Tuesday, August 2, 2011

DAP Dicabar Bertanding Di Kawasan Melayu! Ada Berani?

GAPS ingin mengalu-alukan cadangan DAP yang berhasrat ingin bertanding dalam kerusi majoriti melayu dalam PRU 13 ini. Hasrat ini sekali lagi membuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

DAP sekarang memperolehi sokongan maksima masyarakat cina namun itu masih belum cukup untuk ia memenangi kerusi untuk mengambilalih kerusi Perdana Menteri. GAPS yakin sebenarnya DAP sedang menyusun langkah untuk mengambil alih jawatan PM, kerana itu ia harus melebarkan jaringnya dikawasan melayu.

PKR dan PAS sekarang pula sedang mengalami kemerosotan sokongan yang amat sangat pengundi melayu. Oleh itu kedua-dua parti ini dilihat DAP tidak mampu untuk mengekal kerusi yang mereka ada sekarang. Alternatif nya adalah untuk DAP meletakkan calon melayu. Dengan formula ini DAP berharap sokongan kaum cina kekal dan kaum melayu bertambah yang akhirnya akan memenangkan calon mereka.

Secara halusnya sebenarnya DAP sedang mengadaptasikan cara parti PAP singapura menguasai kerusi melayu dinegara itu sejak tahun 1965. Formula PAP mungkin boleh digunapakai oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.

Malahan hubungan keluarga dan politik abang-adik PAP dan DAP merupakan jambatan yang sangat utuh yang diyakini oleh DAP untuk menguasai politik negara ini.

Kenyataan Media GAPS...

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

2 comments:

Anonymous said...

DAP Parti Perkauman ..

Bingai @ Bangang said...

Aku rasa kalau dia orang bertanding di Shah Alam boleh menang kot. Kerabat dia orang dah ramai yang berhijrah ke Shah Alam. Orang Melayu di Shah Alam pun ramai yang tak sedar lagi.