Thursday, July 21, 2011

Rakaman Johari Abdul Cuba Menipu Polis


Video penipuan yang cuba dibuat oleh Johari Abdullah atau nama sebenarnya 'P.Ramlee'. Sejak beliau mengendalikan sebuah rancangan dokumentari cabuk Joe Bedul semakin menjadi-jadi cuba menunjukkan bakat lakonannya.

 

Sehingga pada hari demontrasi haram BerSHIT 2.0 Joe Bedul dilihat cuba memperdaya pasukan PDRM dengan meminta satu laluan dan kononnya beliau akan bertanggungjawab sepenuhnya.

Namun taktik beliau berjaya dihidu oleh anggota PDRM apabila 'signal' yang diberikan kepada Sivarasa iaitu dengan mengenyit sebelah matanya telah dilihat oleh salah seorang anggota PDRM. Seterusnya baca disini...

Chelsea vs Malaysia Live Stream 2011 Online Free



Malaysia vs Chelsea 
Date: Thurday , 21 July 2011
Time: 8:45 PM Local - Time : 13:45 GMT (UK Time)
Venue : Bukit Jalil National Stadium

Chelsea vs Malaysia Live Stream on 21 July 2011. You can watch Chelsea vs Malaysia online click here Malaysia vs Chelsea Live.

Kes Selesai: Beng Hock Mati Bunuh Diri

Isu yang menjadi kontrolvesi panas... 
Nizar pegang lilin sembahyangkan Beng Hock...

Inilah wajah sebenar pemimpin Pakatan Pembangkang! 
Demi kuasa mereka sanggup gadai AKIDAH

Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor dikenalpasti berpunca daripada bunuh diri.

Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum pada Khamis .

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Hidup Atau Mati: Polis Keluarkan Waran Tangkap Untuk Anwar, Samad Said, Husam

Anwar Ibrahim

A.Samad Said

Husam Musa

Chegu Bard
Tengok Video Chegu Bard lari dari polis disini...

Gagal hadir bantu siasatan pembabitan dalam perhimpunan 9 Julai

Polis  akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu yang terbabit dalam perhimpunan haram 9 Julai lalu selepas gagal menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membantu siasatan seperti diminta.

Senarai Nama:

1- Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
2- Datuk A Samad Said - Sasterawan Negara
3- Datuk Husam Musa - Naib Presiden PAS
4- V Sivakumar - Timbalan Pengerusi DAP Perak
5- Haris Ibrahim – Blogger
6- Latifah Koya – Peguam
7- Badrul Hisham Shaharin @ Chegu Bard - SAMM PKR
8- Wong Chin Huat - aktivis
9- R Sivarasa - Parlimen Subang
10- Nurul Izzah Anwar - Parlimen Lembah Pantai
11- Dr Hatta Ramli - Parlimen Kuala Krai
12- Datuk Reezal Merican Naina Merican - Exco Pemuda Umno
13- Dr Lo' Lo' Ghazali -Parlimen Titiwangsa : meninggal dunia

Semua 13 individu terbabit dipanggil untuk hadir di IPD Dang Wangi sejak 11 Julai lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitan mereka dalam perhimpunan haram itu, namun sehingga sekarang belum berbuat demikian.

Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan mereka, bagaimanapun Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’Lo Ghazali meninggal dunia, Ahad lalu.

Semalam, Polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan 13 individu terbabit kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan untuk mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman selain dua pemimpin HIMPUNAN PATRIOT iaitu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi.

Bersih 2.0 : Gambar Pegang Pisau - Bukan Super Impose


Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membuat laporan polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa sekeping gambar yang diambil oleh seorang jurufoto Kumpulan New Straits Times pada perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas menggunakan teknik 'super impose'.

Laporan itu dibuat oleh Presiden MPPA Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Perhimpunan Haram Bersih Hasut Rakyat Jadi Ganas

Terpengaruh Dengan Budaya Asing! Ini Bukan Budaya Rakyat Malaysia!

Buka Topeng Nak Glamer Rupanya... 


 
Inilah rupanya.... Beliau dikenali dengan nama samaran Ajak, seorang peserta Himpunan Haram Bersih 2 dari Unit Amal PAS, Nama penuh Abdul Razak Endut, umur 32, berasal dari Temerloh...

Premis Hiburan Haram Bertambah Di Selangor


Kerajaan Selangor mengakuiwujud banyak premis hiburan yang beroperasi secara haram ekoran tindakan kerajaan negeri yang masih membekukan pengeluaran lesen pusat hiburan.

Ronnie Liu DAP
Hai yaaa.... Untung maaa. 
Untung mendapatkan pendapatan lebih bagi kerajaan negeri.... 
lain semua wa talak peduli.....

Hasan Ali PAS
PAS tidak berupaya melakukan penguatkuasaan
Kita tutup mata jelah... boleh?

Rumah urut dan pusat hiburan semakin banyak dibuka di Selangor. Penduduk tempatan juga bimbang golongan muda terutama yang beragama Islam akan rosak akhlak dan terjebak ke kancah maksiat dan kemungkara. Mereka mendesak supaya pihak berkuasa negeri mengambil tindakan penguat kuasa.


560 CS, Polis Guna Gas Pemedih Mata Sama Dengan Israel


Tuduh terdesak yang dilemparkan oleh Puak Pembangkang:

"Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit."

Kenyataan PDRM

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang bahawa pihaknya menggunakan gas pemedih mata yang sama digunakan tentera Israel ketika perhimpunan haram 9 Julai lepas.

”Jangan mengada-adakan cerita kita (polis) pakai gas CS (Combined Systems) atau apa saja. Kita tak sampai tahap itu. Jangan nak mengada-adakan cerita,” katanya kepada pemberita di sini.

Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata, beliau akan meneliti laporan portal tersebut sebelum memutuskan tindakan selanjutnya.

"Mana mereka belajar semua ini? Saya minta semua pihak jangan cakap ikut sedap mulut. Kalau tak tau jangan cakap... kalau tak pasti jangan cakap. Jangan buat tuduhan-tuduhan,” katanya.


Inilah namanya taktik kotor yang didendangkan oleh pihak pembangkang. Salah satu cara utama mereka nak raih simpati kepada rakyat ialah memberi keyakinan bahawa PDRM ini kejam! Kalau pihak Polis tak saman Adun Sri Muda yang terdesak, belagak pandai tu dah kira nasib baiklah.

Kes Shuhaimi Adun Sri Muda:


Menghina Sultan

Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie dari PKR akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataannya menyentuh kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor menerusi blognya pada 30 Disember lalu.

Lurah Payudara Anak Raja Petra Punca Perang Mulut

Bak kata Juara Maharaja Lawak Kumpulan Sepah "Baekkk punyaaaa....."

1- Raja Petra membuat satu posting mengenai anak beliau, Raja Sara, yang baru graduated seperti gambar-gambar yang di muat di bawah sekali:

“My daughter Sara graduated today with a B.A. in Marketing Communications” - Raja Petra

2- Ahmad Azman Saaiya yang memang mengenali Raja Petra telah dituduh dan dikatakan membuat komen-komen yang kurang menyenangkan seperti berikut.


.........................................
Anak Petra dah graduate.
“Baju nampak lurah dendam lagi. Takpe bapak dia memang mereng nak buat macamana.
Siapa nak kahwin dengan anak Raja Petra dipersilakan. Kahwin sebelum nikah pun okay. Bapak mentua tak marah.
Cuma syarat nak jadi menantu Petra kena pandai fitnah, pusing fakta semaksima mungkin dan perasan nak jadi kuasa ketiga dalam politik Malaysia.
Oh lupa...pastikan anda takde telur macam Petra.
Lepas fitnah cabut lari lintang pukang. Damn right Pete, membujur lalu melintang pukang.
Kalau tak nak pakai anak Petra, pakai bapak dia pun okay.”
......................................... Raja Petra >




Perghhhh!! Ini memang gosip Panas!!! kalau nak baca lagi klik kat sini....

Bersih 2.0: Polis Diarah Bunuh Anwar Pada 9 Julai ?

PKR menuduh polis cuba membunuh Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Yang peliknya polis cuba bunuh Anwar guna tear-gas canister... kenapa polis tak guna peluru hidup tembak kepala Anwar?




Tuduhan membunuh Anwar Ibrahim, adalah tidak berasas sama sekali. Ianya hanya rekaan dari tukang karut Puak PKR yang terlalu angkuh menuduh Polis tanpa usul periksa.

Konspirasi ini dilakukan demi meraih simpati rakyat setelah bersih 2.0 gagal.


Punca sebenar Anwar dan pegawai peribadinya mengalami kecederaan teruk di muka, sila  klik disini...

Manifesto Palsu: PAS Kedah Terus Diasak


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata UMNO Kedah akan terus menyoal dan menuntut penjelasan kerajaan Pas Kedah mengenai manifesto parti itu pada setiap persidangan Dewan Undangan Negeri.

Tindakan Kerajaan Pas Kedah yang mengelak daripada menjawab soalan tentang manifesto pilihan rayanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin lalu dilihat sebagai membelakangkan permintaan rakyat.

Menurut kata Datuk Ahmad Bashah, kerajaan negeri tidak boleh mengenepikan soalan tersebut dengan alasan buku mengenainya sudah diedarkan.

“Ia cuma jawapan untuk melepaskan diri. Kerajaan negeri boleh kata buat buku dan edar kepada rakyat tentang kejayaan manifestonya, namun penjelasan harus diberikan oleh Menteri Besar sendiri secara terperinci.

“Kerajaan negeri sepatutnya berani menjawab apa juga persoalan yang ingin dikemukakan oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada sidang DUN itu berkaitan manifestonya demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi 2011 Kanak-kanak Kemas Parlimen Alor Setar di sini hari ini yang disertai oleh lebih 1,000 murid-murid tadika tersebut.

Ahmad Bashah menambah, rakyat masih mempersoalkan janji-janji pilihan raya kerajaan Pas Kedah tersebut.

“Tiada apa yang perlu mereka takutkan jika benar hampir kesemua janji dalam manifesto tersebut terlaksana. Seharusnya mereka berani menjawab apa juga persoalan tentangnya,” katanya.

Wednesday, July 20, 2011

Buku Fitnah Terbaru Najib, Siapa Yang Akan Berakhir ?


credit kepada KL Boyz

Dulu masa keluar buku kontroversi Tuhan , Politik & Seks karya penulis prolifik politik SH Alattas , portal pro pembangkang Malaysiakini siarkan buku itu diedarkan di PWTC kepada peserta yang hadir di dalam satu program UMNO. Ini bagi menunjukkan bahawa UMNO perhebatkan serangan terhadap Anwar walhal buku itu sudah lama dijual sejak tahun lepas lagi.

Tetapi yang terbaru buku fitnah yang secara total menyerang peribadi Najib telah mula dipasarkan . Penulis buku ini ialah Shahbudin Hussein yang ditugaskan untuk menulis bagi memburukkan Najib.

Apa maksud Najib PM terakhir ?? Mengapa tidak ditulis Najib PM Kerajaan BN terakhir ? Adakah selepas ini sudah tiada PM lagi Malaysia dan sudah bertukar ke Presiden ?

Tengok muka depan buku ini pun sudah tahu isi di dalamnya akan dimaksimumkan sebanyak mungkin serangan fitnah terhadap Rosmah. Tak hairan lagi sampai di create cerita cincin Rosmah yang dibelinya bernilai US 24 juta dihantar melalui courier cap ayam.



Aku pelik buku ini cakap pola di PRU Sarawak beri petanda BN akan berakhir , sedangkan BN menang majoriti 2/3 di sana dan PAS - PKR kalah teruk sekali. Jadi , di mana yang dikatakan petanda akab berakhir itu ?

Adakah juak-juak Pakatan ini masih lagi tak mahu mengaku parti mereka semakin ditolak rakyat ?

Mungkin itu lah sebabnya mereka terpaksa buat juga buku fitnah ini...

Sumber: -Generasi Pejuang Bangsa

Haramkan Perkataan ISLAM Yang Dinamakan Kepada Parti PAS!

Berdasarkan kepada pandangan bahawa menamakan Islam kepada sebuah pertubuhan politik itu adalah suatu perbuatan menghina dan mengotori kesucian Islam, ianya seharusnya diberikan perhatian.

Ini adalah kerana Islam itu adalah satu agama (addiin) yang diciptakan oleh ALLAH SWT melalui kitab AL-QURAN kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang tidak ada tolok bandingnya sebagaimana firman ALLAH SWT dalam AL-QURAN Surah Al Imran ayat 19 bermaksud ‘Sesungguhnya agama disisi ALLAH ialah Islam’.

Sedangkan parti politik ialah merupakan suatu badan yang mengandungi peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia, di dalamnya menjelma berbagai-bagai sikap dan perilaku manusia untuk mendapatkan pengaruh dan kuasa.

Kalaulah Islam dicampur aduk dan dinamakan kepada sebuah pertubuhan politik maka ianya boleh diibaratkan sebiji permata yang dicampakkan ke dalam lumpur sehingga menyebabkan orang tidak mengenali permata itu kecuali mereka yang benar-benar ahli.
Demikian juga Islam sebagai agama (Addiin) yang maha suci, kalaulah perkataan Islam itu dinamakan kepada sebuah parti politik seperti PAS yang kita kenali sekarang ini, maka jelas ianya terpesong dan mengelirukan akidah umat Islam.

Bukan akidah orang-orang yang berkelulusan Al-Azhar yang menjadi pemimpin PAS, tetapi akidah umat Islam di kampung-kampung seperti di Kelantan,Terengganu dan Kedah yang tidak mendalami Islam hanya setakat tahu sembahyang dan puasa.

Oleh kerana itulah tidak ada sebuah pertubuhan politik pun dalam dunia Islam yang menamakan Islam terus kepada pertubuhan itu, umpamanya di Mesir dinamakan ‘Ikhwanul Muslimin’, di Pakistan ‘Jamiatul Islamiah’, di Indonesia ‘Mahsumi’ yakni Majlis Syura umat Islam Indonesia kecuali di Malaysia iaitu PAS (Parti Islam Semalaysia). Baca lagi...

Bersih 2.0 Foto KJ Yang Tak Ada Pada Pemuda Pembangkang

 Ada ke foto Pemuda Pembangkang yang macam ni.... 
Chegu Bard, Sam Ketot cakap je power... 
Apaaaa pun tak boleh...

 Ada telo ke budak AMK, PAS buat Macam ni?
Puak PKR dan PAS hanya berani berkata kata sahaja..
Yang jadi mangsa ialah rakyat!

Macam tikus menyuruk bawah tangga da.. Kah Kah Kah!

Chegu Bard (SAMM): Cam biasa guakan kaki kencing
Kalau wa kencing, kencing merata rata... Lord of The Rings..
Ok.. wa nak nyuruk dulu der..
Polis cari wa.. tolong sebarkan... gua bangga dapat larikan diri dari polis..

Shamsul Iskandar (AMK): eh.. wa lepak je kat rumah....
Jangan bagi tau orang tau....
Jap ya... wa nak sent pic kat twitter...

Nasrudin At Tantawi (PAS): Gua boikot der.... Sakit perut...
Ciloko... Cilako.. Cilako....
Jangan marah wa dah terbiasa cakap macam..
Tuan guru yang ajar...

Kalau Anwar Tidak Liwat Saiful, Kenapa Paksa Rahimi & Rasid Buat Pengakuan Palsu ?


SD Johari Yassin, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, individu yang menjadi saksi pertemuan Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Senator Ezam Mohd Nor. Beliau mempersoalkan sekiranya benar Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak meliwat bekas pembantunya, kenapa pada tarikh yang sama, 28 Jun 2008, ketika Mohd Saiful membuat laporan polis, Ketua Umum PKR itu mengarahkan penahanan dua lagi bekas pembantunya, Muhamad Rahimi Osman dan Rasid Rosidi di Quality Hotel, Shah Alam.

 


“Selepas Saiful buat laporan polis ataupun buat medical checkup, Anwar panggil Rahimi dan Rasid ke Quality Hotel.

“Kalau kita sebagai manusia biasa, pasal apa dia panggil dua orang ini? Pasal apa? Mesti ada something.

“Dua orang ini, adakah dia pun sama macam Saiful? Kalau dua orang ini tak ada apa-apa, pasal apa kau nak panggil? Jadi, itupun satu questionmark juga. Pasal apa kena kurung dua orang ini?”, soal SD Johari. Baca lagi disini....