Sunday, November 20, 2011

13 Ditahan ISA Di Tawau Amat Bahaya... Senjata Dan Bahan Letupan Ditemui!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap mempertahankan tindakan menahan 13 orang di Tawau Isnin lalu di bawah ISA sekalipun dipertikaikan oleh Suruhajaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) dan parti-parti pembangkang kerana didakwa tidak hormati semangat pengumuman kerajaan untuk mansuhkan ISA.

Serentak dengan itu beliau membidas Suhakam sebagai tidak bertanggungjawab mendesak pembebasan mereka tanpa mengetahui latar belakang dan faktanya.

Beliau menjelaskan kumpulan 13 individu terbabit termasuk enam warga asing "tidak takut mati" dan "mahu mati jihad" amat berbahaya bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

Beiau menyifatkan isu penahanan 13 individu terbabit sebagai "amat serius" dan berkata, pada ketika ini mereka sedang ditahan di pusat tahanan di Tawau.

Hishammuddin juga mendedahkan, operasi penahanan 13 individu yang dilaksanakan oleh unit khas anti keganasan polis turut menemui sejumlah besar senjata api dan bahan letupan.

Bercakap kepada wartawan selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Felda Bukit Tongkat di Kluang Sabtu,beliau menasihatkan pihak Suhakam supaya berjumpa dengannya terlebih dahulu di mana kementerian bersedia berkongsi maklumat tentang penahanan individu itu.

"Membuat kenyataan tanpa mengetahui latar belakang dan fakta, dan hendak membebaskan mereka yang cukup berbahaya itu adalah cukup tidak bertanggungjawab oleh Suhakam," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam yang menggesa Kementerian Dalam Negeri supaya membebaskan 13 individu yang ditahan itu.

Hasmy di dalam kenyataan itu melahirkan rasa terkejutnya tentang tindakan menahan 13 individu itu termasuk enam warga asing di bawah ISA dan menyatakan ia bertentangan dengan hasrat kerajaan untuk memansuhkan akta terbabit.

Menurutnya, Suhakam mahu kesemua mereka itu di hadapkan ke perbicaraan terbuka dan diwakili peguam.

Hishammuddin berkata, kenyataan Suhakam itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada mereka benar-benar bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan oleh rakyat untuk memikul tugas mereka.

"Jikalau mereka betul cuba membebaskan (13 individu) tanpa soal siasat dan tanpa mengetahui fakta, biarlah rakyat yang menilainya sendiri ke mana arah Suhakam pada masa ini," katanya.

Katanya, isu mengenai penahanan 13 individu itu tidak harus dipolitikkan dan ini kerana ISA hanya spesifik digunakan untuk tujuan memerangi keganasan dan tidak untuk tujuan politik.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, negara seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang sering bercakap tentang hak asasi manusia juga mempunyai undang-undang menangani keganasan seperti Patriot Act dan Anti-Terrorism Act. -Agendadaily

3 comments:

usin said...

kadang2 timbul rasa pelik dgn tindak tanduk ngo spt suhakam. kemana hala tujunya. hak asasi manusia bukan bermaksud hak asasi secara sembrono. dlm isu 13 tahanan di tawau, suhakam tidak wajar terus minta di bebaskan. cuba selidiki kes terlebih dahulu. rasanya penahanan itu melibatkan keselamatan negara & serantau. sepatutnya apa yg diminta oleh suhakam ialah perbicaraan, bukan pembebasan. kita golongan marhein ni semakin pelik dgn tindak tanduk org yg rasa dia cerdik, mcm tan sri hasmy agam ni. kalau tan sri, tak mungkin bodoh, betul tak. apa pilihan kita, menjadi bodoh yg naif atau cerdik yang bingai...

Dot said...

senang saja ! kalu mrk tu dilepaskan spt kehendak suhakam, bila mrk tu melancarkan perang nak jahat ooops jihad, hantar puak2 suhakam berdepan dgn puak tu!

pemerhati said...

Tahniah KDN kerana tegas dalam hal ini dan tidak memandang ringan isu keselamatan negara walaupun cuba dipolitikkan oleh pembangkang.