Cerita politik tanah air panas dan hangat macam mana pun, tidak ubah macam ribut dalam cawan sahaja.
Begitu  juga kalau ada pihak sangka ‘gaduh’ antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy  Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)  Datuk Ibrahim Ali, sejak sebulan lalu akan berterusan, ianya meleset  sama sekali
Sebelum  ini Khairy pernah melabelkan Ibrahim Gedebe Politik dan Jaguh Kampung  manakala Ibrahim pula membidaskan kelemahan pimpinan Khairy sebagai  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. 
Namun,  pada Ahad mereka saling bertepuk tampar ketika berkongsi pentas dalam  sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang  Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 di sebuah hotel di Jalan Ampang.  
Malah,  Ibrahim yang juga ahli parlimen Bebas Pasir Mas menganggap Khairy  sebagai anaknya dan ahli parlimen Rembau itu pula berulang kali  memanggil Ibrahim, ‘ayahanda’ pada majlis itu.
Dengan  nada berjenaka, Ibrahim , beliau menganggap Khairy sebagainya anaknya  disebabkan Ketua Pemuda itu kini baru berusia 34 tahun, namun beliau  sudahpun mencecah usia 59 tahun.
Katanya  lagi, beliau juga telah dua kali ditahan bawah ISA malah merupakan  seorang pemimpin pelajar yang lantang memperjuangkan nasib rakyat ketika  Khairy belum lahir lagi.
Walaupun  ada usik mengusik termasuk cerita kononnya Khairy ada hubungan dengan  pelakon Maya Karin yang dibangkitkan Ibrahim, ianya tidak lebih bagi  menjelaskan sesuatu isu.  
Sebelum  ini, Ibrahim menjawab tuduhan kononnya beliau seorang yang racist  melalui kenyataannya serta tindak tanduk PERKASA memperjuangkan sesuatu  isu.
Menurut Ibrahim, sejak dua tahun lalu tidak ada laporan di Bukit Aman mengaitkannya sebagai seorang yang bersifat perkauman.
Menggambarkannya sebagai fakta, sebab katanya beliau tidak percaya Khairy ada hubungan dengan Maya Karin.
“Semuanya  mesti ada fakta. Tanpanya kita tidak boleh menyalahkan atau tuduh orang  lain,” katanya sekaligus turut menyindir ahli parlimen PAS Shah Alam,  Khalid Samad yang turut jadi tetamu membincangkan topik Politik Ideologi  dan Bangsa itu.
Ini  kerana Khalid menyalahkan peraturan kerajaan menetapkan  sekurang-kurangnya tujuh parti mesti bergabung bagi membentuk pakatan  sama seperti Barisan Nasional (BN) menyebabkan Pakatan Rakyat antara  PKR, DAP dan PAS tidak boleh didaftarkan.
Ibrahim  berkata, banyak lagi parti kecil lain yang boleh diterima pakatan  rakyat atau pihak berkenaan boleh menubuhkan beberapa parti lain bagi  mencukupkan bilangan untuk mendaftarkannya.
Bagaimanapun  pada majlis yang dihadiri lebih 300 pemimpin pelajar termasuk dari luar  negara itu lebih banyak menyentuh soal perkauman apabila tiga soalan  yang dikemukakan wakil pelajar menjurus kepada peranan PERKASA.
Ini  menyebabkan Ibrahim terpaksa menjelaskan mengenai kekeliruan banyak  pihak bahawa peranan pertubuhannnya itu adalah bagi mempertahankan  perlembagaan yang mula dipersoalkan pihak tertentu.
Ibrahim  menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang racist sebaliknya  mementingkan keselamatan dan keharmonian negara serta tidak mahu ada  pihak cuba menganggu gugat keamanan tersebut.
Khairy  dalam penjelasannya di majlis tersebut berkata, negara ini tidak boleh  ditadbir satu kaum sahaja kerana bangsa lain akan memikirkan apa yang  bangsa berkenaan fikir.
Katanya,  UMNO tiada apa-apa kaitan dengan PERKASA sebaliknya pertubuhan itu  memperjuangkan apa yang sudah menjadi hak orang Melayu seperti dalam  perlembagaan.
Khalid  pula menyatakan harapan pakatan rakyat untuk mentadbir negara kerana  beranggapan rakyat bersedia menerima perubahan atas alasan keadilan  untuk semua.
Beliau  turut menyentuh kononnya kerajaan BN sekarang masih gagal menyakinkan  rakyat terutama dalam soal pencegahan rasuah dan turut membidas Akta  Keselamatan Dalam Negara (ISA). 
Apapun  majlis hampir dua jam dalam suasana santai itu berjalan lancar dengan  ketiga-tiga wakil rakyat itu saling mempertahankan pendirian parti dan  pertubuhan masing-masing. 
Program dialog tersebut merupakan antara tarikan utama dalam persidangan selama dua hari, berakhir hari ini, anjuran Majlis Pelajar United Kingdom dan Eire (UKEC).
Anda juga dijemput melontarkan pandangan dalam apa pun jua isu di FB Rasmi Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau, Ketua Pemuda UMNO Malaysia & Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.
1 comment:
Saya fikir cerita KJ dgn Ibrahim Ali tak lebih dari hanya nota kaki dalam arus politik perdana...
Mudahnya menghukum Ibrahim sebagi racist kalau dia pertahankan bangsanya... biaq lantak lah apa orang nak kata...
Post a Comment