Wednesday, January 13, 2010

Mitsubishi Evo Milik Bro Jinggo...

Wah hebat bergaya, Mitsubishi Evo sumbangan Khairy Jamaluddin... Nak tergelak pun ada, nak marah tak sesekali la.. sabab aku tahu ini semua adat permainan politik dalam cyber war ni... Biasalah kalau tak tahan kena fitnah atau dikritik tak payah la jadi blogger. Kalau masin mulut orang yang cakap aku pandu Mitsubishi Evo ni... Syukur alhamdullilah la.. memang aku idamkan kereta ni tapi tak tercapai lagi hajat aku. Kepada sahabat sekalian tolong doakan agar aku dapat memiliki kereta idaman aku ini... Tak kesahlah sumbangan itu datangnya dari sesiapa pun. Nak beli pakai duit poket sendiri, aku belum ada kemampuan lagi. Mudah mudahan ada rezeki, kerana aku percaya rezeki untuk aku ada, cuma aku perlu berusaha lebih lagi untuk mencapai impian ku...




Apa tujuan sebenarnya pengendali laman blog diatas menyusup masuk kedalam laman blog aku? Nak dapatkan perhatian dari aku ker? Ke kurang promosi atau kurang hit brader? Begitu jelas sekali pengendali laman blog tersebut sedang berusaha untuk memecah belahkan perpaduan diantara bloggers pro Umno di alam cyber ini!

Tak sangka pula pengendali laman blog tersebut mempunyai krebiliti yang begitu rendah sekali… Begitu terdesak nampaknya sehingga memaksa aku menjawab persoalan darinya… Kesian juga melihat beliau terpaksa masuk kelaman blog aku untuk mempromosikan laman blog beliau... Kesian... lemah syawat ke bro...
Kalau ko betul betul mahu memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.. Buktikanlah kejantanan kau dulu bro! Kenapa harus bersembunyi disebalik wajah orang lain? Kenapa harus takut jika mahu menegakkan kebenaran? takkan berani baling batu sembunyikan tangan kot, tak gentleman la bro! Telor setengah masak ker bro guna gambar profile orang lain.

Cukuplah cukuplah, kami dah masak dengan helah pakatan pembangkang…

Apa yang terdedahnya hubungan Khairy dengan Anu War? Mana? Aku tak Nampak apa-apa pun yang terdedah, jangan syok sendiri atau bermain dengan emosi sendiri brader. Mana buktinya yang kau katakan terdedah tu? Dah puas aku belek-belek didalam laman blog saudara, tak ada satu pun bukti yang mendedahkan hubungan Anu War dengan KJ?

Posting GAP pula telah diputar-belitkan oleh saudara dan beberapa individu untuk kepentingan pihak yang lain. Jika diamati betul-betul tidak ada satu patah perkataan pun dalam posting itu yang menyatakan hubungan KJ dengan Anu War dan RPK.

Bagi aku GAP telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang blogger yang memperjuangkan negara, GAP telah berjaya membuktikan ada hubungan diantara hubungan Anu War/ RPK/ Kalimullah.

Kenapa pula cuba mengalih Isu tersebut kepada KJ… Bro, dah tak ada modal lagi ke? Atau dah kehabisan peluru?

Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila RPK dikatakan mempunyai hubungan dengan Khairy Jamaluddin. Didalam penulisan RPK, beliau banyak menulis untuk menjatuhkan kerjaya Khairy sebagai seorang ahli politik, terutamanya dalam penulisan bersiri beliau Khairy Jamaluddin Chronicles.

Laman blog saudara dan anti khairy yang lain pun banyak mencedok dari artikel artikel bersiri Khairy Jamaluddin Chronicles, hasil penulisan dari RPK. Siapa sekarang yang bersekongkol dengan RPK bro?

Tuduhan Khairy bersekongkol dengan Anwar Ibrahim adalah satu tuduhan yang tidak bertanggung jawab dan merupakan satu fitnah. Jika Khairy mahu bersekongkol dengan Anwar Ibrahim , Khairy tentunya telah menyertai PKR apabila dia mula pulang dari luar negara. Tetapi sebaliknya beliau memilih untuk bersama Perdana Menteri pada waktu itu Tun Dr Mahathir.

Usahlah saudara dan sahabat-sahabat saudara cuba untuk melaga-lagakan Khairy dengan PM DS Najib, kerana DS Najib bukanlah seorang pemimpin yang tidak boleh menilai siapa musuh dalam selimut. DS Najib tahu apa yang dilihat dan dilakukan nya. Jika tidak tentu sekali DS Najib tidak menyokong KJ sebagai Ketua Pemuda.

Yang jelas dilihat, laman blog saudara ada intipati cubaan untuk melaga-lagakan blogger BPN dan blogger pro umno. Hasutan demi hasutan dilakukan agar berlakunya perpecahan diantara blogger BPN dan blogger pro umno!

Bagi aku memang Saudara adalah blogger yang tidak harus disokong! Dan ada ada kemusykilan bahawa rangkaian saudara ini adalah agen dari pak Anu War yang sedang berusaha untuk memecah belahkan bloggers pro Umno… selagi ada duri dalam daging, selagi itulah usaha-usaha untuk memecah belahkan blogger BPN dan blogger pro umno berterusan.

Harus diingat permainan politik pembangkang di waktu PRU ke 12/2008 yang lepas adalah bertujuan untuk memusnahkan kekuatan Pemuda UMNO dengan menimbulkan rekaan cerita,tuduhan dan bermacam lagi ke arah Pemuda UMNO itu serndiri.Mungkin masih ingat Isu Keris yang tak sepatutnya dilayan dewasa itu, sedangkan ia ditimbulkan oleh pihak pembangkang sendiri

Kekuatan UMNO terletak juga ditangan Pemudanya, Sdra Khairy yang dalam pemerhatian dan saya telah berjuang menaikkan martabat Pemuda UMNO sehingga disegani oleh rakan-rakan dalam BN serta di pihak pembangkang.

Kepada bloggers diluar sana teruskan perjuangan demi bangsa, agama dan negara!!! Kalau nak menang kita buat cara nak menang! Perjuangan membela agama bangsa dan negara harus diteruskan!!! Tidak ada masa untuk melayan provokasi yang boleh membawa perpecahan dikalangan blogger pro umno.


Salam Perjuangan! Salam 1Malaysia!

9 comments:

wakdanial said...

Salam perjuangan! Salam 1 MAlaysia!

Panglima Perang Cyber said...

salam bro..

saya tidak layan sangat komen picisan macam ni.

buang karan je bro..

isu jika dilayan akan jadi besar...

kita diamkan sahaja...

tengok dia 'mati' kutu tak dapat sambutan..

komen anak omak pun ada di blog saya..

tetapi saya tak layan..


dia tengah kepanasan kot tak dapat perhatian..

anak omak katakan..

BPN bukan alat sesiapa kecuali alat negara Malaysia utk pertahankan agama bangsa dan tanah air dari pengkhianat.


salam perjuangan...

Anonymous said...

Sesekali Bro J perlu jawab juga untuk mengelakkan kekeliruan pembaca. teruskan perjuangan Bro J, kami sentiasa berada di belakang Bro J

pejuang/// said...

BJ.., kalau setakat Mitsubishi Evo itu bukan isu, tapi isu sebenarnya adalah usaha puak seperti anak omak utk melagakan sesama bloggers yang bernaung atau tidak seperti di BPN. Pejuang/// rasa mereka ini sebenarnya adalah duri dalam UMNO, bloggers upahan yang dibayar utk melagakan kita bloggers yang pro Kerajaan UBN. Pejuang/// sokong kata panglima bahawa mereka kini seperti cacing yang kepanasan. Bila blog mereka gagal mendapat perhatian, maka usaha yang mereka nampak adalah melalui cara ini. Kita jangan cepat melatah dgn cara mereka.

Anonymous said...

Kalu Bro J pakai Mitsubishi Evo hadiah dari KJ, macamana dengan parpu? Rumah di Ukey Perdana tu sape yang tanggung? Terang-terang Mukriz yang bayar. Hahahaha.... jgn nak mengata orang parpu, macamlah bloggers lain tak kenal siapa parpu dan siapa disebalik kerja-kerja kamu itu. Entah-entah anu war yang taja.

Unknown said...

Salam...

Harus diingat permainan politik pembangkang di waktu PRU ke 12/2008 yang lepas adalah bertujuan untuk memusnahkan kekuatan Pemuda UMNO dengan menimbulkan rekaan cerita,tuduhan dan bermacam lagi ke arah Pemuda UMNO itu sendiri. Mungkin masih ingat Isu Keris yang tak sepatutnya dilayan dewasa itu, sedangkan ia ditimbulkan oleh pihak pembangkang sendiri.

Saya meragui rangkaian mereka ini para sahabat... adakah mereka ini bloggers dari pro umno atau agen Anu War yg mahu memecah belahkan BPN...

Salam Perjuangan 1Malaysia

BJ

mat spy said...

sy berpendapat KJ perlu jawab isu ini semua iaitu tuduhan mengaitkan beliau dengan kalimullah yg membela RPK menghancurkan negara.

KJ - Kalimullah - Pak Lah mmg rangkaian hebat ketika PAk Lah jadi PM ..itu semua org tahu . tp bila kalimullah tertangkap dng bukti yg melindungi RPK di London malah Puad Zakarshi jg mendakwa Kalimullah jmpa Anwar di London ..boleh timbulkan byk persoalan

KJ perlu bersihkan nama beliau kerana ini tuduhan ckup berat . jika tidak rakyat akan terus percaya cerita ini dh hilang kepercayaan kpd beliau .

kalau KJ tak jwb isu ini, nama Pemuda akan busuk

Unknown said...

Mat spy, usahlah membuat tuduhan yg tak berasas... Klu macam tu la cara kau membuat tuduhan bermakna tak amanlah Malaysia ni! main tunjuk tunjuk jer sama tak ada beza dengan cara pembangkang! Bagi aku KJ tak perlu membuat apa-apa statement dan beliau bukannya seorang yg bodoh nak masuk dalam perangkap gerakan pakatan pembangkang!... Berani kerana benar!

oh? kenapa x berani nak gunakan ID sendiri bro? takut kena kecam ker?

Salam perjuangan 1Malaysia...

Duit-Duit said...

Jatuh Melayu kerana hati yang kotor. Kotor dan mengahambakan diri dengan duit... Aiyyaa ingatlah mati sikit wahai melayu2 sedaraku... Nanti mati kita meninggalkan waris-waris, jangan nanti depa kencing atas kuboq kita... pasai menyampah...