Wednesday, October 10, 2012

Nasharudin Mat Isa 'Langgar Tembok'...


Lokasinya ialah Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).Tidak payah sebut panjang-panjang semua orang tahu itu adalah bangunan dimana terletaknya ibupejabat UMNO.

Petang Selasa suasana dingin dalam Dewan Merdeka 'jadi panas' bila bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang juga Ahli Parlimen Bachok,Kelantan naik ke pentas untuk menyampaikan kertaskerjanya pada hari akhir Seminar Dakwah Nasional di situ.

Perhatian lebih 1,000 peserta yang terdiri dari tokoh-tokoh agama,intelektual dan pemikir serta wartawan yang membuat liputan bertumpu kepadanya.

Beliau tidak membaca teks kertas kerjanya yang bertajuk " Dakwah Islamiyah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia' yang sudah diedarkan kepada para peserta sebelum itu.

Sebaliknya beliau berucap tanpa teks.Ucapannya dengan nada sedarhana tidak panjang.Cuma sekitar 20 minit sahaja.Namun ia boleh kata menjadi ' kemuncak' seminar dua hari anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia ( MUAFAKAT).

Isunya bukan soal seorang tokoh PAS berada lokasi - PWTC yang menjadi markas UMNO tetapi ledakan Nasharudin tentang perlunya umat Islam negara ini bersatu.

Baca lagi...

2 comments:

Anonymous said...

UMNO ITU ISLAM DAN PAS PUN ISLAM....CUBA KITA RENUNG2KAN...SEJARAH MELAKA DULU KISAH HANG TUAH DAN HANG JEBAT...SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH???SIAPA YANG TAAT DAN SIAPA YANG DERHAKA?UMNO=HANG TUAH DAN PAS=HANG JEBAT...PIKIR2 KANLAH....SIAPA YANG BENAR DALAM SOAL NI....

Anonymous said...

UMNO dan PAS tak sama dgn TUAH dan JEBAT... yg paling kena ambik tau adalah SIAPA yg memfitnah JEBAT tu.. TUAH hanya mengikut arahan... ANAK CUCU CICIT SI TUKANG FITNAH tu sekaranbg ni dah lahir banyak kat negara kita nih... AWASSSSS....