Pengerusi GAPS, Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan beliau yang terus mencela dan mendesak serta mengutuk tugas yang dilaksanakan oleh JAIS adalah satu perbuatan yang menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat umum.
“Amat malang Pas Selangor yang kini dipimpin Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjayanya tidak faham prosedur dan undang-undang dengan terus mencela, mendesak dan mengutuk tugas yang dilaksanakan oleh JAIS. Khalid lebih berminat meraih sokongan politik murahan dari menyelesaikan persoalan yang rumit dan sensitif ini,” ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.
Ujarnya, kenyataan Khalid Samad yang mencemuh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hassan Ali menjadikan isu membaptis orang Melayu di Gereja Methodist Damansara Utama yang diserbu oleh JAIS menjadi polemik yang sangat hangat dipasaran.
“Lebih hebat dari itu, rakyat Selangor kini sedang ditontonkan dengan tendang terajang politik Pas yang bergaduh sesama sendiri dalam menangani isu Murtad yang membelenggu umat Islam khususnya di Selangor.
“Juga bertambah malang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan barisan kepimpinannya yang selama ini sangat lantang mempertahan kepentingan Islam kini menikus. Mereka seolah-olah menyokong usaha memurtadkan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada UMNO-Online.
Tambahnya, tindak tanduk pegawai penguatkuasa JAIS dalam isu ini dipercayai berlandaskan peruntukan undang-undang Enakmen Jenayah Islam Selangor yang terpakai untuk seluruh umat Islam yang berada di bumi Selangor.
Rakyat tegas beliau lagi yakin pasukan JAIS telah membuat pelbagai penyelidikan, risikan dan intipan sebelum ini bagi memastikan kes ini sahih.
“Adalah amat dikesali Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim tunduk kepada tekanan barisan EXCO Dap dan mengambil pendekatan menyalahkan JAIS dalam isu ini. MB wajar memahami Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dengan lebih fasih sebelum mengambil pendirian yang sangat berat sebelah menghentam pasukan penguatkuasa JAIS.
“GAPS mengesa agar semua pihak akur kepada kedaulatan undang-undang di negara ini yang menyebut soal kebebasan beragama seperti yang terkandung dalam Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Jika kedua-dua perkara ini di patuhi tidak timbul soal ada usaha mubaligh katolik yang beria-ia mahu memurtadkan umat Islam,” tambahnya.
Jelas beliau lagi kes membaptis umat Islam ini amat malang dan menyedihkan kerana ianya berlaku dan ini bertentangan dengan undang-undang di negara ini.
“Sudah jelas lagi bersuluh kerajaan Dap, PKR dan Pas Selangor telah menguris hati dan perasaan umat Islam di Selangor dalam bulan Ramadhan ini.
“GAPS berdoa agar Tragedi Natrah kekal menjadi lipatan sejarah. Hanya kebijaksanaan pemimpin negara yang berjiwa besar sahaja yang mampu merungkai isu agama yang sensitif dan rumit ini”, katanya.-UMNO-Online
1 comment:
Pas dilihat tidak mempunyai pendirian tetap! Kena sergah dap terus. Kecut!
Post a Comment