenyataan menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kalau Anwar tidak berbuat demikian dan tidak bermaksud demikian kenapakah Majlis Syura Ulama Pas memberi kata dua kepada beliau untuk menarik balik atau menyaman The Wall Street Journal (WSJ).

Berikutan itu pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk Pas tidak ada pilihan, selain terpaksa mempertahankan Anwar.

Pas yang sebelum ini dilihat lantang dalam isu Israel termasuklah mendesak Anwar, ternyata hangat-hangat tahi ayam. Ia sekali gus bermakna kepimpinan Pas juga sudah semakin boleh menerima penjelasan dan pendirian Anwar mengenai Israel.

Sebenarnya, penulis diberitahu oleh penyokong-penyokong Pas dan sumber dalaman parti itu bahawa Pas semakin rimas dengan kerenah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang dan ia paling banyak menyusahkan Pas.

''Ini kerana tindakan Anwar banyak bertentangan dengan prinsip perjuangan Pas tetapi kepimpinan parti tidak boleh berbuat apa-apa kerana pengaruh Anwarinas di dalam Pas terlalu kuat dan kukuh,'' kata salah satu sumber itu ketika dihubungi.

Bagaimanapun dalam isu Israel kata sumber tersebut tekanan ahli-ahli di peringkat akar umbi begitu ketara, mereka tidak mahu kepimpinan atasan bertolak-ansur lagi dengan Anwar.

Ada antara mereka dalam perjumpaan dan mesyuarat tertutup dengan kepimpinan pusat dan negeri secara lantang bertanya sampai bilakah Pas hendak menjadi 'pencacai' untuk mencuci dosa-dosa Anwar.

''Mereka hairan kenapakah Pas sanggup terus mempertahankan Anwar sedangkan sepatutnya parti itu bertindak menyingkirkan pemimpin PKR tersebut kerana beliau lebih banyak membawa masalah daripada mendatangkan manfaat kepada pembangkang terutamanya Pas.

''Sebahagian ahli Pas berpendapat, pemimpin-pemimpin mereka jauh lebih baik daripada Anwar tetapi malangnya Pas terpaksa menghabiskan masa untuk mempertahankan tingkah laku Anwar,'' kata seorang pemimpin Pas di sebuah negeri ketika dihubungi.

Selain itu penulis diberitahu di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas terutamanya mereka yang menyokong kepimpinan ulama semakin bosan dengan tindak tanduk Anwar yang cuba menggambarkan dirinya sentiasa berada dalam posisi teraniaya, difitnah dan menjadi mangsa konspirasi.

Menurut pemimpin tersebut, walaupun suatu ketika dakwaan Anwar itu dipercayai oleh penyokong pembangkang termasuk Pas tetapi apa yang berlaku sejak kebelakangan ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena kepada Anwar.

''Dalam banyak kes Anwar dilihat hanya membuat penafian semata-mata begitu juga dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan beliau baru-baru ini. Hujah Anwar terlalu rapuh dengan menganggap is konspirasi sedangkan bukti-bukti menunjukkan sebaliknya.

''Seharusnya Anwar melakukan tindakan bagi membersihkan namanya termasuk memanggil pakar-pakar asing membantunya tetapi beliau tidak berbuat demikian.

''Begitu juga dalam isu Israel, kalau betul WSJ salah atau media tempatan salah, kenapa tidak saman? Kenapa Anwar hanya sekadar menafikannya,'' kata beliau.

Selain itu penyokong-penyokong Pas di peringkat akar umbi juga kecewa dengan sikap pemimpin-pemimpin kanan parti itu yang dilihat lebih banyak tunduk kepada Anwar berbanding melihat kepada kepentingan perjuangan Pas.

Seorang pemimpin daripada golongan ulama ketika ditanya mengenai perkara ini berkata, beliau hairan kenapakah Pas terlalu percayakan Anwar sedangkan beliau kini sudah menjadi liabiliti kepada pembangkang.

Katanya, tindak-tanduk Anwar banyak menjejaskan imej Pas sebagai rakan sekutu, apatah lagi Pas berimej perjuangan Islam tetapi bersekongkol dengan Anwar, yang dilihat melakukan banyak tindakan kontroversi berkaitan Islam.

''Dalam beberapa pertemuan, saya pernah secara terbuka membangkitkan perkara ini, saya katakan kalau Pas masih lagi mahu bersama Anwar, saya bimbang orang Melayu terutamanya atas pagar akan menolak Pas dalam pilihan raya akan datang.

''Saya juga telah berikan pandangan bahawa Pas kena hati-hati dalam isu Israel ini kerana kelompok penyelidikan Pas sendiri mendapati bahawa kenyataan Anwar itu tidak diputar-belitkan oleh mana-mana media termasuklah Utusan Malaysia,'' katanya.

Selain itu, menurut beliau, turut memberi kesan kepada Pas ialah 'road show' yang dilakukan oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr.Hasan Ali yang mendedahkan pelbagai kepincangan Pas.

Kata beliau apa yang menimbulkan persoalan di kalangan penyokong-penyokong Pas ialah kegagalan pemimpin-pemimpin parti itu menyanggah pendedahan Dr.Hasan terutamanya berkaitan Anwarinas dan peranan DAP.

''Sebahagian besar penyokong Pas yang menghadiri ceramah Dr.Hasan merasa hairan kerana pemimpin Pas tidak menjawab balik segala pendedahan beliau. Ini menyebabkan mereka cenderung untuk mempercayai bahawa pendedahan Dr.Hasan adalah satu kebenaran,'' kata beliau.

Hakikatnya, banyak lagi yang didedahkan oleh pemimpin berkenaan kepada penulis tetapi mesej yang ingin beliau sampaikan ialah bagaimana perjuangan politik Pas kini berada dalam bahaya kerana kerenah Anwar yang semakin mengancam perjalanan politik parti itu.

Apa pun sama ada pemimpin-pemimpin Pas akan mengakui atau tidak segala yang didedahkan ini terpulang kepada mereka tetapi apa yang pasti selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang, ia bukan sahaja semakin menghakis imej Islam parti itu tetapi juga boleh meranapkan perjuangan politik mereka.-Utusan

Godfather DAP Tunjuk Kuasa


Karpal Singh betul-betul menyinga kali ini apabila Jawantankuasa Disiplin DAP mengambil keputusan membebaskan P. Ramasamy daripada tuduhan melanggar disiplin parti.

Pelik bin ajaib betul sikap Godfather DAP seorang ni, Disember tahun lepas, dia juga yang beria-ia mahu pertelingkahannya dengan Ramasamy diserahkan jawatankuasa tatatertib parti untuk diselesaikan.

Selepas berperang mulut dengan timbalan setiausaha agung DAP, P Ramasamy, pengerusi kebangsaannya, Karpal Singh berkata, beliau lebih suka krisis tersebut diselesaikan melalui saluran dalaman parti.

- Malaysiakini, 29 Disember 2011 -
Namun, bila keputusan tidak mengikut kehendak nafsunya sebaliknya memihak kepada Ramasamy, dia pula yang meloncat tak puas hati.
Sudah tabie agaknya, keadilan hanya di akui oleh Karpal hanya bila ianya memenuhi seleranya saja. Jika sebaliknya, selagi itulah dia akan melompat sambil mendabik dada dialah godfather dan dialah pembawa panji keadilan di seantero dunia.
Perang terbuka antara Karpal dengan Ramasamy sebenarnya hanyalah lanjutan daripada protes kecil kaum India terhadap Karpal SIngh & DAP yang sekian lama dilihat hanya mempergunakan sokongan masyarakat India untuk kepentingan politik saja.
Apabila kuasa sudah berada dalam tangan, pengorbanan kaum India di perkecilkan, tidak ubah umpama habis madu sepah dibuang.
Malah sejak wujudnya pertelingkahan terbuka antaranya dengan Ramasamy, telah ramai pemimpin & ahli DAP keturunan India yang dipecat atau digugurkan jawatan mereka hasil campurtangan Karpal Singh.
Termasuklah kes terbaru pengguguran empat orang ahli DAP yang menganggotai Lembaga Pembiayaan Hindu & Lembaga Rayuan Negeri.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan Karpal Singh juga mengesahkan pemimpin tertinggi DAP mengambil keputusan untuk menggugurkan empat anggota parti, yang dilantik oleh Ramasamy yang juga adalah timbalan ketua menteri Pulau Pinang II, daripada Lembaga Pembiayaan Hindu dan Lembaga Rayuan Negeri dalam masa terdekat.

- Malaysiakini, 18 Mac 2012 -
Pantang kena dikritik, terus dikorek hingga ke lubang cacing mencari siapa saja yang bersekongkol menyokong P. Ramasamy, tiada yang akan terselamat.
Dulu pun, waktu wujudnya penentangan terbuka terhadap kepimpinan diktatorship Lim Kit Siang yang digerakkan oleh Wee Cho Keong, ramai pemimpin berkaliber DAP menjadi mangsa kerakusan kuasa Lim Kit Siang.
Segalanya dilakukan demi untuk mempertahankan kedudukan masing-masing dalam DAP.
Lim Kit Siang dengan agendanya meng 'dinasti' kan DAP begitu juga Karpal dengan gerakan untuk meletakkan anak-anaknya dalam kepimpinan pusat parti.
DAP yang gah bercakap soal kebebasan bersuara, hak menyuarakan pendapat akhirnya menjadi parti anak beranak yang hanya sesuai di ikuti oleh pak turut dan pak sanggup.

Monday, March 19, 2012

Isu Air: Khalid Ibrahim Khianati Rakyat Selangor


Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor semalam mengadakan perjumpaan dengan dua operator air antarabangsa - Suez Environment yang berpangkalan di Perancis dan Wessex Water dari United Kingdom. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk mendapatkan pandangan pengurusan air yang cekap sebagai persediaan Kerajaan Negeri mengambilalih industri air.

Jika ini bukan bukti mentaliti dijajah yang masih membelenggu fikiran pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR), maka ia adalah bukti bahawa PR mempunyai agenda tersembunyi dan dengan sengaja menolak mentah-mentah penyelesaian yang boleh dicapai yang ditawarkan oleh kerajaan pusat tetapi meminta ‘nasihat’ pakar asing bagi mengatasi masalah ini.

Pakar asing tersebut dikatakan bersedia berkongsi kepakaran dalam pengurusan air bagi memastikan model kerajaan Negeri bukan saja cekap dan berkesan malah boleh dibekalkan pada tarif yang munasabah.

Logiknya, tidak mungkin mereka tidak ‘bersedia’ untuk apa saja jika ia bermakna membawa keuntungan kepada syarikat mereka.

Tindakan Khalid ini bukan sahaja menimbulkan kesangsian di kalangan rakyat Selangor tetapi ia juga dilihat sebagai pengkhianatan terhadap negara kerana beliau secara terang-terangan menggambarkan kepada pakar luar tersebut bahawa kerajaan pusat bersikap tidak telus dan syarikat pengurusan air yang ada di negara ini tidak mahir belaka.

Malah beliau dengan ‘khianatnya’ berkata “kes di Selangor bukan soal apa yang anda boleh lakukan tetapi siapa yang anda kenal."

Pakar-pakar tempatan telah membentangkan masalah air yang bakal melanda Selangor jauh lebih awal sebelum ini. Lanjutan dari itu, kerajaan pusat telah mengambil langkah-langkah tertentu untuk menangani masalah ini.

Untuk tujuan itu, fasa awal projek air bernilai RM8.65 bilion itu telah diluluskan oleh kerajaan Selangor semasa di bawah perintah Barisan Nasional, tetapi fasa berikutnya terhenti selepas Pakatan Rakyat menguasai Selangor dalam pilihan raya umum 2008.

Kerajaan negeri Selangor menawarkan sebanyak RM5.7 bilion untuk membeli kesemua syer-syer bukan milik kerajaan negeri dalam SYABAS, Puncak Niaga, SPLASH dan ABBAS dan berjanji untuk menurunkan tarif air sebanyak 24%. Logiknya bagaimana kerajaan negeri mahu menurunkan tarif sebanyak 24% sedangkan untuk membeli keseluruhan aset ini sahaja kerajaan negeri perlu membuat pinjaman sebanyak RM5.7 bilion?

Kerajaan negeri Selangor juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat dari Timur Tengah sebagai pilihan untuk menguruskan air Selangor dan syarikat tersebut bersedia menawarkan sehingga RM20 bilion bagi mengambil alih pengurusan air di lembah Klang. Tetapi, ini pasti bermakna tariff air akan meningkat dengan drastik sekali. Tidak mungkin kerajaan negeri dapat membekalkan air dengan murah setelah menghabiskan RM20 billion untuk tujuan itu?

Kerajaan Persekutuan telah membayar pampasan bagi pengambilan tanah untuk menampung penyaluran air mentah dari Pahang dan semua syarat permohonan telah dipenuhi. Untuk itu, kerajaan Persekutuan memerlukan kebenaran kerajaan Selangor untuk memulakan kerja-kerja pembinaan melalui empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) termasuk Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Ampang, Majlis Perbandaran Petaling Jaya dan Majlis Perbandaran Subang.

Kerajaan Pusat juga telah beberapa kali membuat rundingan dengan kerajaan Selangor mengenai isu berkenaan termasuk mengenai pelan pengambilan tanah untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 untuk Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor tetapi masih tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri Selangor.

Khianatnya kerajaan negeri Selangor ini sehingga mereka sanggup mengarahkan semua Majlis Perbandaran dan Pejabat Tanah supaya menghalang sebarang kerja-kerja pembinaan laluan paip penyaluran air dari negeri Pahang dilakukan.

Kerana ingin mengaut keuntungan licik, sama ada melalui perlantikan pakar asing atau apa saja, Khalid sanggup membiarkan rakyat Selangor menderita sedangkan beliau tahu yang bekalan air akan terus susut sehingga 13.4% jika penyelesaian tidak dilakukan dengan segera iaitu menyiapkan projek kerajaan pusat tersebut sebelum Jun 2014.

Justeru, tidak ada cara lain untuk rakyat Selangor menyelamatkan diri dari terus dikhianati oleh Menteri Besar sendiri. Caranya ialah mengembalikan Selangor ini kepada kerajaan pusat melalui pilihanraya nanti.

Mungkin ada yang menganggap artikel ini sebagai bahan kempen pilihanraya namun, sama ada ia bahan kempen atau tidak, ia hanya membawa fakta kebenaran semata-mata. Sesungguhnya nasib rakyat Selangor berada di tangan sendiri.