Saturday, August 20, 2011

Pemuda Buat Laporan Polis Terhadap "Ali Setan"


Masih ingatkah lagi dengan pelakon Ali Setan? Filem kisah nakalnya remaja tahun 80-an yang dilakonkan bersama Ogy Ahmad Daud dan Azmil Mustafa(Ali Setan).


Dulu Ali Setan masa muda nak baca al-Fatihah pun tak pandai, sampailah dia sedar diri dan mula belajar agama. Sekarang dia khabarnya tinggal kat Syria untuk mendalami agama.


Sudah menjadi-jadi trend artis-artis yang baru kenal sejadah lantang bercakap soal agama dan mula meninggikan hidung seolah-olah mereka sahaja pandai dan orang lain bodoh belaka.

Sehubung dengan itu , Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kemarin, Khamis membuat laporan polis terhadap bekas Pelakon filem ‘Ali Setan’, Azmil Mustapha di Balai Polis Kampung Baru Subang.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdaouz Tan Sri Megat Junid berkata, laporan polis ini dibuat kerana tindakan Azmil yang berceramah di dalam Masjid An Nur Kg Melayu Subang malam tadi dengan ceramah politik berbaur hasutan yang keterlaluan.

“Dalam ceramahnya, Azmil secara tidak bertanggungjawab menuduh kerajaan tidak Islamik di mana sekolah-sekolah kerajaan yang ada pada hari ini mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah yang berpendidikan Islam.

“Pada masa yang sama, dia mempertikai Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara di mana dia mahu Keluhuran Perlembagaan ditukar kepada Keluhuran Al-Quran Nur Karim,” ujarnya selepas membuat laporan polis pagi tadi.

Tambahnya, dalam ceramah Azmil malam tadi turut menyebut tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang DiPertuan Agong, sebaliknya yang perlu diagungkan hanya tuhan sahaja.



“Kita sedih bila Azmil yang telah berubah dari ‘Ali Setan’ tapi meneruskan budaya ‘setan’ yang menghasut, menabur fitnah dan memecahkan umat Islam dengan ceramah tidak bertanggungjawabnya, walaupun di bulan Ramadhan yang mulia ini.

“Kita juga kesal dengan tindakannya yang berulang kalia menyebut “Melayu Bodoh” dan tidak ada ‘telor’. Apa tujuannya dia sebut perkara tersebut, adakah dia terlupa dia juga bangsa Melayu yang telah mendapat keistimewaan sebagai orang Melayu yang beragama Islam,” katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang.

Dalam masa yang sama, dia melabelkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai Dasar Ekonomi Bodoh.

“Dia turut mempertikaikan dan mempersoalkan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan Paul Pope (paderi Kristian) baru-baru ini.

“Tindakan Azmil itu ditegur salah seorang jemaah (Tuan Haji Keman) namun Azmil dengan bongkak dan angkuhnya menyatakan segala ibadah menunaikan haji dan membayar zakat Tuan Haji Keman adalah sia-sia belaka.” tambahnya.

Sambil menyatakan rasa kesal dengan kejadian tersebut beliau turut mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap Azmil yang jelas ceramahnya menghasut serta bertujuan memecah belahkan masyarakat selain engkar perintah DYMM Sultan Selangor supaya tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik di negeri Selangor.

11 comments:

Anonymous said...

ali setan sesat lagi menyesatkan!!!

Anonymous said...

kalau dah setan namanya....

Anonymous said...

bg ceramah kalu x aibkan sesape x sah..ogy dlu sume ko aibkan..baik la sgt perangai ko tu..

AzmilSetan2.0 said...

Ali setan kini bertukar kepada.......
"AZMIL SETAN 2.o"..!!!!!! yeah....

Anonymous said...

masa muda tanya dia berapa byk puki di tibainya...berjanggut tu kira dosa da terampun ka..berak kau dgn mat sabun 121 sama aja...kau dgn king jubur aka liwat sama taraf..

Anonymous said...

Kenapa terjadinya perkara tersebut? jawapannya senang sahaja, contohnya mudah saja jika mat rempit yang berlumba haram di jalanraya disumpah oleh 44 orang necsaya satu hari dia akan tersungkur juga, ini kan pula berjuta orang mengelarnya Ali setan, maka masin mulut antara berjuta-juta organg itu termakbullah. Sebenarnya dia tersilap memilih jalan keluar.

warga sebelum merdeka

Anonymous said...

Kekadang tu setelah mengetahui ape yang benar tentang Islam tidak sama dgn ape yg diamalkan di negara sendiri, ramai yang hanya tahu menyalahkan keadaan.

Tetapi tidak ramai yang mempunyai buah fikiran tentang bagaimana kaedah untuk mencapainya tanpa menyebabkan huru-hara atau tanpa terdedah kepada yang merugikan agama sendiri.

Bermula dgn diri sendiri dan keluarga sehingga menjadikan majoriti rakyat yang bertakwa perlu dicapai dahulu, barulah berbagai rancangan dapat dilaksanakan.

Anonymous said...

inilah jenis manusia sudah terdesak cari makan,dia kena bayar dari hasil ceramahnya.siapa yg sponsor dia tentunya ahli2 politik...kau ceramah kami bagi duit...

Majid Yahya said...

Azmil benar lulusan setan.Dibulan yg mulia ini dia menunjukkan perangai setannya. Sudah berani sangat dia, perangi manusia sebegini.

Anonymous said...

Baru 5 tahun kat syria dah pandai memandai nak burukkan bangsa dan negara sendiri dan lebih teruk lagi nak jatuh hukum amalan seseorang umat islam yang lain,ajaran mana la dia belajar nie. sedangkan alim ulama tak pulak wat macam tu..

Anonymous said...

ALLAHs.w.t
memberi peluang .....sesudah kamu sakit tenat msk hospital beberapa hari. Tetapi, semasa kamu sihat, kamu masih kaut dosa, ingatlah 5 perkara. ingati lah dosa3 semasa kamu muda dulu... adakah kamu dpt cover balik...sedarlah...berdiam lebih baik