Thursday, November 24, 2011

Tak de Hal la... Yuna Pulangkan Semula Trofi AIM Yang Di Menanginya!


Penyanyi Yuna mengesahkan kontroversi mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu mengesahkan menerusi laman Twitter miliknya.

"Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut," ujarnya.

Terdahulu, akhbar pada Rabu melaporkan, berlaku kesilapan pada pemilihan pemenang bagi kategori itu sehingga Penakut dinobatkan sebagai lagu terbaik secara keseluruhan walaupun ia tidak memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik pada anugerah itu.

Turut dilaporkan, anugerah itu akan diserahkan kepada komposer Edry Abdul Halim dan Anuar Zain menerusi lagu Sedetik Lebih yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Difahamkan, pihak penganjur iaitu RIM dan AIM akan mengadakan sidang akhbar khas di Hotel Maya pada Khamis bagi menjelaskan kekeliruan itu.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur.

Pada anugerah itu, Yuna menggondol tiga anugerah iaitu Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat selain Lagu Terbaik (Penakut).

Abang tabik Yuna... Selambe je pulangkan balik trofi yang dimenanginya... Tak kalut pon! 


Kalau pakatan pembangkang dah riuh satu dunia ni! hehehe!

3 comments:

Ayoyo said...

Inilah contoh orang muda kepada orang lebih tua. Kalau dah bukan rezeki kita pasrahlah saja.

Entah-entah di hari mendatang anugerah yang lebih hebat dari ini akan diperolehi.

Bukan macam puak yang hilang kuasa di Perak. Sampai guling-guling atas jalan siap bersidang bawah pokok lagi.

Sendiri bikin silap sendiri mau tanggunglah.

Ayoyokadarvalle...

Anonymous said...

ini satu konspirasi.......... !!!!!!
Ni semua salah UMNO.......
Kena buat demonstrasi jalanan nihhh....
Kena buat-buat mati nihhh....
Polis pun kena salah juga....

Anonymous said...

Kalau kena kat keluarga peliwat mesti dah lari ke indon atau amerika atau australia untuk buruk2 malaysia.