Monday, June 18, 2012
Haji Hadi Kena Minta Fatwa Tentang 'Dosa' Dari Mat Sabu
Selepas Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkisah tentang spekulasi pilihanraya pada musim Haji,Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang pula tampil dengan kenyataan yang panjang lebar.
Pada kenyataan yang dihantar pada media petang Sabtu itu beliau antara lain seperti biasa hendak tunjuk bagaimana pakatan pembangkang akan jaga hak rakyat jika duduk di Putrajaya.
Katanya PAS yang bersama Pakatan Rakyat, sekiranya diberi kuasa memerintah negara tidak mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat menunaikan kewajipan politik ini tanpa mengira menang atau kalah, kerana hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.
Haji Hadi juga hendak gambarkan bagaimana jahilnya orang UMNO dan mereka yang membuat kenyataan menentang desakan PAS agar Perdana Menteri memberi jaminan pilihanraya tidak akan diadakan pada musim Haji.
Sebelum ini seluruh pimpinan PAS termasuk juga Musyridul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat bersuara senada mahu mereka yang berkepentingan yakni bakal calon dan jentera parti menangguhkan tunai Haji.
Kata Presiden PAS itu parti pimpinannya tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, laksana tidak boleh dipisahkan kepala dengan badan.
Seperti juga Tuan Ibrahim,kenyataan Haji Hadi diselitkan dengan berbagai hujah keagamaan.Maksudnya kalau tidak dipenuhi tuntutan PAS maka ' berdosa ' seperti yang disebut oleh Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.
Sebelum pergi lebih jauh rasanya Haji Hadi dan Tuan Ibrahim kena minta fatwa dari Mat Sabu terlebih dahulu apakah ' berdosa' bagi seseorang lelaki menelefon isteri orang untuk bercengkerama mengenai soal seks antara mereka berdua.
Ini merujuk kepada penyebaran rakaman perbualan telefon antara Mat Sabu dengan isteri orang, Normah yang menjadi isu yang cuba dipendam oleh PAS hingga ke hari ini.
Kata orang kalau maruah orang nombor dua dalam parti itu 'amat dicurigai' apa hendak sembang panjang-panjang macam awak itu hulubalang penjaga kesucian Islam.
Ini belum masuk lagi bab dakwaan moral selekeh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diangkat menjadi ' imam' pakatan pembangkang.
PAS dikatakan tidak pernah berani mahu mendesak dicari kebenaran dalam dua isu besar kerana bimbang senario politik pakatan pembangkang akan jadi kelam kabut.
Ada yang bertanya kalau awak itu parti yang memperjuangkan agama seperti digembar gemburkan mengapa bertindak memilih dalam soal mencari kebenaran.
PAS boleh turun padang menyertai Datuk S Ambiga,yang diketahui peguam yang membela orang murtad - konon hendak mencari kebenaran dan kebersihan dalam soal pilihanraya.
Apakah mereka tidak merasa perlu soal maruah dan imej orang nombor dua PAS dan ketua pakatan pembangkang ' bersih' juga.
Makanya Haji Hadi maupun Tuan Ibrahim jangan marah jika ramai yang merasakan desakan agar Perdana Menteri memberi jaminan pilihanraya tidak diadakan musim Haji semata-mata diselubungi oleh motif politik.
Bagaimana pula tentang nasib ribuan rakyat di Kelantan yang selama PAS memerintah negeri itu lebih 20 tahun terpaksa hidup bergelumang dengan air paip yang kotor.
Apakah ' air bersih' bukan menjadi satu perjuangan Islam bagi PAS.Bukan setahun atau dua tahun tetapi sudah lebih 20 tahun lamanya.
PAS kini hidup diawang-awangan dibuai mimpi yang dilakarkan oleh Anwar tanpa merasa berbagai hipokrasinya semakin terserlah.
Dalam isu spekulasi PAS pasal pilihanraya di musim Haji....soalnya apakah PAS pasti ia akan diadakan pada musim Haji?
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menilai desakan PAS itu tidak wajar berkata...'entah-entah selepas musim Haji pun belum tentu ada pilihanraya'.
Sekalipun tidak perlu disebut kerana ia menjadi hak ekslusif Perdana Menteri menentukan tarikh pilihanraya ....namun ramai yakin soal pilihanraya pada musim Haji tidak akan berbangkit.
Namun PAS melihat ini semua satu peluang untuk mengunakan sentimen keagamaan itu untuk mencetuskan kekeliruan dan rasa marah orangramai pada kerajaan.
Maka seperti juga slogan mengarutnya ' undi PAS masuk syurga' PAS merasa ia sudah berhak meletakan dosa kepada Perdana Menteri kerana tidak ikut kehendaknya.
Hebat PAS...apakah PAS pernah peduli kalau ia tidak ikut tuntutan orang lain?
Apa kata jika nanti betul pilihanraya tidak diadakan pada musim Haji...apakah PAS hendak mengaku ia berdosa mencetuskan prasangka buruk tidak tentu pasal.
Semua orang tahu PAS mana pernah merasa ia bersalah kerana ia parti bertunjangkan agama.
Atas sebab itu baik Haji Hadi,Tuan Ibrahim dan juga Nik Aziz perlu lebih merenung diri.
Cakap sahaja bab politik dan agama...tetapi apa yang nampak politiknya lebih kedepan.
Mat Sabu tentu tersenyum riang dapat menuduh orang itu dosa dan orang ini dosa.
Normah bagaimana Bang Mat ? Rakaman suara seksi abang Mat itu masih terus popular di Youtube.- Agendadaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
PAS cerdik....pre-emptive politically...so that BN akan fikir 10-12x klu nk buat PRU tika musim haji...tu je. And the stupid UMNO with given publicity make it known to all the forbidden issue...thank you.
PAS cerdik..? Now who's really fallen into the trap..?
Cerdik ke kalau tindakan ko org nanti akan mengangkat DSAI yang digelarkan oleh Mat Sabu sebagai Al Juburi jd PM. Cerdik ke? Manusia yg segolongan dgn kaum Nabi Lut tu. cerdik????
Kdg2 aku rasa nk berguling-guling ketawa membaca hujah pencacai2 UMNO.Rakaman talipon amenda ny klau teknoloji tu blum ujud lg pd masa kes Mat Sabu di bicara kn.Jgn terlampau advance sngt bro.Jgn terlampau mendahului Teknologi.Sama dgn kes video DSAI.Teknologi dh begitu maju,hingga kn gambar perkelahan keluarga dlm warna dn kamera autofocus di guna kn.Sdg kn dlm video gmbar hitam putih dn gmbar kelabu.Tlong le bro,pemikiran org ramai dh jauh lbh advance le bro.
PAS cerdik.???cerdik lar sgt...hahahah
kalu btoi crdik kluaq lar dqi PR 2..hahahah wat pa nk jd pencacai or anjing puak DAPigs..kalu btoi nk printah negara brtnding lar mcm UMNO..mng utk prntah negara nie dk brtnding ckit,DAPigs yg mng bnyak,last2 nnt puak 2 yg jd PM mau ka kna pijak kt negara sndri..otak cerdik tp pkiaq biaq jaoh jgn pkiaq dlm kotak pkiaq luar ckit noo..kalu AL-JUBURI jd PM smu kna pkat tonggek soqg skali lar...
Post a Comment