Sunday, December 25, 2011
42 Anggota PAS Keluar Parti, Sertai UMNO
Seramai 42 anggota PAS di Bakau Tua, bertindak keluar dari parti itu dan menyertai Umno selepas kecewa dengan perjuangan PAS yang didakwa semakin tidak menentu setelah bekerjasama dengan DAP.
Mereka mendakwa sepanjang parti itu bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang tiada sebarang perubahan besar dilakukan selain hanya menjadi pengikut DAP sahaja.
Kumpulan itu yang diwakili Muhamad Subhi Yakcob, 50, menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga Datuk Azhar Ibrahim pada satu majlis ringkas di sini.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Pemuda Umno Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno.
“Kami juga mengambil keputusan keluar dari PAS adalah demi agama, bangsa dan ingin menyandarkan harapan baru kepada Umno serta Barisan Nasional (BN),” kata Muhamad Subhi kepada pemberita selepas majlis itu.
Beliau berkata tindakan mereka itu juga bukan desakan daripada mana-mana pihak sebaliknya atas kerelaan sendiri.
Labels:
PAS Masuk Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
pas akan kata:
alaaa...depa tu memang ahli umno yg keluaq tp masuk balik!!
dah bunyi macam tu pun di sebelah sini....
Aku pun mluat ngan umno kawasan ni, taksub telampau. Bila rame pas masuk umno aku suka juga, pasai org pas sini prasan kuat, meraq bueh. Rasa kuat tapi tak kuat stera manapun. Harap ehsan DAP saja
hangpa ni sokong parti ikut perasaan. tengok orang tu sombong sikit, dah tak mau sokong. politik bukan perasaan kita saja. politik adalah untuk perjuangan mempertahankan kuasa bangsa kita. kalau melayu kuat, secara tak langsung agama kita terpelihara. kalau kita lemah, kafir akan menindas dan menghancurkan agama kita.
Post a Comment