Wednesday, May 23, 2012
KJ: Pakatan Tabur Janji Kerana Tak Yakin Jana Ekonomi
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka.
"Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy pada debat bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian di sini, sebentar tadi.
Memetik hujah Rafizi yang sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan yuran pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang.
Khairy turut mengulas hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah dilaksanakan sekarang.
Sebelum ini, dalam kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000.
Najib turut melaksanakan durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang peneroka Felda pada Mei lalu.
"Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran.
"BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang," kata beliau lagi.-SH
Labels:
Debat,
Khairy Jamaluddin,
PTPTN,
Rafizi Ramli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment