Thursday, May 10, 2012
Ambiga Mengamuk Ahli Ikhlas Jual Burger Depan Rumahnya
Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga menganggap tindakan sekumpulan peniaga yang mengadakan protes dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya petang ini sebagai perbuatan tidak matang.
Sekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur itu 'menerjah' rumah Ambiga di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger tersebut mulai jam 2 petang dan beredar kira-kira sejam kemudiannya.
Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.
IKHLAS adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.
Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu, dan memberi masa selama dua minggu untuk respons Ambiga.
Selepas masak, mereka 'menghadiahkan' satu burger kepada Ambiga yang diterima oleh seorang wakilnya.
Mereka juga turut mengedarkan burger itu kepada mereka yang berada di situ termasuk, termasuk petugas media.
Turut kelihatan bersama Ambiga ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan.
Pada satu ketika, keadaan menjadi agak tegang sedikit apabila salah seorang wanita yang berada bersama Ambiga, meluahkan rasa tidak puashatinya dengan perbuatan kumpulan seramai 10 orang itu membuka gerai burger di situ.
Berikutan itu berlaku sedikit perang mulut antara mereka, tetapi keadaan itu dapat ditenang oleh rakan-rakan lain wanita tersebut.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di depan rumahnya, Ambiga berkata perbuatan tersebut telah mengganggu ketenteraman peribadi dan kawasan kejiranannya.
Malah, Ambiga turut kesal dengan tindakan mereka yang dilihat seolah-olah tidak mencerminkan keperibadian rakyat Malaysia.
"Tindakan ini adalah perbuatan yang tidak matang. Adakah patut duduk di luar rumah orang seperti ini?
"Sesiapa sahaja boleh membuat tuntutan tetapi bukan dengan cara datang ke rumah saya seperti ini.
"Perkara begini tidak pernah lagi terjadi di Malaysia kecuali pada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan saya," katanya kepada media.-MK
Sejak bila Ambiga pandai berkata-kata pasal ketenteraman orang awam dan budaya rakyat Malaysia? cer cita... cer cita...
Labels:
Ambiga,
Bersih 3.0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sekarang pandai pulak kate pasal ketenteraman awam. die x sedar yg die and hantu2 die dh meragut ketenteraman awam beribu2 and even berjuta2 org pasal kes 28hb aritu. amik ubat..ni kire baik la dorg dok pi bukak gerai burger instead or hantar gangster pi ugut ke..pecah kan kete ke..Duduk bantah Ambiga!
Post a Comment