Saturday, January 14, 2012

Lagi Ajaran Songsang Ambiga... Halalkan Rasuah Kecil


Ambiga Sreneevasan telah menghalalkan rasuah di kalangan ahli ahli politik pembangkang. Satu lagi ajaran songsang yang cuba dibawa Ambiga setelah membawa fahaman hak asasi tanpa had dalam Seksualiti Merdeka.

“Adakah Pakatan akan menubuhkan satu Truth and Reconciliation Commission seperti Afrika Selatan?” kata Ambiga. Apakah model Afrika Selatan itu lebih baik daripada model pencegahan rasuah yang sedia ada di Malaysia?

Tentu sekali tidak kerana ranking rasuah di Afrika Selatan adalah lebih teruk dari Malaysia. Kedudukan Malaysia adalah lebih baik dan telah diiktiraf di peringkat dunia (baca sini). Satu lagi ajaran songsang mahu dibawa oleh Ambiga.



Hadi Awang Terpaksa Tutup Mulut Berhubung Isu Calon Pengganti Hasan Ali


PAS masih berteka-teki mengenai calon pengganti Datuk DrHasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu bagi mengisi kekosongan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Malah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mengelak ketika diajukan soalan mengenai pengganti bagi mengisi portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukturdan Kemudahan Awam.

"Nanti kami beritahu, tunggulah Rabu," katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang media bersama pemimpin Pakatan Rakyat di sini, Sabtu.

Abdul Hadi juga mengelak ketika ditanya sama ada beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pengisian jawatan itu.

Pada Jumaat, Abdul Khalid mengumumkan bahawa pelantikan Exco baru akan disempurnakan di Istana Bukit Kayangan, di Shah Alam pada Rabu depan.

Abdul Khalid turut memberitahu bahawa kerajaan negeri belum memperoleh nama secara rasmi daripada PAS dan satu perjumpaan dengan PAS Pusat akan diadakan dalam tempoh dua hari ini.

Hasan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor oleh Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Watikah memaklumkan pembatalan pelantikan beliau akan dihantar olehpihak istana kepadanya tidak lama lagi.

Minggu lalu, Abdul Hadi mengumumkan pemecatan Hasan berikutantindakannya yang didakwa menyalahi dan merugikan parti berdasarkankepada Fasal 82(9) perlembagaan parti.

Hasan sebelum ini dianggap sebagai ‘ancaman’ kepada PAS berikutan kenyataannya secara terbuka mengkritik perjuangan parti itu yang dianggap tersasar daripada landasan perjuangan asal parti, iaitu mendaulatkan Islam. - Mstar

Berita Terdahulu: PAS Sudah Ada Pengganti Hasan Ali

Nik Aziz Kata Cis Kepada Umno!


Rupanya Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat masih menyimpan dendam semenjak Umno/BN merampas takhta pemerintahan dari Pakatan Rakyat di negeri Perak dua tahun lalu.

NIk Aziz menuduh... rampasan kuasa tersebut tidak mengikut amalan demokrasi serta cara Islam.

Dengan nada yang tidak berpuashati beliau berkata Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada bulan Februari 2009 setelah tiga Adunrya melompat menyokong BN.

Nik Aziz juga menuduh Umno telah menceroboh ekonomi, akidah dan politik negara. Berkata ketika menyampaikan ucapan penggulungan di konvensyen ketiga Pakatan Rakyat di Alor Setar sebentar tadi.

Oleh kerana itu, tegas menteri besar Kelantan itu, beliau menolak sebarang kerjasama dengan Umno.

“Saya didatangi pemimpin Umno pelbagai darjat. Dia (Umno) minta PAS masuk Umno.

“Tok guru, Ustaz Ziz, masuk Umno untuk perpaduan rakyat (Malaysia). Saya kata cis, maka kami bersama Pakatan Rakyat..” katanya.

Ternyata PAS hanya akan berkerjasama dan lebih menyayangi rakan sekutunya DAP. Demi kuasa PAS sanggup menolak tangan yang di hulurkan oleh umat sesama Islam dengannya.

Sepatutnya kita sesama umat Islam mencari jalan mcm mana kita nak bersatu!

Dan diatas sebab kepentingan sendiri, Nik Aziz lebih sanggup tolak perpaduan ummah yang dituntut dalam agama.

Cis Nik Aziz! ketahuilah bukan hanya negeri Perak sahaja yang tumbang di tangan BN, malah lebih dari itu yang akan tumbang pada PRU ke 13 nanti! Janganlah Bongkak sangat Nik Aziz!!!

Penyokong Hasan Ali Hadir Di Program DS Najib Di Rimba Jaya



Inilah yang menjadi kebimbangan PAS apabila mereka memecat Hasan Ali tempohari... Ini kerana Hasan Ali seorang pemimpin lama dan mempuyai pengaruh yang besar dalam PAS...

Melihat pada kehadiran beberapa ahli PAS di program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Rimba Jaya tidak mustahil ramai dari ahli PAS akan keluar parti dan istihar menyokong Barisan Nasional demi Islam, Melayu dan Raja Melayu kita.

Selanjutnya klik di sini...

Konvensyen PR: Pakatan Dapat Sokongan Orang BN, Mat Sabu Buat Lawak Bangang Mah...


Pemimpin Pas tak habis-habis nak buat lawak bangang... Adakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) boleh menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Mat Sabu berkata, kononya bekas menteri dan menteri yang sedang berkhidmat ada bertemu dengannya dan menawarkan sokongan untuk sama-sama menjayakan matlamat tersebut.

"Pegawai kerajaan dan bekas pegawai termasuk polis dan tentera turut menyuarakan sokongan dan sedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa.

"Mereka kata biarlah kami berjuang dari dalam untuk menumbangkan BN dari dalam," katanya ketika berucap pada Konvensyen PR Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim.


Lawak Mah.... ( Mah ialah pasangan Mat Sabu ketika di tangkap basah di bilik 121)

Sebenarnya berbohong sudah menjadi amalan Mat Sabu dan parti pembangkang, fitnah sudah jadi budaya dan amalan hidup mereka.

Pembohongan ini dibuat semata-mata untuk menarik rakyat menyokong Pakatan Rakyat. Mat Sabu hanya sekadar bercakap tanpa mengemukakan bukti yang sahih...

Malah pembohongan Mat Sabu ini boleh dikatakan tahap darjah satu, macam ni ke Timbalan Presiden Pas nak rampas Putrajaya... jawabnya jangan mimpi lah... rakyat bijak menilai maka mereka tidak mudah terpengaruh dan ditipu dengan sendiwara Mat Sabu.

Konvensyen PR: Nama Ambiga Tersenarai Sebagai Calon PRU Pakatan Rakyat


Sah nama Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sudah ada dalam dua senarai ( DAP dan PKR).Ini membayangkan Ambiga sudah menjadi ‘most valuable player’ dalam Pakatan Rakyat pada ketika ini.

Pada perhimpunan haram Bersih pertama pada 2007, kebanyakan yang terlibat dalam demonstrasi itu ada yang kini sudah bergelar wakil rakyat pembangkang setelah bertanding dalam PRU 2008.

Tak syak lagi cita-cita Ambiga yang sebenarnya ialah mahu jadi calon PRU, ekoran beberapa orang yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 1.0 sudah jadi wakil rakyat.

Bersih yang diterajui Ambiga ini sudah tidak ada objektif, dia sudah jadi alat, Ambiga kini menjadi 'kuda tunggangan' pakatan pembangkang.

Bercakap di Konvensyen Pakatan Rakyat, Ambiga berkata, “Kita mesti menghukum “ikan besar”, dan memaafkan “ikan kecil” supaya negara boleh membangun tanpa halangan,” katanya.

Bekas presiden Majlis Peguam ini juga meminta semua kakitangan awam yang terlibat dalam pendaftaran pengundi warganegara asing sebagai pengundi berhenti daripada penglibatan mereka dalam aktiviti seperti itu.

Lapan permintaan kesemua Bersih mesti dipenuhi sebelum pilihan raya berikutnya, beliau berkata, jika tidak ia akan menjadi satu penghinaan bagi jawatankuasa khas parlimen berkaitan penambahbaikan pilihan raya (PSC) serta orang ramai.

Ambiga menambah bahawa para pengundi mesti menolak politik kotor , dan calon-calon yang seksis, bersifat perkauman, tidak mempunyai integriti dan meletakkan diri mereka lebih daripada kepentingan orang ramai.

Siapa sebenarnya yang kotor? fikir-fikirkan lah...

Ceramah Pokok Sena... Lim Guan Eng Kata "Undi Pakatan Dapat Pahala" ?


Di Dewan Kampung Baru, Pokok Sena, Kedah semalam, Lim Guan Eng bercermah agama di depan Mat Sabu dan Mahfuz Omar.

Dalam ceramah Ketua Menteri Pulau Pinang itu, antara lain beliau berkata "orang yang mengundi Pakatan" akan mendapat "pahala".

Selain daripada itu, Guan Eng turut melemparkan tohmahan kepada UMNO dengan berkata "kita tak makan wang, UMNO makan wang".

Guan Eng juga turut menabur tiga janji-janji manis sekiranya PR diberikan peluang memerintah :

1.RM1000 setahun untuk warga emas.
2.Mansuhkan Tol Plus.
3.Kurangkan kos sara hidup.

Yang menghairankan pemimpin PAS boleh melaungkan "Takbir" bila Guan Eng janjikan pahala sekiranya mengundi Pakatan Rakyat.

Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang kafir!

Karpal Perangkap Nurul Izzah...


Ramai mungkin yang tak perasan, namun wujudnya suasana ‘sunyi’ di kalangan Pakatan Rakyat setelah kejayaan besar 9 Januari yang lalu. Kalau kita kenal dengan Anwar Ibrahim, kalau kita kenal dengan Azmin Ali, kalau kita kenal dengan Saifuddin Nasution – kita semua akan tahu bahawa mereka akan menjadi euphoria dan tak menentu.

Mereka akan melakukan banyak perkara dalam memastikan imej Anwar akan kembali bersih seperti bayi yang baru lahir.

Kalian kena tahu dan faham – bahawa semua ‘kesunyian’ ini berlaku kerana sebab yang besar. Walaupun pada hakikatnya, keluarga Anwar sendiri seronok dan sedang bergembira; mereka kembali senyap dan sunyi apabila dinasihatkan oleh Karpal tentang beberapa perkara.

Sebagai seorang peguam yang handal – Karpal sendiri sudah berpesan kepada keluarga supaya bersiap sedia dengan kemungkinan drama mahkamah akan bermula semula.

Karpal, pada malam kelmarin, secara terus terang mengatakan dia masih RISAU dan TAKUT dengan penghakiman bertulis yang bakal diberikan oleh Hakim nanti. Kepada Karpal, akan ada kejutan baru yang akan menyebabkan mereka kembali menjadi defensif.

Ingatan Karpal ini ditujukan kepada Izzah yang sentiasa sahaja mahukan Anwar menggunakan ‘Gear 5′ dalam ceramah – dan mengutuk Najib secara maksima.

Karpal mengingatkan Izzah tentang beberapa perkara:-

Saiful punya hak untuk membuat ‘appeal’ kepada kes yang ada. Karpal mengingatkan Izzah bahawa sebagai seorang Peguam; pasukan guaman Anwar MESTI memberikan ruang yang seluas mungkin untuk usaha ini dilakukan. Karpal mahukan semua ruang ini ‘exhaustive’; barulah Anwar layak keluar sebagai seorang bayi yang putih bersih;

Karpal sendiri mahu menguji keberkesanan hujahnya dalam mahkamah yang lebih tinggi – ini adalah soal ego Karpal sebagai peguam handalan;

Kita (team guaman Anwar) juga akan melakukan perkara sama jika keputusan tidak memihak kepada kita;

Yakin bahawa kita masih menang kerana tidak cukup bukti;

Minta Izzah lebih tumpukan kepada ‘mahkamah politik’ daripada mencampuri urusan guaman yang sedang berjalan.

Karpal siap sedia untuk ke mahkamah lagi. Kepada Karpal, apa perlu takut dengan mahkamah rayuan sekiranya kita tidak bersalah.

Bagus semangat melawan orang nama Karpal Singh ini. Kagum.

-Gelagat Anwar

Terlalu Hina: Ust Azhar Idrus Fitnah Ulama Muda!


Dalam satu ceramah Ustaz Azhar Idrus menyampaikan cerita fitnah, tidak berasas dan tanpa sebarang fakta sahih. Menuduh Ulama muda sebagai Ulama gila, menerima habuan sebanyak RM15 ribu dari kerajaan untuk memburukan BERSIH 2.0 yang di anjurkan oleh Ambiga Sreenevasan dan Pakatan pembangkang.

Kenapa sampai menghina ulama-ulama muda ini? Mereka juga umat Islam dan bersaudara...! Bukankah Ustaz lebih arif tentang hal-hal persaudaraan dalam Islam ini...


Beliau bijak bertutur, walaupun slang Terengganunya pekat, masih mampu untuk difahami. Caranya memang menarik dan sesuai untuk golongan muda. Beliau juga aktif berfacebook dan di dalam bidang fotografi. Semua ini adalah medium yang begitu mudah untuk dicapai oleh golongan muda.

Sayangnya, platform ini juga beliau gunakan untuk menghentam kerajaan. Walaupun memang jelas beliau dari suku PAS, perbuatannya mencampur adukkan amalan politik dan agama aku sedikit rasa terkilan. Kadang-kadang, soalan yang ditanya, tak terjawab pun, tapi dipusingnya untuk menghentam kerajaan pula.

Berikut komen Ulama Muda :

Bismillah, Kami harap Ust. Azhar Azhar Idrus hadahullah (Semoga Allah memberinya petunjuk) dapat menarik kembali perkataan beliau yang mengatakan:

Minit 3:43 - “Ulama muda ulama gila, masuk parti sekuler, masuk berenang dalam air najis, boleh 15K dengar khabar seorang sebulan, tapi duduk dalam najis sekuler. Sekuler ni keluar dari Islam, sesat dunia akhirat.”

Minit 4:13 - “Mu terjun dalam tong najis terus, sign borang, isi borang, 40 Ulama Muda menyertai parti dulu kini dan selamanya, sesat dalam api neraka...”

[*] Perkataan Ust. Azhar ini adalah ayat takfir (pengkafiran) dan Ust. Azhar menegaskan secara pasti bahawa UMNO, ILMU, dan orang-orang yang isi borang menyertai UMNO bakal ke Neraka.

[*] Ingatlah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda (maksudnya), “Tidaklah seseorang menuduh kepada yang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Minit 4:30 – “(Ulama Muda) dia baham 15k sebulan sign borang. Pastu jadi boneka...”

[*] Sekali lagi kami tegaskan di sini, pernyataan ini adalah fitnah dan dusta ke atas kami (ILMU). Maksud firman Allah Ta’ala, “(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit pun, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal ia di sisi Allah adalah besar.” (Surah an-Nuur, 24:15)

Wallahu a’lam...

Semoga Allah memberi hidayah dan taufiqnya kepada kita semua agar berjalan di atas jalan yang benar, iaitu jalan yang ditempuh oleh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama-sama para sahabatnya.

via Ulama Muda UMNO (ILMU)

PAS Sudah Ada Pengganti Hasan Ali


Inilah bakal penganti Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali selepas beliau dipecat keanggotaan sebagai ahli PAS dan kini beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai exco negeri Selangor...

Tahniah di ucapkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru Dr Abdul Rani Osman kerana berjaya tikam belakang Hasan Ali.

Syabas di ucapkan juga kepada Pas yang menghalalkan apa sahaja permintaan daripada DAP termasuk Negara Islam kepada Negara Berkebajikan menyerlahkan segala-galanya. Ikut saja telunjuk DAP.

Tahniah!!
Tahniah!!

PAS is Dead!!!

Friday, January 13, 2012

Letupan 901: Polis Meminta Pengedar Jam Loceng Tampil Memberi Maklumat


Polis meminta pengedar jam loceng tampil memberi maklumat jika terdapat mana-mana pihak membeli tiga jam berkenaan secara serentak baru-baru ini.

Jam loceng dalam kes jerangkap rekaan elektrik adalah daripada jenis murah, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.


Polis meminta orang awam yang pernah atau telah menjual tiga jam loceng murah warna merah, menyalurkan sebarang maklumat kepada DSP Yahya Abdul Rahman di talian 019-4708946 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada Khamis, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada pemberi maklumat sehingga tertangkapnya individu yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut

Dalam pada itu, blogger-blogger mesra Kerajaan telah bersepakat untuk menyumbang bagi menaikkan jumlah tawaran yang dibuat oleh PDRM sebagai menghargai jasa PDRM menjaga keselamatan negara. Setakat ini beberapa blogger sudah bersetuju menyumbang mengikut kemampuan mereka. Diharap lebih ramai lagi blogger-blogger Pro-Kerajaan akan tampil memberi sumbangan.

Blogger Pena KSJ bersetuju menyumbang sebanyak RM50.00
Blogger Double Y bersetuju menyumbang sebanyak RM100.00
Blogger Bro Jinggo bersetuju menyumbang sebanyak RM100.00
Blogger Cucu Tok Selampit bersetuju menyumbang RM200.00

Dengan ini jumlah tawaran kepada sesiapa yang boleh memberi maklumat sehingga tertangkapnya pengebom di Kompleks Mahkamah tempoh hari dinaikkan kepada RM10,450.00

Kita blogger bukan macam AMK dan puak PAS main tunjuk-tunjuk je...

Pemuda Umno Mulakan 'Kempen' Dengan Taklimat Jentera PRU !


Kehangatan Pilihanraya Umum ke 13 semakin hangat dirasai, lantaran itu Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan mengadakan satu taklimat khas kepada jentera pilihan raya umumnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada petang Sabtu, 14 Januari.

Taklimat tersebut akan di sampaikan oleh Ketua pergerakan tersebut, Khairy Jamaluddin di Dewan Tun Hussein Onn itu dijadualkan bermula tepat jam 6 petang.

Adalah difahamkan, semua wakil Pemuda Umno Bahagian termasuk dari Sabah akan hadir pada taklimat tersebut.

Antara lain, difahamkan bahawa Khairy akan memberi gambaran awal apakah yang perlu dilakukan oleh jentera pilihan raya bahagian sekiranya parlimen dibubarkan sebelum Jun ini dan apa pula opsyen yang perlu pemuda ambil seandainya pilihan raya umum jatuh pada November atau hujung tahun ini.

Pergerakan Pemuda yang secara tradisinya dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia strategi pemasangan poster, ceramah dan keselamatan jentera akan turut memperkatakan tentang persediaan bahagian sekiranya terdapat di kalangan mereka yang terpilih sebagai calon.

Opsyen persiapan ketiga ialah langkah-langkah yang perlu dambil sekiranya pilihan raya tidak jadi diadakan pada tahun ini.

Adalah dijangkakan antara 25 hingga 40 peratus calon pilihan raya umum akan datang bakal dipilih dari kalangan anggota-anggota Pergerakan Pemuda dan Wanita Umno.

Sedia Gempur!!!

Mahasiswa Pembangkang Salah Guna Duit Rakyat


Wan Norhayati Wan Alias, seorang yang yatim piatu berasal dari Kelantan. Dalam satu wawancara pada Oktober 2004, Wan Norhayati menceritakan bagaimana parti pembangkang mempergunakan persatuan yang islamik di universiti untuk mengkaderkan mahasiswa.

"Pada asalnya Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) adalah baik, tetapi pihak pihak yang menaunginya telah memanipulasi persatuan itu secara underground ke arah politik, jadi berhati hatilah, jangan mudah tertarik dengan jenama Islam yang selalu dilaung laungkan oleh pihak tertentu" kata Wan Norhayati.



Terjebak dengan modus operandi pembangkang hingga gagal belajar. Itu sepuluh tahun yang lepas, kali ini ada lagi mahasiswa yang tidak serik. Kejadian yang sama akan berulang kepada beberapa lagi mahasiswa yang terjerat dan terperangkap dengan janji manis pembangkang. Mereka meminjam duit rakyat dalam PTPTN untuk agenda pembangkang di kampus.

Sumber: Angin Perubahan