Sunday, March 31, 2013

Pemuda UMNO Kecam Pemimpin Pas Hina Nabi


Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan pemimpin Pas yang mengheret dan menghina Nabi Muhammad SAW hanya kerana mahu mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu sangat mengecewakan kerana parti itu sering mencanangkan diri mereka sebagai pejuang Islam tetapi pada hakikatnya ia tidak diamalkan.

"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad dengan lontaran video seks Nabi.

"Apakah ini bermakna reaksi PAS sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam media sosial baru-baru ini, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menyebut "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO", melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac yang lalu.

Khairy berkata, perbuatan itu menunjukkan tindakan mereka itu sarat dengan emosi dan cetek pertimbangan yang menampakkan belang sebenar parti pembangkang.

4 comments:

Unknown said...

bahalol punya pemimpin pas.. inikah kenyataan yg sgt biadap yg telah di keluarkan oleh seorang pemimpin parti islam semalaysia.. islam kah beliau??

salam perjuangan..minta pautkan link blog saya di sini terima kasih
http://pena-berdarah.blogspot.com

Anonymous said...

Apa pulak giler manusia ni nak heret baginda Rasulullah (saw) dalam hujah seperti ini...!

Kalau kau nak defend Anwar.., kau defend ler mati2an.., tetapi jangan sampai mengheret nama suci itu dalam membuat perbandingan.!

Tak malu ker..??

Anonymous said...

Apakah dia menghina NABI?
Hanya lembu sahaja yang tak faham bahasa maLaysia.

Macam tu la juga adakah TGNA kata orang yang yg menerima BR1M tu haiwan?
Hanya lembu sahaja yang tak faham Bahasa Malaysia?

Beliau berkata demikian untuk menunjukan pada rakyat bahawa kerakusan UMNO untuk yg suka membuat fitnah. Adalah tidak mustahil jika rasulullah hidup di zaman ini, kemungkinan rasulullah juga akan difitnah oleh UMNo..kerana umno memang kaki fitnah.....ITU MAKSUDNYA DAN BUKANNYA DIA HINA RASULULLAH. YG DIHINA IALAH KAMU WAHAI LEMBU2 UMNO YANG KUAT BUAT FITNAH.

HAMPA LULUS KA BM MASA SPM DULU????

مهمد شفاريز said...

Bodo bhase melayu kot,kat mane hinenye?alahai,bm dlu gagal ke?DR M yg terang terangan ckp hudud xde dalam quran tu PERKASA x wat report pun?itu bru la kategori menghina samdol