Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ditahan polis pagi tadi berhubung isu NFC Corporation.
Dalam mesej kira-kira 7.30 pagi tadi, Rafizi menulis, "saya telah ditahan dibawah Bafia kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan dicaj di mahkamah Shah Alam."
"Sampai balai polis Hulu Kelang. BNM akan buat laporan polis sekarang dan rasanya dari situ ditahan secara rasmi," kata beliau dalam mesej seterusnya.
Rafizi telah disiasat di bawah BAFIA kerana didakwa mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.
No comments:
Post a Comment