Thursday, May 17, 2012

Muzakarah Dengan UMNO, Tajuk Drama Terbaru PAS


PAS, bila sedar yang dirinya sudah tersepit dan ketinggalan, akan kembali bercakap soal hudud, negara Islam dan muzakarah dengan UMNO. Ini adalah perkara ‘alami’ dan biasa berlaku bila PAS ada masalah dengan penurunan sokongan. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, PAS bukan setakat hilang sokongan rakyat, kedudukkannya dalam Pakatan Rakyat pun semakin mengecil dan jauh tertinggal di belakang.

Penumpuan penulis ialah tentang isu muzakarah ini.

Walaupun Nik Aziz hari ini menyebut, yang penulis petik “sedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja, termasuk UMNO”, ia memang semata-mata ditujukan kepada UMNO. Disebut sebegitu sebab taknaklah nampak sangat yang PAS ni terhegeh-hegeh nak muzakarah dengan UMNO, setelah begitu banyak yang buruk-buruk ditempel kepada UMNO sebelum ini.

Kenapa penulis kata “memang semata-mata ditujukan kepada UMNO”? Sebab dalam senario politik PAS di Malaysia hari ini, siapa nak muzakarah dengan PAS? MIC, MCA, PPP? Siapa? Mana ada pihak lain, hanya UMNO sajalah. DAP dan PKR memang dah di luar tajuk sebab kerjasama dengan PAS sudah bermula tanpa muzakarah pun. Kalaupun muzakarah, ia dalam bentuk tidak langsung, bukan dalam konteks ‘rayuan’ yang dibuat terhadap UMNO sekarang.

Persoalan penulis, tidak malukah PAS meminta diadakan muzakarah dengan UMNO sekarang setelah apa yang mereka lakukan terhadap UMNO sepanjang masa sebelum ini, terutama 4 tahun yang lepas? Mana maruah Nik Aziz dan PAS? Beberapa hari sudah, Hadi Awang juga mengungkapkan perkara yang sama, tapi itu tidak boleh dipakai sebab Hadi bukan ketua sebenar PAS, tapi Nik Aziz.

Sekarang teranglah sudah kenapa Anwar begitu beria-ia mahu mengambil alih PAS secara halus. Rupanya Anwar takut muzakarah itu jadi kenyataan dan Pakatan Rakyat yang diwujudkan Anwar akan lebih jauh tertinggal di belakang. Sudah tentu bila muzakarah ini diadakan, perbincangannya ialah mengenai politik dan pembahagian kuasa kalau kerjasama wujud.

Ini yang Anwar mahu elakkan. Serendah mana pun kedudukkan PAS dibanding dengan UMNO sekarang, PAS masih punya sokongan akar umbi yang kuat, dibanding dengan PKR dan DAP yang banyak bergantung kepada pengundi cina dan melayu atas pagar yang bergantung kepada isu-isu tertentu untuk menentukan sokongan.

Justeru, UMNO mesti mengelak dari terperangkap dengan permainan licik PAS ini. Soal muzakarah ini bukan baru dan niat disebaliknya pun bukan suatu yang rahsia. Apa sekalipun, ia hanya akan menguntungkan PAS dan memberi sedikit kelebihan moral kepada BN dan UMNO. Yang diintai PAS bukan perpaduan tapi apa keuntungan yang dia boleh dapat kalau kerjasama itu jadi kenyataan.

Pemimpin UMNO perlu ingat, penyertaan PAS dalam Barisan Nasional dulu menunjukkan bahawa kesetiaan mereka hanya kepada PAS semata-mata. Kalau apa yang dimahukan itu tidak boleh dicapai, PAS tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerjasama yang telah dipersetujui di awalnya. Peduliklah yang ditinggalkan itu nak jadi apa, janji mereka dapat keuntungan.

Itulah PAS.

Sedangkan dalam keadaan ‘bekerjasama erat’ dengan PKR dan DAP sekarang pun, PAS berani membuat cadangan untuk bermuzakarah dengan UMNO, apakah jaminan masalah yang sama tidak akan berulang kalau muzakarah dengan UMNO nanti membawa kepada kemasukkan PAS ke dalam BN seperti dekad 70-an dahulu?

Ini yang penulis harapkan kepada pimpinan UMNO untuk perhalusi. Jangan mudah terperangkap dengan drama ini. Plot cerita dan kesudahannya sudah diketahui sebelum pengambaran itu bermula sekalipun.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau semua orang perasan, setiap kali DAPig warning hamPAS dalam apa2 isu pun termasuk hudud, hamPAS akan pura2 beri kenyataan atau gambar nak berbaik2 dengan UMNO. Konon nak treat DAPig tapi bila isu tersebut reda dan mungkin ada yang counter balik, hamPAS akan balik ke bentuk asal dan terus kutuk UMNO.

Jangan mudah percaya dengan orang jenis 'melepaskan anjing tersepit'. Waktu Nikajis sakit tenat dan dibawa ke KL, apa yang PM dapat ialah doa pecah perut.

UMNO PARTI PENJARA said...

JAKIM Bersama UMNO - Gandingan Mantap MEDIA PRIMA dan UTUSAN PORNO membuahkan hasil. Lihat sendiri BUKTI 'Transformasi Besar Kpd Generasi Muda' telah berjaya!

Usaha Berkesan TV3
1~BUKTI 1 * (HOT)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)

Usaha Berkesan Utusan Malaysia
1~BUKTI 1
2~BUKTI 2
3~BUKTI 3


Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155