Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham meminta semua pihak agar terus berjaga-jaga bagi mengelakkan bilangan kes terus meningkat, dengan menjadikan apa yang berlaku di Sabah sebagai contoh.
"Putuskan rantaian jangkitan dan kita boleh menang dalam 'peperangan' ini, menang atau kalah sekarang terletak di tangan kita. Setiap orang di Malaysia perlu mematuhi SOP (prosedur operasi standard).
"Sebaik sahaja kita alpa, virus akan tersebar. Contoh terbaik (adalah) di Sabah, apabila kita abaikan (SOP), ini yang terjadi.
"Jadi saya berharap kita semua ambil pengajaran supaya kita tidak mengulanginya lagi," katanya.
Pelakon Datin Seri Zizie Ezette berkongsi beberapa video di laman Instagram yang memaparkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin sedang menunaikan solat.
Bagaimanapun, ibadah tersebut agak ‘terganggu’ dengan kerenah anak-anak yang mungkin ingin melepaskan rindu terhadap beliau selepas sibuk memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 baru-baru ini.
Hari ini bermula saringan dan kuarantin wajib COVID-19 bagi individu yang pulang daripada Sabah. Proses saringan di airport dijangka akan mengambil masa yang lama, diharap orang ramai dapat bersabar.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada semua calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mencatatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sekaligus berjaya membentuk kerajaan negeri baharu.