Friday, March 30, 2012
Nik Aziz Berterima Kasih Kepada Kerajaan Pusat
Kerajaan Pas Kelantan hari ini menyatakan rasa terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang banyak membantu membangunkan negeri ini walaupun ia ditadbir oleh parti pembangkang.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui bantuan Kerajaan Persekutuan, negeri itu berjaya melaksanakan beberapa projek termasuk pembangunan Pelabuhan Tok Bali yang tercetus hasil perbincangan beliau dengan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
"Pertemuan saya dengan Dr. Mahathir pada 19 Ogos 1991 untuk membincangkan pembangunan negeri Kelantan terbukti selepas lebih 20 tahun apabila projek pembinaan pelabuhan perdagangan di Tok Bali dapat dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara pecah tanah pembinaan Pelabuhan Tok Bali, dekat sini, yang disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V. - UTUSAN
Labels:
Nik Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Baguslah....kalau pandai menghargai jasa orang yang pernah menolong kita....yang susah bukan jasa yang tak dikenang...malah dimaki hamun pula kerana berlainan idea politik ..ini yang buat anak buah sendiri jauh dari berterima kasih kepada orang yang pernah menolong dan memberi bantuan sebab ketua sendiri membisu seribu bahasa ....bukan susah sangat nak ucap terima kasih,tuuuu......kenang-kenanglah jasa orang kelak jasa kita dikenang orang.
Cakaaap banyaaaaaaaaaakkkk...!!!!
Post a Comment