Thursday, July 28, 2011

Facebook Sokong Muhyiddin Sebagai PM Usaha Terdesak Pembangkang


Parti pembangkang dilihat semakin terdesak untuk meraih kuasa pentadbiran di negara ini apabila terus-menerus menyerang kerajaan Barisan Nasional/BN dengan pelbagai fitnah dan tohmahan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Terdahulu laman sosial Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digondam pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan komen-komen negatif dan isyarat lucah memburukkan beliau dan kerajaan BN.

Terbaru satu laman sosial, "Kami Sokong Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri Malaysia" diwujudkan dengan tujuan memburukan imej Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

URL : http://www.facebook.com/pages/Kami-Sokong-Muhyiddin-Sebagai-Perdana-Menteri-Malaysia/168360329900258?sk=wall&filter=2

Blogger Pembangkang memainkan peranan untuk meracun pemikiran rakyat.
Sumber gambar dari blog pembangkang: Manjongmari

Dan jelas kita lihat disini pakatan pembangkang akan melakukan pelbagai taktik dalam cubaan mereka untuk merosakkan kepercayaan rakyat.

Tindakan mereka mencipta pelbagai fitnah bagi memburukkan Umno/BN menyebabkan Pakatan Pembangkang kini boleh disifatkan sebagai Pakatan Kurang Upaya, sehingga terpaksa menagih simpati rakyat dengan cara sedemikian hina.

Kalau ditanya aku, kanapa harus memperjuangkan Umno/BN... Jawapanya ialah Pakatan Pembangkang (PR) harus ditolak mentah-mentah oleh rakyat Malaysia kerana mereka tidak layak bagi memerintah negara.

2 comments:

Anonymous said...

Gilo.. Pembangkang dh gilo skrg!

Anonymous said...

Kita nak PARTI PAKATAN HARAM yg dari awal suka kecoh, buat hal, serta lupa kebajikan rakyat dan menjadikan rakyat hamba mereka melakukan sesuatu yg membahayakan rakyat itu sendiri atau PARTI yg tak provokasi tetapi tenang dan masih gah membantu rakyat? Fikir-fikirkan la...