Sunday, February 26, 2012

Ibu Pejabat PKR Kedutaan Israel?


Ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya boleh dianggap sebagai kedutaan tidak rasmi bagi Israel selagi Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menarik balik kenyataannya menyokong sebarang usaha menjaga keselamatan negara itu.

Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Barisan Nasional (BN), Arman Azha berkata, ibu pejabat parti itu akan terus dilabel sedemikian sekiranya Anwar selaku Penasihat PKR tidak memohon maaf secara terbuka ekoran kenyataannya itu pada akhir Januari lalu.

"Anwar perlu segera memohon maaf dan tarik balik kenyataannya itu jika tidak mahu terus dilabel seperti itu.

"Beliau bukan sahaja perlu memohon maaf kepada UMNO serta sesetengah pihak yang tidak setuju dengan kenyataannya itu, tetapi juga kepada seluruh rakyat yang marah dengan tindakannya itu.

"Anwar boleh membuat sebarang kenyataan selagi ia tidak menggugat hubungan baik Malaysia dengan negara Islam lain. Namun, tindakannya menyokong negara yang melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin, itu bukan sepatutnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah tindakan Anwar itu di perkarangan kompleks beli-belah Sogo kemarin.

Kempen anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyaksikan lebih 200 tandatangan berjaya dikumpul dalam tempoh kurang sejam.

Beberapa pelancong asing dan masyarakat pelbagai kaum turut menurunkan tandatangan mereka sebagai sokongan terhadap usaha mendesak Anwar menarik balik kenyataan yang dibuat dalam satu wawancara bersama The Wall Street Journal (WSJ).

Sementara itu, Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja menyinggung perasaan masyarakat, malah turut menyebabkan bekas anggota tentera rasa terkilan dan terhina.

"Kami sebagai bekas tentera dan komando amat kecewa dengan tindakan itu kerana kami memahami kesengsaraan rakyat Palestin selama ini akibat kezaliman rejim Yahudi itu," katanya.

Tambah Mohd. Ali, kain rentang tandatangan itu akan diserahkan kepada kepimpinan Pas minggu depan untuk membuktikan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat terhadap Anwar.

"Ia sebagai memberi kesedaran kepada Pas agar tidak menyokong segala tindak-tanduk yang dilakukan rakan sekutu mereka terutama Anwar," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Kapal israel msuk malaysia apa crita.......xkan dtg nk jmpa nik aziz kot

Anonymous said...

lu punya pc buatan yahudi ... apa cer beruk.....