Wednesday, December 28, 2011

Anwar Sahkan Beliau Liwat Saful... Kerah Kempen Bebas Anwar 901


Kita hidup dalam negara Malaysia yang berdaulat, mempunyai keluhuran undang-undang, berada dalam suasana yang aman lagi sejahtera. Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip yang ketiga dalam Rukun Negara. Perlembagaan adalah sumber undang-undang negara tertinggi yang luhur dan suci.

Tindakan Anwar Ibrahim dalam mengheret rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 membuktikan Ketua Pembangkang itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara ini.

Belum pun lagi dijatuhkan hukuman keatas kes liwat, Anwar sudah menghukum dirinya sendiri... Jelas kita lihat... Anwar sendiri mengesahkan beliau yang meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan ...


Laman portal Free Malaysia Today melaporkan Pakatan kerah kempen bebas Anwar 901.

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mula menggerakkan kempen dikenali sebagai ‘Tolak fitnah lawan konspirasi, bebas Anwar 901′ di seluruh negara untuk mengajak rakyat hadir beramai-ramai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari, bagi menyatakan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jurucakap kempen Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kempen bermula 18 Disember lalu dengan melibatkan pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta pemuda Pakatan.

Menurut Shamsul kempen bermula di alam maya (twitter dan facebook) serta pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencetak 500,000 risalah kempen yang mengandungi kronologi kes dan kepincangan yang berlaku sepanjang perbicaraan berlangsung.

Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat penghakiman berhubung kes tuduhan liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes tersebut berlangsung hampir dua tahun ekoran Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.

“Dalam kempen ini kita mengajak rakyat untuk menunjukkan solidariti di mahkamah pada 9 Januari jam 7 pagi nanti. Saya juga menyeru seluruh rakyat tidak kira berada di mana pun tanpa mengira kedudukan mahupun kaum turut dalam kempen tersebut dan hadir memberi sokongan kepada Anwar.

“Kempen kita pelbagai bentuk daripada roadshow, risalah dan melalui media sosial. Ia satu gerakan rakyat yang melibatkan parti politik, NGO yang diketuai oleh PKR,” katanya yang juga Ketua AMK Malaysia.
Sementara itu, pada 31 Disember ini adalah kemuncak bagi kempen berkenaan dengan AMK diseluruh negara akan mengedarkan risalah yang mengandungi kepincangan fakta dan pendakwaan sepanjang kes dijalankan.

Program bersama pemuda Pakatan juga sudah disusun mengikut negeri, malah pertemuan bersama NGO yang terlibat juga selesai.

Namun ujar Shamsul, perkara itu akan dijelaskan dalam sidang media yang akan diadakan dalam masa terdekat.

2 comments:

Anonymous said...

Bangsat Betul parti PKR INI. Langsung tak hormat Mahkamah dan Undang-Undang.

Ya ALLAH Buka lah Mata dan Hati kaum Melayu dan ISLAM supaya tak terpedaya dengan DSAI ini.

Apa Penipuan dan Maksiat yang DSAI tak buat. MELIWAT dah 2 kali, Video Berzina dengan perempuan Cina, Pembohongan 16 September dan 35 Pemimpin Kanan, Ahli Parlimen dan ADUN keluar parti PKR.

Jangan terpedaya dengan DAJJAL ini.

Anonymous said...

Hari ini majlis pelancaran kempen bebaskan anwar 901 sunyi sepi dikelab Sultan Sulaiman menampakkan betapa rakyat tidak bersetuju dengan kelakuan seumpama ini.Budaya yang bertentangan dengan keluhuran perlembagaan bukanlah budaya rakyat malaysia.