Labis, seawal jam 6 pagi, gelombang biru penyokong BN telah memenuhi ibu pejabat MCA, dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.
Lebih sepuluh ribu jentera Barisan Nasional kini berkumpul di luar Pejabat Majlis Daerah Labis, Pusat Penamaan Calon.
Azahar hadir bersama isterinya, Tuty Roshizana Tumin, diiringgi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno.
Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.
Pusat penamaan calon untuk Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Majlis Daerah Labis dibuka pada pukul 9 pagi.
Semua calon dikehendaki menyerahkan borang mereka sebelum 10 pagi. Ini diikuti oleh tempoh bantahan selama sejam jika ada. Nama-nama calon yang layak bertanding kemudiannya akan diumumkan selepas jam 11 pagi nanti.
Setakat ini, calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman antara calon awal serah kertas pencalonan DUN Tenang, 9.10 pagi tadi.
Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang. - http://www.politikharian.com
1 comment:
suasana sekitar dun tenang berbau busuk ekoran penyokong pas... http://taipingcentral.blogspot.com/2011/01/panazz-tenang-penyokong-pas-membasahi.html
Post a Comment