Thursday, July 15, 2010

Razali tetap sokong Khairy kekal Sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia

Oleh: ROSLI ISMAIL

Datuk Razali Ibrahim adalah salah seorang ahli politik yang cukup senang ditemui wartawan untuk mendapatkan komen mengenai sesuatu isu.

Namun dari raut wajahnya mulanya nampak agak keberatan untuk mengulas mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin sedang ‘ timbang secara serius’ untuk tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang akan datang.

Hal ini dapat difahami kerana sebagai Naib Ketua Pemuda,kata orang silap cakap nanti lain yang disangka.

Ketika ditemui Agendadaily di lobi Parlimen petang Rabu,Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu mengakui sebelum ini soal Khairy hendak mempertahankan atau tidak jawatan nombor satu dalam pergerakan itu tidak pernah dibincang dalam mesyuarat Exco atau diperbualkan sesama mereka.

“Pada pemilihan akan datang akan ada pertandingan (perlembagaan parti tidak menyekat sesiapa nak bertanding mana-mana jawatan).Yang penting Khairy bukan kata beliau nak lepaskan jawatan sekarang,”katanya.

Menurut Razali beliau sebagai orang nombor dua tetap menyokong kepimpinan Khairy.

Katanya soal pemilihan jawatan parti adalah soal akan datang tetapi yang penting sekarang semua ahli pergerakan itu bersatu dengan kepimpinan untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13.

Ditanya tidakkah kenyataan Khairy itu menandakan ada sesuatu masalah dalam pergerakan itu,Razali menolak andaian itu.

“Mungkin (kenyataan) itu atas rasa tanggongjawab….dia nak bagi peluang kepada muka baru atau nak meremajakan lagi Pemuda UMNO.Ada banyak alasan…kenyataannya sangat ringkas,”ujarnya.

Kata Razali jika benar Khairy tidak mahu mempertahankan jawatan dalam pemilihan akan datang itu adalah haknya.

“Itu termaktub dalam perlembagaan…hak ahli menawarkan diri bertanding atau jadi perwakilan ..memegang jawatan..atau nak lepaskan jawatan…itu tak jadi soal.

“Bagi saya apa jua pandangan Khairy…tumpuan pada pilihanraya lebih diutamakan…kita bukan kata pilihanraya datang dulu…cuma pilihanraya adalah tumpuan.

Ditanya lagi sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO soalan wajib yang pasti semua orang akan tanya apakah beliau akan menawarkan diri jika ada kekosongan kelak,Razali segera menjawab,…’eh…tak fikir lagi…janganlah…

‘Sebenarnya kita dalam satu pasukan..soal saya nak bertanding ke tidak...tidak timbul…sebab…jika kita dalam pasukan ini gagal mentabir Pemuda dalam pilihanraya akan datang…maka tak patut timbul orang yang gagal akan bertanding.

“Jadi saya pun kena buat kerja juga sekarang…kalau kita gagal jalakan tugas…ini bukan soal kita nak atau tidak..ini soal ahli UMNO yang akan tentukan siapa yang layak.

‘Untuk menentukan siapa yang layak…siapapun Pemuda hari ini buat kerja betul-betul supaya mereka kelihatan layak menduduki jawatan itu.

‘For all you know..walaupun Khairy kata nak lepaskan jawatan tapi orang masih kata nak dia…dia kekal juga…

“Cuma dalam pemilihan akan datang kita ada format baru…dimana yang nak bertanding daftarkan diri…mungkin saya tak tahu…saya pun belum terfikir nak tawar diri…iu tanggongjawab bukan jawatan…itu saya tak pernah fikir lagi..kalau fikir takut..

Kepada soalan lain,Razali tidak melihat kenyataan Khairy itu akan melemahkan semagat Pemuda UMNO.

“Tidak…sekarang ini kena buat kerja kan…kalau buat kerja tak kan (kenyataan Khairy itu) nak lemahkan semangat.

“Nombor dua…kalau dia buat kerja bagus…kita tak akan lepaskan dia.

“Kita pernah tengok Tun Dr Mahathir dulu nak letak jawatan…orang tak bagi..maknanya perkara itu boleh berlaku bila tiba masannya nanti.“Masa ini Khairy tak kata dia nak letak jawatan sekarang…dia tak kata dia nak lari dari tanggongjawab…Cuma dia menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan pada masa datang.

“Jadi kalau ada orang fikir nak bertanding nanti…buat kerja betul-betul..jangan fikir nak bertanding saja,”katanya.

Sumber: Agendadaily

Khairy:Menjawab persepsi sebagai Ketua Pemuda UMNO yang 'tak settle'


Khairy sedia memberi laluan kepada bakat baru!

No comments: