Friday, March 13, 2009

Nizar & Orang Pas Patut Contohi Semangat Rasulullah S.A.W


Datuk Seri Nizar Jamaluddin akhirnya terpaksa keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar Perak. Beliau akur dengan keputusan yang telah ditetapkan oleh SUK Negeri Perak dengan meninggalkan kediaman tersebut dan menyerahkan kenderaan-kenderaan rasmi Kerajaan Negeri walaupun Pakatan Rakyat tetap akan menggunakan kediaman rasmi tersebut sehingga 27 Februari ini.

Bersyukur kepada Allah kerana Nizar masih mempunyai sedikit hati dan akal yang waras untuk akur kepada arahan tersebut walaupun umum mengetahui penentangan beliau terhadap keputusan Sultan Perak dan Menteri Besar Perak melebihi segala-galanya. Ini berikutan arahan beliau kepada penyokong-penyokongnya supaya terus berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.

Bila dilihat kepada arahan beliau dan beberapa perkembangan di Negeri Perak pada masakini, seolah-olah dilihat seperti ada dendam kesumat yang perlu dilunaskan oleh pihak pembangkang.

Ini bukan sekadar menggantung kehadiran Menteri Besar Perak dan barisan Exco Barisan Nasional (BN) malahan siri ceramah mereka yang meliputi hampir keseluruhan Perak memperlihatkan bahawa politik dendam seolah-olah sudah menjadi agenda keutamaan mereka.

Nizar dan sekutu perlu sedar akan hakikat bahawa takdir, qada’ dan qadar melebihi segala-galanya. Memang benar juga bahawa Allah telah menyatakan dengan jelas bahawa nasib sesuatu kaum itu tidak akan diubah melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk mengubahnya.

Mungkin ini yang menjadi pedoman puak-puak Pas sehingga sanggup berbaring, melontar batu dan mengadakan rusuhan hanya kerana seorang pemimpin mereka yang tidak maksum dilucutkan jawatan oleh Paduka Seri Sultan Perak.

Sepatutnya, Nizar dan sekutunya perlu belajar daripada kisah peperangan yang cukup terkenal di zaman Rasulullah S.A.W iaitu Perang Uhud yang mana tentera Islam telah kalah dan baginda sendiri mengalami kecederaan dalam peperangan tersebut.

Baginda sangat sedih bukan hanya disebabkan kalah kepada tentera kafir Quraisy malahan bapa saudara baginda, Saidina Hamzah telah dibunuh dengan kejam oleh Hindun.

Akibatnya, sebagai manusia Rasulullah telah menyimpan dendam yang teramat sehinggakan baginda berharap sekiranya berlaku peperangan dan kemenangan berpihak kepada tentera Islam maka baginda hendak menyiksa kafir Quraisy dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh orang Arab.

Pada waktu inilah turun firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Dan kalau kamu mengadakan pembalasan, balaslah seperti yang mereka lakukan terhadap kamu. Tetapi kalau kamu tabah hati, itulah yang paling baik bagi mereka yang berhati tabah (sabar). Dan hendaklah kau tabahkan hatimu, dan ketabahan hatimu itu hanyalah dengan berpegang kepada Allah. Jangan pula engkau bersedih hati terhadap mereka, jangan engkau bersesak dada menghadapi apa yang mereka rencanakan itu." (Surah An-Nahl : 126 - 127)

Maka, apakah pengajaran yang dapat kita semua umat Islam dapat ambil? Sabar itu melebihi segala-galanya.

Kerajaan BN samada di Perak atau Persekutuan, walaupun provokasi oleh Pakatan Pembangkang cukup kuat terutamanya Misi 16 September yang dimainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin BN tetap sabar dan akhirnya mungkin inilah hikmah dan kejayaan di sebalik kesabaran tersebut.

Berbalik kepada isu Negeri Perak. Nizar secara terang-terangan sudah tidak menghormati sistem Beraja yang telah bertapak kukuh sejak ratusan tahun yang lampau di negara ini. Ingin penulis ambil kesempatan untuk menerangkan bahawa di zaman Rasulullah S.A.W, baginda cukup arif dan memahami sensitiviti sistem pemerintahan beraja.

Apabila agama Islam telah bertapak kukuh di Tanah Arab, maka tibalah masanya utusan-utusan Rasulullah dihantar untuk bertemu raja-raja yang masih kafir. Mana-mana yang menolak tawaran untuk menerima ajaran Islam setelah diadakan rundingan; maka penyelesaian terakhir adalah perang.

Justeru, apa yang ingin disampaikan ialah pertama; Rasulullah S.A.W amat mementingkan diplomasi dalam setiap perkara agar agama Islam kekal sebagai agama terbaik dalam kehidupan manusia.

Sultan Perak telah berdiplomasi dan menggunakan segala ilmu yang baginda ada untuk memberikan perkenan terhadap KerajaanBN. Kedua, Nizar dan sekutunya sanggup untuk ’berperang’ dengan Sultan Perak semata-mata kehendak politik mereka tidak dapat dipenuhi.

Sultan Perak adalah beragama Islam dan dengan jelaslah bahawa syariat Islam yang dibawa oleh Rasulullah telah dilanggar oleh beliau, seorang manusia yang tidak maksum.

Bagi warga Perak, tidak menjadi sebarang persoalan sekiranya Nizar dapat mentadbir dengan baik, berlaku adil kepada semua pihak, memberikan keyakinan dan kesenangan untuk umat Islam beribadah. Tetapi, apabila hak-hak rakyat terjejas, keadilan kepada bangsa-bangsa yang ada dalam negeri Perak terjejas, masjid-masjid menjadi medan untuk membentuk kebencian, maka terimalah padah dan tulah Baginda.

Jangan pula sehingga berlaku musibah Allah kepada mereka akibat kejahilan beliau dan sekutunya barulah pada waktu itu mereka menyesal. Renung-renungkanlah.

Petikan dari laman web Pemuda Umno Malaysia

Thursday, March 12, 2009

Pertemuan bersama Anwar tiada agenda politik - Pak Lah


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan pertemuan tidak dijangka beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam bermotifkan politik.

Pak Lah yang akan bersara selepas perhimpunan Agung Umno bulan ini juga menolak spekulasi dari blog sejak kelmarin.

"Tiada perbincangan antara saya dengan Anwar. Kami bertemu secara kebetulan," katanya kepada pemberita selepas melawat pengkalan tentera laut, di Sepanggar, Sabah semalam.

Pak Lah berkata, beliau telah dijemput oleh seorang ulama terkenal, Ustaz Sheikh Mahmud Al-Mazjub untuk meraikan sambutan Maulidur Rasul.

"Saya sedang makan tengah hari bersama Sheikh Mahmud. Anwar tiba kemudian. Kami hanya berbual dan mendengar cerita daripada beliau (Sheikh Mahmud)," katanya

Ketika ditanya bilakah tarikh rasmi peralihan kuasa beliau kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Pak Lah bekata:

"Sudah tentu ada tarikh. Saya sudah berbincang dengan Najib. Saya akan umumkan secara rasmi nanti."

Tuesday, March 10, 2009

Nizar Penderhaka Songsang


Semalam, bekas Menteri Besar, ir Mohammad Nizar Jamaluddin merasmikan tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana yang menjadi kawasan berlangsungnya persidangan Negeri Pasir Dua Butir pada selasa lepas.

Mohammad Nizar sebelum itu turut menanam lima anak pokok spesies yang sama yang kononnya sebagai simbolik kepada prinsip pakatan pembangkang di sebuah kawasan lapang berhampiran dan majlis itu turut disertai para pemimpin dan wakil rakyat DAP, PAS dan PKR. Diharap selepas ini Nizar jangan menyebah pula pokok tersebut sudahlah.

Secara terang-terangan menunjukkan tindakan penderhakaan pembangkang yang membina tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana, serta menanam lima batang pokok, sebagai tanda dan kemuncak penderhakaan kepada Tuanku Sultan dan institusi Raja di Perak.

Kalaulah Ir Mohamad Nizar ingat sejarah perlantikannya sebagai Menteri Besar Perak, mustahil beliau memilih untuk menyebah derhaka kepada Baginda Sultan. Jika bukan kerana kebijaksanaan Baginda Sultan Perak, mustahil Ir Mohamad Nizar berjaya menjadi MB Perak yang ke 10, selepas PRU 12 yang lalu.

Tidak hairanlah, ketika menerima anugerah dari Baginda Sultan, hanya barisan Pas dan DAP sahaja yang dilihat mendahului senarai PKR kerana DAP betul-betul menjadikan Pas sebagai ‘boneka’ mereka dan dalam mentadbirkan Negeri Perak, PKR diperlukan untuk mencukupkan quota sahaja dan bukan sebagai ‘pemain utama’ dalam pasukan mereka.

Penderhakaannya terhadap negara di mana bumi dipijak tidak menjunjung hormat institusi kesultanan Melayu yang sudah jelas termaktup dalam perlembagaan persekutuan tentang hak dan kuasa raja Melayu sepatutnya kerayatannya boleh dipersoalkan dan ia boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Saturday, March 7, 2009

PAS sudah tidak releven lagi - Ibrahim Ali



Pas perlu menghormati tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang memberikan pandangan dalam beberapa isu kerana beliau adalah calon Bebas yang tidak mewakili mana-mana parti.

Sebagai anggota Bebas, Ibrahim tidak terikat kepada mana-mana parti dalam memperkatakan sesuatu isu yang dianggapnya wajar disuarakan.

Datuk Ibrahim Ali yang terus menerima desakan PAS agar menentukan pendirian sama ada mahu kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas ataupun menyertai Umno, hari ini memberi bayangan baru dengan menyatakan "pengundi akan menentukan" kedudukan beliau.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, keputusan sama ada menyertai PAS atau Umno ataupun kekal sebagai wakil rakyat Bebas akan ditentukan bila tiba masa yang sesuai.

"Pengundi tentukan ke masa saya harus pergi" , kata beliau hari ini setelah tidak mahu sertai PAS lagi atas alasan perjuangannya sudah bercanggah

"Saya akan ambil kira pendapat penyokong-penyokong saya di Pasir Mas tentang kedudukan saya.

"Mungkin mereka akan mengundi untuk menentukan ke mana saya harus pergi," kata beliau ketika ditemui di sini hari ini.

Ibrahim semalam didesak oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan supaya menyatakan pendirian muktamad kepada penyokong PAs yang memilih beliau sebagai wakil rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Ibrahim yang bekas pemimpin Umno Kelantan menerima desakan dan gesaan sedemikian sejak tiga minggu yang lalu.

Malah pada 21 Februari lalu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ibrahim meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Justeru hari ini Ibrahim menambah, beliau aneh dengan kenyataan terbaru pemimpin PAS yang mahu beliau menyatakan pendirian sama ada mahu sertai PAS ataupun Umno.

Ini kerana kata Ibrahim, beliau merupakan wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Kata Ibrahim, adalah sukar bagi beliau menyertai PAS kerana perjuangan parti itu sudah bercanggah dengan prinsip asal sejak bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang didominasi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Dasar-dasar yang dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak secocok dengan pendirian saya kerana beberapa isu agama dan bangsa yang dimainkan mereka.

"Isu-isu yang dibawa dalam Pakatan Rakyat ini turut disokong oleh PAS... sebab itulah saya sukar untuk sertai PAS," kata beliau di sini hari ini.

Penyokong himpunan bantah dasar bahasa Inggeris rempuh polis



Beratus-ratus penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI), merempuh polis tetapi berjaya disuraikan daripada memasuki kawasan Istana Negara.

Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis - bermula di Masjid Negara kira-kira pukul 2 petang tadi untuk menuju ke Istana Negara.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Kira-kira 20 minit kemudian mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana.

Bagaimanapun mereka ditahan di laluan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana.

Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang hanya membenarkan tujuh wakil perhimpunan itu bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kira-kira pukul 2.30 petang tadi, hanya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang berada di pintu masuk utama ke Istana Negara.

Difahamkan beliau memasuki kawasan Istana Negara pukul 2.35 petang dan keluar 15 minit kemudian. Memorandum diserahkan kepada Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini.

Sepatutnya tujuh orang dimaklumkan telah mendapat kebenaran untuk memasuki Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

Terdahulu mereka berhimpun di kawasan Masjid Negara walaupun berhadapan dengan hujan renyai-renyai.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu untuk menahan kumpulan berkenaan daripada 'melepasi' garisan kawalan keselamatan.

Helikopter PDRM juga berlegar memantau pergerakan penyokong perhimpunan itu.

Melayu pertikai kedudukan bangsa sendiri dan raja adalah biadab - Sultan Selangor




Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa kesal terhadap golongan Melayu yang terus mempersoalkan kedudukan bangsanya sendiri dan Raja-raja Melayu walaupun perkara itu termaktub dalam perlembagaan.


Baginda menyifatkan kumpulan orang Melayu ini sebagai biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak merasa segan atau malu sedangkan mereka telah diasuh dari zaman nenek moyang atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat.


"Di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati (tetapi) di mana orang Melayu sekarang?


"Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu telah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri," titah baginda ketika merasmikan upacara pembinaan semula Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz dekat sini, hari ini.


Sultan Sharafuddin turut melahirkan kebimbangan terhadap orang Melayu di Selangor yang telah berpecah belah disebabkan oleh berlainan fahaman politik.


Titah baginda, walaupun bangsa Melayu tidak mungkin akan hilang dari dunia, tetapi tidak ada gunanya sekiranya orang Melayu yang tinggal itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.


"Beta sudah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain.


"Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata," titah baginda.


Sultan Sharafuddin juga menyeru rakyat Selangor supaya bertenang dan merenung sedalam-dalamnya apa yang telah berlaku dan bertanya kepada diri sendiri sama ada mahu keamanan dan kesejahteraan hidup yang dirasai kini berterusan, atau bertelagah sesama sendiri sehingga memusnahkan negeri sendiri.


Baginda menyeru orang Melayu supaya bersatu apabila timbul isu-isu yang melibatkan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Friday, March 6, 2009

[video] Dap yang mula kekecohan di Parlimen

Kami tak usik pun, kami tak gugurpun walau sehalai rambut Karpal, jentik pun tak kepala si celaka tu!!! Siapa yang bikin kecoh sebenarnya mari kita saksikan video ini...



Pergerakan Pemuda UMNO Selangor semalam mendedahkan yang mereka mempunyai bukti kekecohan di pekarangan Parlimen pada 26 Februari lalu dimulakan oleh wakil rakyat DAP.

Ketuanya, Abdul Shukor Idros berkata, bukti itu diperoleh daripada rakaman suara dan video yang disediakan oleh penyokong Ahli Parlimen Ipoh Timur yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman tersebut, terdapat sekurang-kurangnya empat insiden provokasi yang dimulakan serta dilakukan terhadap Pemuda UMNO oleh wakil rakyat DAP.

''Kita diserang daripada pelbagai sudut dan didakwa memulakan kekecohan dalam insiden di Parlimen itu seolah-olah kita yang bersalah.

''Jadi kita berterima kasih kepada kakitangan Kit Siang yang menyediakan rakaman ini yang boleh membuktikan siapa sebenarnya yang memulakan kekecohan tersebut," kata beliau kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini petang ini.

Hadir sama memberikan sokongan ialah Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan semua Ketua Pemuda UMNO Bahagian termasuk Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Lat Sharizan Abdullah yang terlibat secara langsung dalam insiden di Parlimen.

Menjelaskan lebih terperinci apa yang berlaku di Parlimen ketika itu Abdul Shukor berkata, beberapa Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Selangor telah datang ke Parlimen atas jemputan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad untuk satu perbincangan disusuli makan tengah hari.

Ujar beliau, selepas selesai urusan tersebut, beberapa Ketua Pemuda UMNO berdiri di laluan tertutup antara bangunan pentadbiran dan bangunan utama Parlimen sebelum pergi ke kereta masing-masing dan ketika itulah Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dilihat sedang menuju ke arah di mana mereka berada.

''Ekoran dakwaan Karpal yang menuduh Pemuda UMNO menghantar peluru kepadanya dan menghina Pemuda UMNO dengan mengatakan 'Pemuda UMNO celaka', beberapa Ketua Pemuda UMNO yang berada di situ mendekatinya untuk meminta penjelasan.

''Ketika itu Pemuda UMNO tiada niat untuk melakukan kekecohan seperti yang dituduh Ahli Parlimen pembangkang dan tiada sebarang bentuk kekasaran mahupun serangan dilakukan terhadap Karpal dan tiada sehelai pun rambutnya gugur.

''Kekecohan hanya berlaku apabila beberapa Ahli Parlimen DAP datang kemudiannya dan pada waktu itu Karpal sudah pun mula meninggalkan kawasan insiden.

"Jikalau pun ada pihak yang mengadu terkena tepis, ia hanya lambaian tangan oleh semua pihak di dalam kekalutan yang berlaku," kata beliau.

Sehubungan itu Abdul Shukor memberitahu, Pemuda UMNO Selangor akan mengemukakan rayuan dan usul bagi memohon pembelaan terhadap kekasaran yang dilakukan oleh Ahli Parlimen DAP ke atas rakyat biasa.

Sementara itu Lat Sharizan berkata, Pemuda UMNO Selangor akan menyerahkan salinan bukti yang diperoleh kepada semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Parlimen agar rayuan mereka dipertimbangkan.

''Antara usul yang dikemukakan ialah agar Karpal dan semua wakil rakyat DAP memohon maaf atas pembohongan mereka di Parlimen serta satu tata etika perlakuan dan adab yang mesti dipatuhi wakil rakyat apabila berada di luar Dewan Rakyat.

''Rayuan, usul dan salinan bukti itu akan diserahkan pada Selasa ini kepada seorang wakil Ahli Parlimen BN untuk diserahkan kepada semua Ahli Parlimen BN yang lain," kata beliau.

Telima Kasih, mayak-mayak Lim Kit Siang kerana menyediakan bahan bukti punca kekecohan di Parlimen yang lalu. Harap-harap muka Lim tak berubah menjadi merah menyala macam iblis. Siapa CELAKA yang sebenarnya!!!

Video kebangkitan Melayu Perak - Nizar pengkhianat bangsa


Sumber : Perak Bangkit

Apa yang terjadi kemarin adalah kebangkitan suara melayu Perak, lihatlah walaupun mereka tidak ramai tetapi anak melayu Perak langsung tidak gentar berhadapan dengan sekumpulan besar penderhaka di bumi Perak...

Bangkitlah bangsaku, kerahkan dirimu bila terpanggil, bakar semula semangat pejuang bangsa!!! ALLAHUAKBAR!!!

Wednesday, March 4, 2009

Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam


Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan


BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.


BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.


BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.


BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.


BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.


BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...



DAULAT TUANKU !!!!



Yang benar :


Blogger Pembela Negara




Disediakan oleh :


Panglima Perang Cyber


Ydp Blogger Pembela Negara





Tambahan :



Resolusi 4 / 2009


Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia



1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia


2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri


3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.


4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysiamembenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian


5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….



Yang benar,


Blogger Pembela Negara



Disedia oleh :


Panglima Perang Cyber


YDP BPN


Tarikh : Ahad 28 Feb 2009 Jan 6.30 pm

Saturday, February 28, 2009

Penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic boleh mengelirukan anak-anak Muslim



Menyentuh isu penggunaan kalimah Allah oleh Herald Catholic dalam terbitan bahasa Melayunya, mungkin ada beberapa fakta menarik yang boleh dikongsi untuk renungan bersama.


Kerajaan menerusi keputusan Kabinet pada 16 Mei 1986 melarang mana-mana agama selain Islam untuk menggunakan empat perkataan iaitu Allah, solat, Baitullah dan Kaabah.


Malah sesetengah kerajaan negeri menambah beberapa perkataan yang dianggap boleh mendatangkan kekeliruan dan bahaya kepada umat Islam apabila digunakan oleh bukan Islam.


Namun yang peliknya, kenapa masih ada yang cuba menuntut kerajaan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah bagi tujuan penerbitan bahan cetak mereka?


Alasannya, kalimah Allah diterjemah daripada perkataan God dalam bahasa Inggeris seperti yang tertulis di dalam kitab Bible.


Bagaimanapun, kita perlu akui tuntutan ini sebenarnya amat berbahaya kerana ia lebih banyak menimbulkan kekeliruan.


Bayangkan kekeliruan terutama di kalangan kanak-kanak Islam apabila terbaca papan tanda atau kain rentang berbunyi: "Aku adalah anak Allah" atau "damai sejahtera dari Allah, Bapa kita dan dari Tuhan Jesus Kristus" atau "Anak Allah yang hidup". Semua itu adalah terjemahan terus daripada Bible berbahasa Inggeris.


Bagaimanapun, elok rasanya kita melihat kepada asal-usul bahasa kitab-kitab itu sendiri. Bagi Islam, mudah untuk difahami bahawa bahasa asal kitab suci al-Quran ialah Arab.


Apakah pula bahasa kitab Injil (Bible) dan Taurat? Bagi pengkaji sejarah, diketahui bahasa asal Taurat ialah Hebrew sementara bahasa Greek digunakan untuk Injil.


Sekiranya fakta penggunaan bahasa ini boleh diterima sebagai asas perbincangan, maka ulasan seterusnya selepas ini akan menjadi lebih mudah. Malah bagi orang Islam, tidak perlu untuk kita menjadi pakar tentang kitab Taurat atau Injil (Bible) untuk mengupas isu ini.


Persoalannya sekarang ialah apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk "Tuhan" dalam Taurat dan maknanya dalam bahasa Greek pula?


Sekiranya Herald Catholic boleh memahami persoalan asal bahasa ini, mungkin kekeliruan penggunaan perkataan Allah tidak akan timbul.


Dalam Hebrew, perkataan yang membawa maksud Tuhan ialah Elohim, Eloh, El dan juga Yahweh. Ini dapat diperhatikan menerusi Perjanjian Baru, dalam The Gospel of St. Matthew bab 27: 46 yang menyebut: Kira-kira jam tiga berserulah Jesus dengan suara nyaring: "Eli, Eli, lama sabaktani?" (Ertinya: Tuhan-Ku, Tuhan-Ku, mengapa Engkau tinggalkan aku?")


Sementara dalam bahasa Greek, Tuhan disebut Theos. Seperti yang tertulis dalam buku-buku sejarah atau tamadun besar dunia, orang Rom menyembah Tuhan yang dikenali sebagai Hotheos.


Dan sekiranya terdapat di kalangan mereka yang menyembah Tuhan yang dianggap palsu, mereka akan memanggil Tuhan tersebut sebagai Tintheos.


Jika diteliti kita akan dapati bahawa dalam kedua-dua bahasa itu, sama ada Hebrew ataupun Greek, tiada satu pun kalimah Allah.


Namun begitu ada juga di kalangan mereka yang memberi alasan bahawa penggunaan kalimah Allah ini ialah berdasarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Arab.


Bible versi Arab ini tidak dikenali sebagai Holy Bible tetapi lebih dikenali sebagai Kitab al-Muqaddas. Bible terjemahan Melayu dinamakan sebagai Kitab Berita Baik.


Lanjutan daripada itu juga perlu kita fahami bahawa kalimah Allah yang wujud di dalam Bible Arab tersebut adalah kerana sesetengah keturunan Kristian Arab seperti di Mesir, Syria dan negara lain yang menganutinya sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW menerima dan meyakini fahaman Keesaan Tuhan.


Fahaman ini jauh berbeza dengan fahaman Trinity atau "Tiga Dalam Satu" seperti doktrin kebanyakan penganut Kristian sekarang.


Maka, hujah yang dijadikan sandaran untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah ini tidak dapat diterima kerana golongan Kristian Trinity sendiri tidak menerima, bahkan mengkafirkan golongan Kristian Unity (mengakui satu Tuhan).


Selain daripada hujah itu, terdapat juga pandangan bahawa kekeliruan tidak akan timbul jika penggunaan kalimah ini dibenarkan kerana kalimah Allah yang hendak digunakan itu merujuk kepada terjemahan God dalam Bible sedangkan perkataan Tuhan pula daripada kalimah Lord.


Pandangan ini juga sebenarnya mengelirukan malah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Bible sendiri. Apakah bezanya antara Allah dan Tuhan dalam Kristian?


Sekiranya Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula ialah Tuhan Bapa di Syurga, maka perlulah difahami bahawa kalimah Tuhan dan Allah adalah dua perkataan yang merujuk hanya kepada Allah sahaja.


Bagi membuktikan hal ini kita boleh merujuk kepada The Gospel Of St Mark 12:29 yang menyebut:"Jawab Jesus: Hukum yang terutama ialah: Dengarlah wahai Bani Israel, Tuhan Allah kita, Tuhan Yang Esa."


Dalam ayat ini siapakah Tuhan Yang Esa? Adakah ia merujuk kepada Jesus? Pastinya tidak! Malah kalimah Tuhan di atas merujuk kepada Allah semata-mata.


Sekali lagi ia bertentangan dengan apa yang dinyatakan bahawa kalimah Lord (Tuhan) di dalam Bible merujuk kepada Jesus.


Sekiranya hujah diteruskan dengan menyatakan bahawa dalil paling jelas yang menunjukkan kalimah Tuhan merujuk kepada Jesus dan Allah pula merujuk kepada Tuhan Bapa seperti yang di dalam The Gospel Of St. Matius 16:22 yang menyebut: "Tetapi Petrus menarik Jesus ke samping dan menegur Dia, katanya: "Tuhan (Jesus), Semoga Allah (Tuhan Bapa) menjauhkan hal itu."


Sekiranya ini dijadikan hujah dan alasan, maka mereka yang berkenaan perlu menyelesaikan dahulu percanggahan antara kedua-dua ayat di atas. Jelaskan sama ada Tuhan itu merujuk kepada Jesus sahaja ataupun turut merujuk kepada Allah.


Malah kata-kata Jesus sendiri menjelaskan keesaan Allah seperti di dalam The Gospel of St. John20:17 yang menyebut: "Kata Jesus kepadanya: Janganlah engkau memegang aku, sebab aku belum pergi kepada Bapa, tetapi pergilah kepada saudara-saudara-Ku dan katakanlah kepada mereka bahawa sekarang Aku akan pergi kepada Bapa-Ku dan Bapamu, Allah-Ku dan Allahmu."


Dalam kata lain, Jesus bukanlah Allah ataupun Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana Jesus sendiri menyatakan Tuhan yang sebenar ialah Allah.


Maka jelaslah di sini, kewajaran kerajaan Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.


Ia bertujuan mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat. Apabila kalimah yang tidak tepat digunakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu, maka ia akan mengundang padah.


Amat malang apabila keharmonian beragama di negara ini yang dibina atas dasar tolak ansur dan saling memahami, digoncang oleh tangan-tangan yang sengaja ingin mencetus ketegangan dan huru-hara.


Petikan dari http://panglimaperangcyber.blogspot.com

Resolusi BPN 3/2009 Mengutuk Tindakan Karpal Sing isu CELAKA Pemuda UMNO


BPN dengan ini mengambil keputusan mengeluarkan resolusi berkenaan tindakan Karpal Singh yang terang dan jelas ingin menaikkan kemarahan bangsa Melayu dan Muslim berhubung tindakannya mencarut perkataan CELAKA beberapa hari yang lalu di Parlimen. Meskipun sudah ditarik kembali namun ia tetap didengar dan dibaca oleh rakyat Malaysia.


BPN merasakan tindakan beliau sangat tidak wajar menggunakan perkataan CELAKA kepada pemuda UMNO tersebut, apatah lagi dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai pihak yang telah menghantar dua butir peluru kepadanya tempoh hari. Ini sangat berbahaya kepada suasana harmoni negara kita dan juga boleh menaikkan sentimen kebencian yang boleh memudaratkan orang awam yang tidak berdosa.

Permainan politik keterlaluan ini boleh menimbulkan huru hara di negara kita jika tidak dibendung dengan segera oleh pihak yang berwajib.

Seperti mana yang kita tahu bahawa DAP dan Pakatan Rakyat memang sudah terang terangan sejak dahulu hingga kini cuba menyentuh beberapa isu sangat sensitif negara kita dengan sengaja dan jelas ada niat jahat di sebalik tindakan mereka.Isu babi,azan,tanah,papan tanda jawi,Hindraf adalah contoh yang boleh kita nampak telah dipolitikkan sebelum ini.

Meskipun sudah diberi amaran oleh Raja Raja kita agar isu isu sensitif tersebut jangan diusik atau dicabar oleh mana mana pihak, namun mereka seperti tidak mendengar atau memahami atau menghormati titah Raja kita yang menjadi RUKUN NEGARA yang kedua ( Kesetiaan Kepada Raja dan Negara ) yang sangat penting sehingga diletakkan di kedudukan tersebut selepas keimanan kita kepada Allah Yang Maha Esa,

BPN dengan ini merasa terpanggil untuk membuat satu Resolusi bersama oleh rakan rakan Blogger BPN agar semua dapat menyedari tindakan Karpal ini sangat berbahaya dan perlu dikutuk oleh kita semua. Jika kita masih sayangkan negara yang menjadi tempat kita bernaung selama ini.

HIDUP BPN !!!

SATU SUARA SATU ARAH SATU AKIDAH...

Disediakan :


Panglima Perang CyberYang Dipertua Blogger Pembela Negara.

28 Februari 2009

Friday, February 27, 2009

Karpal Memang ‘Celaka’


Pemuda Umno Kepong Karpal

Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang semalam, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.

Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang semalam ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.

Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.

Tiga ketua Pemuda Umno bahagian yang hadir telah bercakap dengan pemberita. Mereka ialah Ungku Salleh Ungku Jamal (ketua Pemuda Umno Serdang), Megat Zulkarnain Omar Din (ketua Pemuda Umno Gombak) dan Lat Sharizal Abdullah (ketua Pemuda Umno PJ Utara).

Mereka juga kemudiannya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur

Sidang akhbar Khairy

Bagaimanapun, kumpulan itu bukan kumpulan yang sama yang menghadiri sidang akhbar Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin di bangunan Parlimen pagi tadi.

Dalam sidang akhbar tersebut, pergerakan Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk pengerusi DAP itu mengemukakan bukti Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru dari Ipoh baru-baru ini.

Khairy berkata tuduhan yang dilemparkan anggota parlimen satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang ahli parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran.

"Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," Khairy.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kesal dengan kejadian tersebut, yang menurutnya, pertamakali berlaku di Parlimen.

Katanya, beliau akan meminta Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat perkara itu dan berjanji akan memastikan parkara itu tidak berulang.

Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetai saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak."

Nota BJ : Karpal sedar bahawa beliau diketegorikan sebagai wakil Parlimen OKU tapi sedarkah beliau bila -bila masa saja kita akan mengadakan pilihanraya kecil di parlimen beliau.

Thursday, February 26, 2009

KJ - Pemuda UMNO mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Karpal Singh

Kenyataan Akhbar Saudara Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Dan Ahli Parlimen Rembau Pada 26 Februari 2009 Di Dewan Banquet, Bangunan Parlimen

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan yang dibuat oleh YB Karpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Pengerusi DAP, dalam Dewan Rakyat semalam.

Tuduhan beliau bahawa Pemuda UMNO bertanggungjawab atas kiriman peluru pistol padanya adalah satu tuduhan liar, gila dan berniat jahat serta telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli Pemuda UMNO Malaysia.

Perkataan celupar, kesat dan “unparliamentary” yang diguna dan dilontarkan kepada Pemuda UMNO juga membuktikan beliau seorang wakil rakyat yang tidak bertamaddun, tiada adab, kesopanan, kelas dan
kualiti.

DAP sering membangkitkan isu “Parlimen kelas atau tahap dunia pertama”. Namun, tindakan Pengerusinya itu jelas menunjukkan perangai dan sikap Ahli Parlimen yang langsung tiada kelas.

Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang Ahli Parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran. Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda UMNO, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam. Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan.

Kami tidak akan membuangkan masa dengan meminta beliau memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah. Pemuda UMNO cuma mencabar beliau membawa bukti kukuh dan sekiranya beliau gagal, semua rakyat boleh menyimpulkan bahawa Karpal Singh adalah penipu yang ketandusan modal.

Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan bahawa tindakan ahli-ahli kita yang telah membuat laporan polis terhadap Karpal yang berjumlah lebih dari 100 laporan, mencerminkan perasaan majoriti rakyat, terutamanya masyarakat Melayu yang masih marah dengan ugutan Karpal untuk mengheret Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak ke mahkamah.

Sebagai seorang peguam terkenal, Karpal patut sedar bahawa tindakan Pemuda UMNO ini mengikut undang-undang dan berlandaskan hak setiap rakyat Malaysia. Pemuda UMNO juga mendesak pihak Peguam Negara untuk bertindak cepat atas syor-syor Polis Diraja Malaysia, berdasarkan segala laporan polis berkenaan yang dibuat sebelum ini.

Kami mahu mengingatkan Karpal bahawa bukan Pemuda UMNO yang main-main. Sebenarnya Karpal yang main-main dengan sentimen rakyat dan bermain dengan api. Sekiranya beliau tidak bertaubat dan berhenti, kemarahan yang masih membara ini akan menjadi lebih dahsyat. Pemuda UMNO tidak akan berhenti untuk menentang Karpal, di mana sahaja demi kemaslahatan rakyat, prinsip Rukun Negara dan institusi raja berperlembagaan.

Sumber : REMBAU.NET

Wednesday, February 25, 2009

Bincang dulu isu ISA


Oleh Rohani Ibrahim

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menuntut Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub mengadakan perbincangan mengenai isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah tertangguh sejak tiga bulan lalu.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau membuat tuntutan itu ketika Salahuddin menghantar surat cabaran supaya Dewan Pemuda Pas berdebat dengan Pemuda UMNO berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di Parlimen hari ini.

Khairy berkata, beliau tidak pernah lupa jemputannya kepada Salahuddin untuk membincangkan isu ISA tiga bulan lalu.

''Hari ini Dewan Pemuda Pas minta bincang isu PPSMI pula.

''Saya sudah tiga bulan minta dia bincang tentang ISA tapi masih belum sampai ke meja rundingan," katanya ketika menerima surat cabaran berdebat mengenai isu PPSMI yang ditujukan kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Mengenai cabaran Dewan Pemuda Pas untuk berdebat mengenai isu PPSMI, Khairy menambah, perkara berkenaan mesti dibincangkan terlebih dulu memandangkan pemilihan parti sudah semakin hampir.

''Pemuda UMNO akan membincangkan jawapan kepada surat Dewan Pemuda Pas yang disampaikan kepada saya hari ini," katanya.

Sementara itu, Salahuddin menjelaskan, perbincangan mengenai ISA tertangguh kerana beliau menunaikan fardu haji, terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dan kemelut politik di Perak.

''Justeru hari ini saya ingin maklumkan saya bersedia mengadakan perbincangan tidak formal empat mata dengan Khairy minggu depan di satu bilik di Parlimen. Ia bukanlah satu debat tapi sekadar perbincangan saja," katanya.

Mengenai isu PPSMI, jelas Salahuddin, ia sudah menjadi isu masyarakat Melayu dan sayap Pemuda dari dua parti yang besar dalam negara perlu memberikan input.

''Input yang diberikan akan membolehkan keputusan lebih tepat dan berlandaskan realiti dicapai berhubung isu PPSMI. Ini adalah demi masa depan negara," katanya.