IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi diangkut keluar dari Dewan oleh polis.
Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan kira-kira 30 minit tetapi Sivakumar telah diangkut keluar dari tempat duduknya kira-kira pukul 2.40 petang oleh tiga anggota polis.
Beliau kelihatan terjatuh semasa diangkut keluar di luar Dewan.
Kerusi yang didudukinya juga dibawa keluar.
Kira-kira 30 anggota memasuki DUN sebaik sahaja berlaku pergelutan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.
Pergelutan dan pertikaman lidah tercetus apabila Speaker baru 'dilantik' BN, Datuk R. Ganesan mengambil tempatnya di barisan kedudukan BN, sebelah kiri tempat duduk Speaker untuk mempengerusikan 'sidang DUN'.
Pertikaman lidah itu yang antara lain mendesak Ganesan keluar Dewan atas alasan tidak sah, berubah dengan pergelutan sekali gus membawa kepada kemasukan anggota polis ke dalam Dewan.
Insiden tolak-menolak antara ADUN Pakatan dan polis juga berlaku.
Suasana ini berakhir dengan usaha memaksa membawa keluar Sivakumar yang bertegas tidak akan memulakan sidang DUN selagi 10 ADUN termasuk Menteri Besar dan tiga wakil rakyat Bebas keluar dari Dewan.
Sehingga berita ini ditulis keadaan Sivakumar masih tidak diketahui.
Beliau tidak kelihatan dalam Dewan apabila ia mula bersidang.
Sidang disambung kira-kira pukul 3.17 petang dengan titah diraja perasmian yang disampaikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan Shah.
Baginda sepatutnya menyampaikan titah diraja perasmian pukul 10 pagi tadi.
8 comments:
Hantar terus Siva ke Tanjung Rambutan atau Kem Kamunting.
SALAM BRO..
KAHKAHKAH..
JAWATAN HIALNG KERUSI JUGA KASI ANGKAT KELUAR...
ITU KERUSI KASI SURVINIOR TERUS..
JANGAN DIA LELONG UNTUK BUAT TANGKAL SUDAH KAHKAHKAH
mmg org bn ni tak malu. lantik speaker pun kelam kabut. dah lah tak sah. zambri mcm orang tak tahu undang-undang. apa yang bn buat kat sidang dun td..nampak sgt dah tersedak. ntah apa2 je la bn nie.. mmg bn skang ni menuju kehancuran! be end....
AKU RASA PATUT HUMBAN SI SIVA NI DALAM SUNGAI PERAK BERSAMA2 DENGAN KERUSINYA...
BUAT ANONYMOUS KAT ATAS AKU NI..KALU ANDA TERBACA BLOG NI LAGI..KOMEN LA DENGAN BERIDENTITI...XKAN BALING BATU SOROK TANGAN...JANGAN JADI RAKYAT YG HNYA MELIHAT APER YG NAK DILIHAT DAN MENDENGAR APER YANG NAK DIDENGAR SAHAJA...BAGI KO APER YG PAKATAN WAT JER BETUL...AKU X PENAH DENGAR PUN ADA DI KALANGAN KORANG YG MEMBNTAH TINDAKN WAKIL PAKATAN...TAK MCM KAWAN AKU DALM BN...ADER WAKIL RAKYAT YG X BETUL MESTI KEHENTAM PUNYA..ITU BRU RAKYAT YG MNILAI APER YANG DILIHAT DAN DIDENGARI
Ampun Tuanku.
Perasmian Race Kuda di Ipoh Turf Club minggu lepas tidak sekecuh macamn ni.
Tahniah kerana akhirnya Sidang DUN berjaya juga dilangsungkan. Kesepaduan ADUN dari BN dan bebas serta kecerdikan Tuan Speaker yang baru di bawah kepemimpinan YAB MB Datuk Dr Zambry membuktikan tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Syabas!
Salam BJ..
Buat Ane Sivakumar....ayo..yo ane..takkan tak faham dengan undang-undang kot. Bukan ke Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu telah membuat keputusan bahawa keputusan Sivakumar menggantung Dr Zambry dan enam anggota Exconya sebagai tidak sah dan terbatal. Malah menunjukkan sikap mencabar keputusan mahkamah, Ngeh dalam kenyataanya yang dikeluarkan hari Selasa menyifatkan Mahkamah Persekutuan telah tersalah membuat keputusan tersebut kerana keputusan yang dibuat oleh Sivakumar telah disahkan oleh sidang 'bawah pokok' pada 3 Mac 2009.
Salam perjuangan
http://oreoyabun.blogspot.com/
Post a Comment