Sunday, June 24, 2012

Sukarelawan Pemuda BN: #BNYV Buka Ruang Kepada Anak Muda


‘Kecil tapak tangan…..nyiru kami tadahkan’…Begitulah kata-kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengalu-alukan orang muda untuk bersama parti itu dalam program Sukarelawan Pemuda BN atau BN Youth Volunteers (BNYV).

Menurut beliau peranan golongan berkenaan cukup penting sebagai pemimpin masa depan dalam menentukan hala tuju dan kemakmuran di negara ini terus dipertahakan agar negara terus cemerlang.

“Dalam keadaan hari ini, peranan orang muda cukup penting…Kalau sayangkan negara kita marilah kita sama-sama bersatu dengan satu semangat dan tekad untuk mempertahkan negara kita.


“Pembangkang boleh cakap apa sahaja pasal kerajaan..pasal parti dan tuduh macam-macam..Inilah masanya untuk golongan muda bersama-sama emabntu kita memulihkan imej yang ditohmah itu,” katanya.

Beliau seterusnya berkata parti mengalu-alukan penyertaan golongan berkenaan termasuklah dari kalangan lapangan pelbagai bidang kerana apa yang penting adalah untuk meamastikan kelangsungan parti terus cemerlang.

“Syabas dan tahniah kepada mereka yang menyertai program ini dan saya melihat ianya adalah satu tindakan yang baik dan kepimpinan parti bersedia menerima apa jua pandangan yang diutarakan kelak. Kita bersikap terbuka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sehari Bengkel Sukarelawan Pemuda BN yang melibatkan lebih 300 peserta kumpulan perantis pertama Sukaralelawan Pemuda BN atau BNYV yang diadakan di PWTC, di sini, hari ini.

Turut serta Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin, Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta pimpinan Pemuda parti komponen BN yang lain.

Pada majlis penuh santai itu Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO turut berkongsi beberapa perkara lain yang melibatkan parti dan kerajaan serta pelbagai isu semasa lain.


Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin pada sidang media sejurus berakhirnya bengkel tersebut berkata BNYV merupakan medan serta plaftorm kepada orang muda untuk bersama dengan BN.

“Kita percaya ramai anak muda di luar sana yang tidak minat kepada politik dan sebaganya tetapi ingin menyumbang dan membantu BN, namun tidak ada medan yang sesuai. Jadi inilah yang saya rasakan medan yang sesuai untuk mereka iaitu BNYV.

“Jika sebelum ini kita menggunakan saluran rasmi atau secara formal tetapi dengan adanya BNYV ini ianya adalah pilihan terbaik untuk golongan berkenaan. Dan saya percaya mereka ini dapat memainkan peranan untuk menarik rakan sebaya mereka yang lain bersama dengan kita.



“Dan ramai diluar sana yang berminat dengan program ini…Kita percaya jika kumpulan pertama hari ini yang merupakan kumpulan perantis disertai oleh kira-kira hampir 400, selepas ini tentunya akan lebih lagi,” katanya.

Pada masa yang sama Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO menegaskan BNYV bukannya untuk menggantikan jentera parti itu yang sedia ada di akar umbi seluruh negara sebaliknya BNYV adalah jentera tambahan.

“Ingin saya tegaskan BNYV ini bukannya untuk gantikan jentera tradisi kita. Ini adalah jentera tambahan yang mana jentera tambahan ini tidak ada politik langsung tetapi minat kepada BN.



“Dan pendaftaran BNYV ini sentiasa terbuka….tidak ada tarikh tutup dan penyertaannya adalah sepanjang masa dan mereka yang berminat amat kita alu-alukan,” katanya.

Bagi mereka yang berminat boleh mengikutinya menerusi http:www.facebook.combnyv2012 atau twitter @BNYV2012 atau emel pertanyaan anda di bnyv.workshop@gmail.com.

Untuk pertanyaan lanjut boleh juga menghubungi Unit Komunikasi Sukarelawan Pemuda BN, Loganesh Sivabalan, Tel : 010-210 8897 atau Ainul Aizat Ishak, Tel : 012 393 8884

Sumber: Umno-Online


Galeri gambar klik disini.. di sini dan di sini...

No comments: