Showing posts with label Lynas. Show all posts
Showing posts with label Lynas. Show all posts
Wednesday, November 14, 2012
Perarakan Hijau Kuantan-KL Untuk Menipu Rakyat
Kumpulan menentang Lynas yang memakai penyamaran sebagai aktivis alam sekitar dengan nama Himpunan Hijau, masih tidak berputus asa walaupun mahkamah telah menolak permohonan injunksi oleh pihak mereka kerana gagal membuktikan yang operasi kilang tersebut adalah merbahaya. Keputusan mahkamah tersebut telah disambut dengan kesyukuran dan linangan air mata oleh para pekerja Lynas yang majoritinya beragama Islam dan merupakan penduduk sekitar Gebeng.
Bertitik tolak dari itu, Himpunan Hijau yang majoritinya atau hampir seratus peratus adalah dari kaum Cina yang bukannya penduduk Gebeng, enggan mengalah dan terus berdegil untuk meneruskan penentangan.
Justeru, berbekalkan air liur dan cerita-cerita berkenaan mangsa bahaya radioaktif dalam kes-kes berasingan di tempat dan negara lain, Himpunan Hijau telah memulakan perjalanan sejauh 300 km selama 14-hari yang bermula hari ini, dari Kuantan ke Kuala Lumpur bagi meneruskan usaha menentang operasi kilang Lynas.
Mereka dijangka tiba di Dataran Merdeka pada 25 November sebelum meneruskan perjalanan ke Parlimen. Harapan mereka adalah untuk mengumpul lebih banyak sokongan dengan masuk ke kampung-kampung dan pekan-pekan di sepanjang perjalanan, untuk berkempen.
Apa yang pasti, kempen Himpunan Hijau adalah kempen yang berdasarkan auta semata-mata kerana mereka tidak punya sebarang fakta atau angka untuk membuktikan bahawa kilang Lynas adalah merbahaya. Apa yang mereka ada hanyalah cerita berkenaan nuklear, kesannya dan kisah-kisah mangsa yang terlibat dalam tragedi seumpamanya.
Namun, itu semua bukan fakta mengenai Lynas kerana Lynas bukanlah kilang nuklear dan tidak menghasilkan sisa radioaktif yang merbahaya. Kilang Lynas adalah kilang kimia biasa di mana walaupun terdapat sisa yang mampu membahayakan tetapi ianya adalah di paras yang jauh lebih rendah dari tahap yang diluluskan, serta sangat terkawal.
Tahap keselamatan kilang ini telah diakui dan diluluskan oleh badan-badan antarabangsa yang bertanggungjawab terhadap isu-isu radioaktif, atom dan nuklear. Kilang Lynas telah diiktiraf sebagai antara kilang nadir bumi tercanggih di masa ini. Dengan kewujudannya di Gebeng, Malaysia bakal menjadi pesaing utama kepada pengeluar utama dunia iaitu negara China. Sekali gus, mampu melonjakkan ekonomi Malaysia secara drastik memandangkan nadir bumi adalah bahan asas yang penting dalam pembuatan dan penghasilan barangan berteknologi tinggi dan canggih.
Dengan kepesatan pembangunan teknologi terkini, tiada siapa yang dapat menjangkakan sejauh mana impak yang bakal dibawa oleh Lynas kepada Malaysia dari segi ekonomi dan juga pembangunan teknologi. Melihat di luar konteks pembuatan dan pulangan pendapatan, tidak mustahil kewujudan kilang ini juga bakal menjadi pemangkin kepada kelahiran pakar teknologi dan inovasi dari negara ini.
Mengambil-kira semua fakta ini, maka tidak hairanlah Lynas menjadi kontroversi. Potensi hebat Lynas menjadikan ia sasaran berbagai pihak yang berkepentingan dalam berbagai bidang dan industri dan dari berbagai negara.
Inilah yang menyedihkan kita iaitu apabila sebahagian dari rakyat negara ini sendiri yang sanggup menjadi dalang untuk menggagalkan sesuatu yang baik untuk negara. Lebih sedih lagi apabila ada yang mudah diperdaya dengan cerita kosong serta enggan mengambil-kira fakta yang sah.
Himpunan Hijau sanggup berjalan 300km hanya untuk menipu seramai yang boleh bagi mencapai matlamat yang sebenarnya merugikan negara dan rakyat. Dari tindakan ini juga mereka cuba menimbulkan keraguan terhadap kerajaan serta menunjukkan sikap memperkecilkan keputusan mahkamah.
Antara aktivis kumpulan ini, iaitu Wong Tack, cuba meyakinkan kita kononnya perjalanan ini bukanlah sesuatu yang dirancang, tetapi telah mendapat sokongan secara spontan.
Entah siapa yang begitu bodoh akan mempercayainya sedangkan kita tahu bagaimana kumpulan ini beroperasi selama ini? Kita tahu mereka pernah mengadakan demonstrasi dan program di beberapa tempat dengan bahan-bahan kempen, t-shirt dan logistik yang tersusun.
Selain itu, walaupun ramai kaum Cina yang menjadi penentang kerajaan, mereka selalunya enggan berdemonstrasi bersama-sama dengan puak penentang kerajaan yang lain dalam ‘memperjuangkan’ isu-isu yang kononnya isu rakyat. Malah, dalam isu BERSIH juga, tidak ramai kaum Cina yang sanggup turun berpanas dan menahan pedih mata bersama-sama juak-juak PAS dan PKR. Jika adapun, mereka hanya turun sebentar sahaja, sebagai syarat agar ‘nampak muka’, kata orang.
Tetapi, entah kenapa dalam isu Lynas, kaum ini cukup tegar sehingga sanggup berjalan begitu jauh sekali selama berhari-hari. Tidak mungkin kerana mereka benar-benar prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan atau nyawa rakyat Gebeng kerana sejak bila pula puak kiasu ini prihatin terhadap sesiapa yang tiada kena mengena dengan mereka?
Justeru, apakah sebabnya, atau lebih tepat, apakah agaknya imbuhan atau ganjarannya yang membuatkan mereka sanggup melakukannya?
Friday, November 9, 2012
Lynas Boleh Beroperasi: Fakta Tetap Mengatasi Auta
Mahkamah Tinggi telah memutuskan semalam bahawa Lynas Advanced Material Plant (LAMP) boleh memulakan operasi sekali gus menolak permohonan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut.
Pihak yang menentang Lynas yang menamakan diri mereka sebagai ‘penduduk Kuantan’ diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, menyatakan akan membuat rayuan supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP dalam masa dua hari.
Yang menghairankan ialah ‘penduduk Kuantan’ ini terdiri secara majoritinya dari kaum Cina.
Manakala, kumpulan pekerja dan penyokong Lynas pula majoritinya adalah Melayu. Ketika keputusan diumumkan, kira-kira 500 orang yang rata-ratanya beragama Islam itu turut berulang kali melaungkan takbir sebagai tanda meraikan kejayaan sebaik sahaja dimaklumkan keputusan Hakim, Datuk Mariana Yahya yang memihak LAMP.
Ramai di antara kalangan pekerja tersebut menangis dan menadah tangan berdoa tanda bersyukur kepada Allah SWT di atas keputusan itu yang sekali gus menjamin periuk nasi mereka tidak terjejas.
Secara logiknya, pekerja-pekerja di sesebuah kilang adalah merupakan penduduk di sekitar kawasan berdekatan. Ini kerana objektif sesebuah pelaburan adalah juga untuk memberi pekerjaan kepada penduduk setempat, selain membangun kawasan itu dan menjana kewangan negara.
Justeru, siapakah mereka yang menentang Lynas dan memakai nama ‘penduduk Kuantan’ itu jika mereka bukan terdiri dari penduduk sekitar? Dan apakah sebenarnya motif mereka?
Selama ini yang menjadi juara isu Lynas adalah PKR dan kaum Cina. Kesungguhan mereka menentang Lynas dan menolak bukti-bukti saintifik yang dibentangkan oleh pakar antarabangsa, menimbulkan kehairanan dan syak wasangka. Mereka telah melakukan berbagai-bagai usaha di merata tempat secara tersusun sekali gus membuktikan terdapat penaja atau dalang di belakang mereka. Namun, dengan segala usaha dan dana yang ada, pihak mereka masih tidak dapat membentangkan hujah balas atau bukti saintifik juga bagi mengesahkan tuduhan mereka bahawa Lynas tidak selamat.
Maka jelas sekali bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah satu penentangan kosong, kalau pun tidak mempunyai agenda atau motif tersirat. Ia bukan berkenaan alam sekitar, jauh sekali prihatin terhadap kesihatan penduduk Gebeng. Lagipun, sejak bila kita mendengar kaum kiasu ini prihatin terhadap nasib kaum lain? Apakah niat mereka sebenarnya?
Penulis bukan berniat untuk menjadi prejudis perkauman, tetapi sikap kiasu kaum ini sudah terbukti di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan juga di Singapura. Selain itu, sesiapa sahaja yang pernah melalui pengalaman bekerja di bawah golongan ini pasti tahu apa yang penulis maksudkan.
Namun, sikap mereka bukanlah isu. Isunya ialah kenapa dan mengapa mereka sanggup berhabis-habisan, mengerahkan tenaga dan masa untuk menegakkan sebuah auta?
Apakah benar ia hanya strategi mencari publisiti bagi politik PKR atau PR? Atau apakah ia ada kena mengena dengan ancaman kilang ini terhadap dominasi negara China sebagai pengeluar nadir bumi terbesar?
Melihat dari apa yang berlaku, tampak seolah-olah PKR atau PR hanya menumpang isu untuk menghentam kerajaan dan tidak lebih dari itu. Apa yang lebih jelas ialah ia merupakan satu agenda kaum Cina untuk menggagalkan operasi kilang ini sekali gus memburukkan imej kerajaan Malaysia selain mengganggu kestabilan dalam negara.
Motif? Sukar dipastikan. Tetapi jika ia adalah untuk menjaga kepentingan negara China, maka tidak hairanlah kenapa kesetiaan mereka terhadap negara ini masih menjadi tanda-tanya.
Buat masa ini, kita turut tumpang bergembira dan bersyukur kerana kilang itu sudah boleh beroperasi dan ini bermakna ramailah yang bakal berpeluang mencari rezeki.
Wednesday, September 12, 2012
Lynas: Kegagalan Fuziah Bangkitkan Kemarahan Anwar
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Pakatan Rakyat telah benar-benar ketandusan isu untuk menghadapi PRU-13. Segala isu yang dikitar semula seperti hudud juga nampaknya memakan diri sendiri. Malah, isu yang dicipta contohnya, fitnah-fitnah terhadap Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah juga tidak membawa ke mana. Habisnya, mereka yang kantoi dan seluruh agenda dan dalang di belakang mereka terbongkar. Antaranya, kes mengenai cincin yang kononnya berjuta-juta, pembunuhan Altantuya, rasuah dalam pembelian scorpene serta latarbelakang SUARAM.
Kini, apa yang PR mampu lakukan untuk terus berdiri sementara menunggu PRU ialah menebalkan muka untuk terus menafikan segala apa yang telah terkantoi, serta terus memainkan isu-isu tersebut seolah-olah ia masih relevan dan belum selesai.
Dan inilah yang PR sedang lakukan dalam isu kilang Lynas di Gebeng yang dijuarai oleh Fuziah Salleh, Ahli Parlimen PKR Kuantan. Fuziah terus berdegil menentang Lynas, walaupun kilang tersebut telah pun dibuktikan oleh segala macam pakar dan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan, sebagai tidak merbahaya untuk manusia, haiwan dan alam sekitar.
Fuziah telah bertindak menolak segala laporan saintifik dengan menggunakan air-liurnya.
Sedangkan, membahaskan isu mengenai bahan radioaktif, kimia dan nuklear tidak boleh hanya berdasarkan pendapat, contoh terasing, gerak hati dan juga emosi. Ini kerana, ia adalah isu saintifik yang mana permasalahannya boleh dibentangkan secara terperinci serta dibuktikan, jika perlu, tanpa boleh dimanipulasi.
Difahamkan, Fuziah telah diarahkan untuk terus menghidupkan isu Lynas dan memastikan Lynas tidak beroperasi walau apapun terjadi. Anwar Ibrahim sendiri memberitahu Fuziah agar menjaga ‘air muka’ PR dan terus menjadikan Lynas satu isu besar sehingga PRU nanti.
Jika tidak, Anwar khuatir rakyat mula membuka mata bahawa PR sengaja mempolitikkan Lynas untuk memburukkan kerajaan sedangkan kilang tersebut jelas tidak merbahaya.
Kerana itulah walaupun media pro-PR iaitu Free-Malaysia-Today (FMT) telah terpaksa mengaku kalah dan meminta maaf kepada Lynas kerana menulis bahawa Lynas adalah merbahaya, PR tetap tegar membuat tuduhan yang sama. Harapan mereka, rakyat akan terlupa akan permohonan maaf FMT dan percaya bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah berasas.
Apabila Lynas mendapat lesen beroperasi sementara, Anwar dikatakan berang dan menyalahkan Fuziah atas kegagalan PR menghalangnya. Maka Fuziah dipaksa untuk meneruskan rayuan di mahkamah untuk menghentikan terus operasi Lynas.
Memandangkan sejak dari awal lagi Kumpulan Anti Lynas tidak mampu berhujah dengan fakta dan bukti bagi meyakinkan mahkamah bahawa Lynas adalah merbahaya, maka tidak hairanlah jika rayuan mereka kalah lagi.
Fuziah dan PKR serta Anwar tahu bahawa mereka tiada kredibiliti dan tiada asas untuk terus menentang Lynas tetapi apakan daya, mereka perlu terus memainkan isu yang tidak ada demi memastikan parti mereka kelihatan relevan di mata rakyat.
Sumber dalaman memberitahu bahawa Anwar telah memarahi Fuziah dengan teruk sekali kerana gagal menjalankan tugas dengan baik. Dan Fuziah pula berazam untuk memulihkan imejnya di mata Anwar dan ingin membuktikan bahawa beliau bukannya seorang ‘loser’.
Oleh itu, sepertimana BERSIH diteruskan walaupun hampir semua dari tuntutan BERSIH telah diterima kerajaan, begitulah juga Fuziah akan meneruskan tentangan terhadap Lynas. Untuk ini, Fuziah perlu terus berlakon bodoh, pekak badak dan buta tuli seolah-olah tidak memahami ayat mudah bahawa ‘kilang Lynas tidak merbahaya’.
Dari satu segi, benarlah kata Anwar bahawa Fuziah adalah ‘loser’. Ini kerana hanya seorang ‘loser’ sahaja yang sanggup terus berlakon bodoh demi satu matlamat yang bodoh juga iaitu menghentikan operasi kilang yang bakal memberi keuntungan kepada penduduk sekitar dan juga negara.
Wednesday, July 18, 2012
Lynas: 20,000 VS 28 juta rakyat
Pada 14 Julai lalu, sebuah NGO yang menamakan diri mereka Save Malaysia, Stop Lynas (SMSL) telah mengadakan undian di 19 buah bandar dan pekan di seluruh Malaysia bertujuan untuk mencari jumlah sokongan terhadap usaha mereka menentang operasi kilang Lynas di Kuantan.
Kesemuanya 28 lokasi di Malaysia yang dijadualkan menyertai program tersebut tetapi hanya 19 tempat sahaja yang mengadakan undian manakala tempat-tempat lain mengadakan aktiviti seperti mengumpul tandatangan, piket dan ‘flash mob’.
Undian yang yang bermula pada jam 5 petang dan ditutup pada jam 9 malam mendapati 20,194 orang mengundi menentang Lynas sementara hanya 6 yang menyokong.
Berdasarkan pengiraaan ini, SMSL di dalam laman web rasmi mereka telah secara tidak langsung seolah-olah mengisytiharkan bahawa majoriti rakyat Malaysia menentang Lynas!
Persoalannya, bagaimana SMSL mengira 20,194 sebagai majoriti sedangkan rakyat Malaysia keseluruhannya ialah 28 juta orang? Secara pecahannya pula, dari keseluruhan 19 kawasan membuang undi dan SMSL hanya mampu mendapat sokongan dari lebih kurang 20,000 orang bermakna, secara puratanya tidak sampai 1,000 orang yang menentang Lynas di satu-satu tempat.
Justeru, apakah layak dikatakan 1,000 sebagai suara majoriti setempat? Berapa ramaikah penduduk di setiap tempat membuang undi tersebut?
Hakikatnya, 20,000 dari 28 juta adalah angka yang memalukan bagi SMSL. Lebih buruk, undian juga menunjukkan dari kelompok bangsa yang sama iaitu Cina iaitu tidak menggambarkan pendirian realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Lebih dari itu, apakah jaminan yang proses pengundian yang dijalankan oleh SMSL adalah adil? Bagaimana kita memastikan yang tiada ahli-ahli SMSL yang membuang lebih dari satu undi? Apakah mereka menggunakan dakwat kekal? Sistem Biometrik? Atau menggunakan prosedur apa?
Siapakah yang memantau proses pengundian SMSL? Kenapakah undian dibuat secara ‘main pondok-pondok’ sedangkan di masa yang sama sebahagian besar pihak penganjur memakai baju kuning BERSIH yang kononnya amat mementingkan sistem pengundian yang bersih? Di manakah prinsip undian yang bersih yang dilaungkan mereka jika tiada pemantau dan tiada prosedur rasmi yang diwartakan?
Dan bolehkah kita mempercayai SMSL jika program pengudian tersebut juga dicampur aduk dengan isu kematian Teoh Beng Hock, di mana gambar mendiang menghiasi banner dan kotak undi di dalam program ini? Sedangkan Teoh Beng Hock bukannya meninggal dunia kerana terdedah kepada radioaktif Lynas tetapi kerana terjebak menjadi ‘kunci’ yang boleh membongkar skandal rasuah DAP di Selangor.
Lalu, bagaimana kita mempercayai pihak yang sanggup mempolitikkan kematian ‘orang mereka sendiri’ demi untuk menutup skandal rasuah yang dilakukan oleh parti politik yang disokong mereka?
Semua ini menunjukkan yang SMSL bersikap dwi-standard, tidak adil, tiada integriti, tiada moral sekali gus, tidak layak mempersoalkan apa-apa jua termasuk Lynas.
Kesimpulannya kini, terbuktilah sudah bahawa HANYA 20,000 ORANG YANG MENENTANG LYNAS berbanding 28 juta rakyat Malaysia. Dengan itu, secara rasminya diisytiharkan bahawa SMSL telah kalah atau telah gagal sama sekali. Dan jika benar SMSL memperjuangkan Malaysia yang “adil dan selamat” seperti yang tertulis di banner mereka, maka mereka perlu menerima keputusan demokrasi ini dengan matang dan tenang. Kata orang, dah kalah, buat cara kalah, jangan lagi terkinja-kinja membuat bising, mengganggu semua orang.
Saturday, May 19, 2012
Fuziah Salleh Temui Bukti Saintifik Radiasi Lynas
Monday, May 14, 2012
Thorium Lynas Tidak Berbahaya
SAYA terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan yang berlaku berpunca daripada cadangan untuk membangunkan loji memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.
Titik tolak kegelisahan ini adalah kewujudan thorium yang terdapat dalam bahan mentah yang akan diproses. Untuk pengetahuan pembaca, thorium juga terdapat dalam amang (tahi bijih timah). Di sini saya ingin menyatakan beberapa fakta yang dipersetujui oleh masyarakat sains sejagat.
Thorium secara semula jadi mempunyai satu isotop (Thorium 232) dan ia mempunyai separuh hayat 14 bilion tahun. Ia mereput dan menghasilkan zarah alfa dan zarah itu mempunyai tenaga empat MeV. Tiada keraguan tentang fakta-fakta tersebut. Di sini saya ingin menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut.
Separuh hayat selama 14 bilion tahun bererti separuh daripada thorium yang ada akan mereput dalam masa 14 bilion tahun. Separuh lagi masih utuh. Kalau Lynas dikatakan akan memproses 22,000 tan galian dan kandungan thorium adalah 10 peratus, mengikut anggaran Save Malaysia Stop Lynas (SMSL). Bermakna akan wujud 2,200 tan thorium. Separuh daripadanya (1,100 tan) akan mereput. Sekiranya reputan berlaku dalam 1 bilion tahun, purata reputan harian adalah tiga miligram (mg). Sekiranya reputan berlaku dalam 10 bilion tahun, purata reputan harian adalah 0.3 mg.
Kesimpulannya daripada 22,000 tan yang diproses, purata yang mereput adalah kurang daripada 0.3 mg sehari. Angka 0.3 mg adalah tiga gram dibahagi dengan 10,000. Adakah amaun ini boleh membunuh atau memusnahkan alam sekitar?
Fakta seterusnya, zarah alfa yang dipancarkan mempunyai tenaga sebanyak empat MeV. Zarah ini boleh merentasi udara sejauh 2.5 sentimeter atau satu inci. Ini bererti udara setebal satu inci sudah cukup menjadi perisai untuk melindungi kita dari thorium yang mereput. Thorium yang tidak mereput adalah tidak berbahaya.
Dalam air, sinaran alfa merentasi kurang daripada satu mikron. Angka ini merujuk kepada satu milimeter dibahagi dengan 1,000 dan ia terlalu nipis. Zarah alfa dari reputan thorium tidak akan dapat menembusi kulit kita (andaian bahawa kandungan badan manusia adalah 90 peratus air). Kalau sinaran itu tak sampai kepada kita dan jikalau sampai pun, ia tidak dapat menembusi kulit kita, jadi apa masalahnya?
Saya memohon kepada sesiapa yang menulis tentang keburukan thorium, tolonglah tulis berlatarbelakangkan fakta. Cerita mesti konsisten dengan fakta sains. Saya mengakui bahawa setiap pembaharuan mempunyai risiko. Saya bersedia untuk berganding bahu dengan SMSL memantau loji Lynas di Gebeng dan saya akan menjadi orang pertama untuk menyatakan kepada khalayak ramai sekiranya ada pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Akan tetapi saya tidak akan berdiam diri sekiranya rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan.
Satu fakta lagi yang perlu di nyatakan adalah thorium wujud dalam bentuk sebatian kimia thorium dioksida, thorium sulfat dan beberapa bentuk lain. Sebatian ini didapati tidak larut dalam air dan ketumpatannya adalah sekitar 10 kali ganda ketumpatan air. Mencampurkan sebatian ini dengan air adalah seperti mencampurkan besi dengan air. Besi terus mendap ke bawah. Air yang digunakan Lynas di Gebeng akan disimpan beberapa hari sebelum dilepaskan. Ini bermakna sebatian thorium akan mendap.
Saya ingin penjelasan daripada SMSL. Sains dan teknologi apa yang boleh menyebabkan perairan di Laut Cina Selatan menjadi seperti apa yang berlaku di Fukushima, Jepun? Bagaimanapun, saya mengakui 'habuk' daripada bijih atau galian dari Australia itu boleh membawa risiko. Garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menekankan keselamatan semasa pengangkutan dan pemprosesan berlaku. Saya pasti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengenakan syarat yang ketat dalam hal ini.
Dalam wacana ilmiah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 Mac 2011, Pengerusi AELB, Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani menyatakan sekiranya Lynas melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan, AELB akan mengeluarkan perintah 'Hentikan Operasi'.
Harus diingatkan ketumpatan udara adalah lebih sedikit daripada ketumpatan gas nitrogen yang berat molekulnya 28 gram (gm) per mol. Berat molekul thorium dioksida adalah (232 + 32 >264) gm per mol. Berdasarkan angka 264 gm per mol berbanding 28 gram per mol sudah pasti habuk thorium dioksida tidak akan wujud lama sebagai habuk dalam udara. Lebih cepat penurunan kewujudan habuk thorium sekiranya hujan. Kajian mengenai kanser paru-paru harus dijalankan untuk mengetahui kesan thorium kepada kesihatan. Kajian darah yang dicemari oleh thorium juga harus dilakukan sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.
Saya tertarik dengan langkah Himpunan Hijau yang berkunjung menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada Mac lalu. Di dalam memorandum yang diberi, mereka meminta kerajaan Singapura menyatakan kebimbangan terhadap Lynas. Himpunan Hijau juga menyatakan kebimbangan makanan laut dari Kuantan yang dihantar ke Singapura akan mengandungi unsur radioaktif. Ironinya, Perdana Menteri Singapura pernah berhasrat membina janakuasa nuklear berasaskan bahan api thorium iaitu 'Liquid Fluoride Thorium Reactor (LFTR)' dengan alasan ia tidak berbahaya dan efisien. Cadangan itu dimasukkan dalam pelan induk pembangunan tenaga republik itu. Cuba layari artikel "Thorium for Singapore" di www.thoriumsingapore.com.
SMSL mahukan zon penampan Lynas adalah 30 kilometer (km) daripada penempatan penduduk. Oleh kerana susah hendak mencari mana-mana kedudukan di republik itu yang jauhnya melebihi 30 km dari Malaysia, saya cabar mereka membuat demonstrasi di sepanjang Selat Tebrau, Johor bagi menyatakan pendirian membantah janakuasa nuklear tersebut.
Jadi, apakah pendirian Himpunan Hijau sekarang. Masihkah hendak menyembah pemimpin Singapura untuk menyelesaikan masalah thorium di Gebeng?
Loji Lynas adalah kilang kimia dan ia sangat kecil jika dibandingkan dengan janakuasa nuklear yang akan dibina oleh Singapura. Thorium dari Australia adalah 1,900 bahagian per sejuta (ppm) atau 0.19 peratus tulen. Nanti di Singapura, thorium yang diguna adalah 100 peratus tulen. Adakah Himpunan Hijau akan diam seribu bahasa?
Perbuatan mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura adalah paling melucukan. Saya ingin juga menarik perhatian kepada mereka yang menggunakan lampu minyak gas. Mentol yang digunakan menggunakan thorium. Saya ingin tahu apakah pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong SMSL setelah mengetahui fakta ini. Lampu minyak gas inilah yang menerangi kota, desa dan pelbagai jenis kediaman lebih daripada satu abad. Thorium yang digunakan dalam mentol ini 99 peratus dan thorium di Gebeng nanti tak sampai satu peratus.
Di laman sesawang pihak Singapura itu kita akan mendapati kata-kata aluan "Welcome to the Future".
Adakah kita akan menolak hakikat ini hanya berdasarkan hujah harga hartanah di Kuantan akan merudum hingga tiada nilainya. Harga hartanah di Singapura adalah beratus atau beribu ganda lebih tinggi berbanding nilai hartanah di Kuantan.
Loji nuklear akan dibina di tengah bandar raya Singapura, sedangkan Lynas di Gebeng. Kalau menggunakan ukuran 30 km dari kediaman yang dituntut SMSL, mana Singapura nak cari tempat sedemikian.
Pandangan rakyat dan kerajaan Singapura nampaknya berbeza sekali dengan pihak pembangkang. Oleh itu, benarkah kita ini lebih maju dalam pengetahuan sains berbanding dengan mereka?
*DR. A. RAHMAN OMAR ialah lulusan Doktor Falsafah (PhD) Fizik Nuklear daripada Kansas State University, Amerika Syarikat.
Monday, April 9, 2012
Loji Lynas Merbahaya Satu Pembohongan
Isu kilang Lynas masih belum reda walaupun penjelasan demi penjelasan telah diberikan beserta dengan bukti-bukti saintifik, lengkap dengan kelulusan dari Atomic Energy Licensing Board (AELB) dan International Atomic Energy Agency (IAEA) yang mengesahkan bahawa kilang tersebut adalah selamat.
Pihak-pihak yang menentang Lynas nampaknya mengambil sikap ‘pekak badak’ iaitu menutup telinga sambil mulut tidak habis-habis membuat bising. Bagi sesiapa yang pernah bekerja dengan puak chauvinis dan rasis, pasti sudah biasa berhadapan dengan sikap ‘pekak badak’ sebegini. Apabila dikritik, atau apabila sifat rasis mereka terdedah, mereka hanya akan ‘buat-buat bodoh’ sahaja seolah-olah tidak bersalah dan tidak terlibat langsung.
Begitulah halnya apabila puak penentang Lynas ini dijemput melawat kilang tersebut, mereka telah menolaknya. Apabila diminta membawa perkara ini ke mahkamah untuk mendapatkan injunksi bagi menghalang operasi, pihak penentang Lynas enggan pula. Malah AELB dan IAEA, iaitu badan tertinggi antarabangsa dalam soal atom dan nuklear juga dituduh mereka sebagai penipu atau korup belaka.
Puak ini nampaknya lebih selesa membuat bising di jalanan, membuat demonstrasi besar-besaran dan terus memainkan isu kononnya kilang Lynas berisiko membawa pencemaran radioaktif di dalam media, terutama media yang berbahasa Cina.
Maka jelaslah bahawa penentangan mereka mempunyai motif tersirat. Bagi memahami motif ini, kita harus terlebih dahulu mengetahui siapakah sebenarnya mereka ini.
Penentang Lynas memakai topeng pencinta alam dan bergerak atas nama Himpunan Hijau. Namun, semua ini hanyalah penyamaran semata-mata. Mereka sebenarnya terdiri dari pembangkang terutamanya DAP atau lebih tepat lagi kaum Cina. Ini kerana, terdapat beberapa golongan di dalam MCA juga mengambil pendirian yang sama dengan DAP serta enggan menerima penjelasan saintifik dari pihak-pihak yang berkenaan. Selain MCA dan DAP, PKR juga memainkan peranan penting dalam isu ini sebagai balaci setia pengampu kaum Cina demi undi dan publisiti.
Tetapi, kenapa kaum Cina yang begitu beria-ia dengan Lynas berbanding kaum lain? Kenapa Lim Guan Eng sendiri dengan bangga menyatakan bahawa kaum Cina bersatu dalam isu Lynas? Kenapa?
Kerana ia ada kena mengena dengan semangat cintakan negara asal nenek moyang mereka, iaitu China. Negara China merupakan pengeluar terbesar nadir bumi iaitu membekalkan 95% - 97% dari keperluan dunia. Dengan pembinaan kilang Lynas di Malaysia, dominasi pengeluaran nadir bumi oleh negara China akan terpecah dan inilah yang menjadi masalah bagi kaum Cina.
Tidak mustahil adanya gerakan sepadu antara pihak di China dengan kaum Cina di Malaysia untuk memastikan kepentingan negara China dipertahankan. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, kaum Cina telah sepakat untuk menghalang Lynas dari beroperasi dengan apa cara sekali pun.
Apa yang berlaku menunjukkan bahawa isu Lynas adalah lebih dari satu lagi ‘political stunt’ bagi pembangkang meraih publisiti dan undi. Isu Lynas telah membongkar sikap sebenar majoriti kaum Cina di Malaysia yang tidak pernah mencurahkan kesetiaan kepada negara ini dan masih mengikat diri mereka kepada negara asal.
Bukan mereka tidak tahu bahawa Lynas akan menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak RM8 billion setahun dengan peningkatan yang pasti setiap tahun. Justeru, tindakan mereka menentang Lynas bolehlah ditafsirkan sebagai mengsabotaj ekonomi negara sendiri atau dalam ertikata lain, sebagai pengkhianat.
Logiknya, jika kilang memproses nadir bumi begitu merbahaya, kenapakah China sebagai pengeluar utama tidak pula mengalami apa-apa masalah sama ada dari segi bantahan penduduk mahupun bencana radioaktif selama ini?
Begitu juga dengan Australia, Perancis, India, Amerika dan Russia yang juga mempunyai kilang yang sama di negara mereka, tidak pernah lagi mengalami bencana yang berpunca dari pemrosesan nadir bumi. Malah, bantahan dari penduduk juga tidak didengari.
Lalu, kenapakah hanya apabila ia dibuka di Malaysia dengan kemampuan untuk menyaingi China maka memproses nadir bumi tiba-tiba menjadi sesuatu yang amat kontroversi?
Sesungguhnya, akal yang waras akan mampu melihat bahawa tidak mungkin kepimpinan Barisan Nasional begitu bodoh akan membenarkan sebuah kilang yang merbahaya dibuka di Malaysia. Adalah tidak masuk akal bagi kerajaan BN untuk sengaja merisikokan alam sekitar dan kesihatan rakyat hanya untuk menambah pendapatan negara - terutamanya ketika negara sedang mengalami demam pilihanraya.
Hakikatnya, BN telah terbukti sebagai kerajaan yang bertanggungjawab selama ini dan ini sudah cukup untuk meyakinkan ramai bahawa penentang Lynas sememangnya mempunyai agenda jahat yang tersirat.
Wednesday, March 21, 2012
Isu Lynas: DAP Alat Negara Luar Bagi Mensabotaj Ekonomi Negara Kita!
PENULIS sedikit hairan kenapa DAP bersungguh-sungguh menentang penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Balok, Pahang. Parlimen ialah tempat wakil-wakil rakyat bersidang, dimana lagi tempat yang sesuai untuk menggambarkan sama ada rakyat menyokong atau tidak penubuhan kilang tersebut kalau bukan di Parlimen?
Ini kumpul orang ramai-ramai, angkut naik bas ke Kuantan dan kemudian gebang besar kata rakyat membantah penubuhan Lynas. Walhal berapa ramai orang disitu dibanding dengan rakyat Malaysia sehingga nak diiktiraf perhimpunan itu mewakili suara rakyat? Lainlah kalau di Parlimen, itu baru betul mewakili suara rakyat.
Penulis jadi tak hairan kalau DAP takut kebenaran mengenai Lynas ini terdedah kepada umum. Maklumlah, sudah banyak pembohongan yang dilemparkan DAP lanjutan dari penubuhan kilang Lyans ini, sudah tentu mereka tidak mahu dimalukan dengan perbahasan mengenai kebenarannya di Parlimen pula.
Sudah sampai masanya rakyat disedarkan bahawa mereka sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh DAP dalam soal penubuhan kilang Lyans ini. Sudah sampai masanya tembelang DAP ini dipecahkan, dan sudah sampai masanya juga dalang dibelakang bantahan DAP ini didedahkan kepada umum.
Secara ringkasnya beginilah. Bantahan DAP adalah mewakili gabungan pengeluar nadir bumi di negara asal nenek moyang mereka yang berasa terancam dengan kehadiran Lynas. Kelompok inilah yang selama ini mengawal pasaran, bakal terjejas dengan teruk dengan kehadiran Lynas dan DAP menjadi ejen mereka di Malaysia untuk membantah penubuhan Lynas.
Jangan salah faham, ini bukan tentang persaingan harga. Produk nadir bumi yang bakal dikeluarkan Lynas adalah jauh lebih mahal daripada harga yang dikeluarkan negara pengeluar yang memonopoli pengeluaranya sekarang. Tapi ini tentang kualiti dan kesannya kepada alam sekitar yang lebih memihak kepada produk keluaran Lynas serta memudahkannya menembusi pasaran Eropah.
Yang kita didendangkan kononnya bantahan ini ada kaitan dengan alam sekitar dan sebagainya tu hanyalah cubaan untuk mengalihkan perhatian dari motif sebenar.
Kalau nak kira radiokatif, radiasi dan nuklear, lebih baik Fuziah Salleh yang diperalatkan DAP itu mengadakan bantahan di loji nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi. Kebetulan Bangi juga adalah Fuziah Salleh bermaustatin, bukan di Pahang. Itu baru betul isu nuklear, yang di Lynas ini bukan kilang nuklear pun hanya kilang kimia biasa.
Kenapa Fuziah tidak mengadakan demonstrasi disitu atau Himpunan Hijau yang digebang hebat sangat tu?
Sebab Fuziah bukan tahu apa benda, dia hanya diperalatkan parti cauvanis cina DAP, atau nampak sangatlah isu ini bukan berkenaan alam sekitar tapi mengelakkan periuk nasik nenek moyang pemimpin DAP di Tanah Besar sana terjejas olehnya. Iu belum lagi kita bercakap tentang sokongan ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, YB Dr. Che Rosli yang juga seorang pakar nuklear ke atas pembinaan Lynas di Malaysia.
Ini bukan ahli Parlimen BN pun tapi PAS dan beliau turut sama membantah penipuan dan pembohongan yang dilemparkan partinya sendiri serta rakan gabungan dalam Pakatan Harami, DAP mengenai Lynas ini dengan ilmu, bukan retorik.
Tuan tuan, ini belum lagi DAP jadi kerajaan atau sebahagiah dari kerajaan Malaysia, DAP sudah sanggup menjadi alat negara luar untuk mensabotaj ekonomi negara kita. Bayangkanlah kalau mereka sudah jadi sebahagian dari kerajaan besok. Isu ini sebenarnya lebih besar dan bersifat perkauman dengan DAP menjuarainya. Yang bodoh-bodoh macam Fuziah Salleh dan Khalid Samad ini hanya nampak duit dan kuasa sehingga sanggup diperalatkan DAP.
Sebab itu penulis dimaklumkan semalam, yang hebat membantah di Parlimen adalah ahli Parlimen DAP. Kenapa mengapa? Rujuklah fakta di atas.
Kiriman artikel Beruang Biru
Tuesday, March 20, 2012
Lynas: MP BN Ajak Debat Luar Dewan
Kekecohan di dalam Dewan Rakyat berlarutan sehingga ke luar dewan apabila Ahli Parlimen Mambong (BN) James Dawos Mamit mengajak wakil rakyat Kuala Selangor (Pas) Dr. Dzulkefly Ahmad berdebat di luar.
Dzulkefly ketika ditemu bual wartawan di luar dewan, ditegur Mawit dengan nada beremosi mengajak berbincang secara bersemuka dengannya dan tidak hanya pandai memboikot tindakan kerajaan yang ingin penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk meneliti isu nadir bumi Lynas di Gebeng.
Pelawaan itu disambut baik Dzulkefly yang ketika itu bersama Ahli Parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh.
Perang mulut antara wakil rakyat BN dan Pas itu berlanjutan sehinggakan temubual itu terpaksa dihentikan.
Bagaimanapun, tindakan Dzulkefly menenangkan James sehingga mengiringinya ke kereta meredakan keadaan.
Dzulkefly menyifatkan perselisihan faham seperti itu adalah perkara biasa apabila menyentuh isu-isu besar seperti projek nadir bumi ini.
Beliau ketika ditanya, apakah perasaan apabila Mawit menuding jari ke arahnya berkata:
“Saya tidak mengambil serius tentang perkara itu kerana pada saya semua orang beremosi apabila berbicara tentang isu Lynas ini,”
“Dan jika benar beliau mahu berdebat dengan saya tentang hal ini, saya bersedia… walaupun saya bukanlah orang terlalu pakar dalam hal ini, namun dengan sedikit pengalaman dan ilmu yang saya ada.. Saya terima untuk berdebat,” kata pakar toksikologi dari Universiti Sains Malaysia.
Dzulkefly ketika ditemu bual wartawan di luar dewan, ditegur Mawit dengan nada beremosi mengajak berbincang secara bersemuka dengannya dan tidak hanya pandai memboikot tindakan kerajaan yang ingin penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk meneliti isu nadir bumi Lynas di Gebeng.
Pelawaan itu disambut baik Dzulkefly yang ketika itu bersama Ahli Parlimen Kuantan (PKR), Fuziah Salleh.
Perang mulut antara wakil rakyat BN dan Pas itu berlanjutan sehinggakan temubual itu terpaksa dihentikan.
Bagaimanapun, tindakan Dzulkefly menenangkan James sehingga mengiringinya ke kereta meredakan keadaan.
Dzulkefly menyifatkan perselisihan faham seperti itu adalah perkara biasa apabila menyentuh isu-isu besar seperti projek nadir bumi ini.
Beliau ketika ditanya, apakah perasaan apabila Mawit menuding jari ke arahnya berkata:
“Saya tidak mengambil serius tentang perkara itu kerana pada saya semua orang beremosi apabila berbicara tentang isu Lynas ini,”
“Dan jika benar beliau mahu berdebat dengan saya tentang hal ini, saya bersedia… walaupun saya bukanlah orang terlalu pakar dalam hal ini, namun dengan sedikit pengalaman dan ilmu yang saya ada.. Saya terima untuk berdebat,” kata pakar toksikologi dari Universiti Sains Malaysia.
Sunday, February 26, 2012
Himpunan Hijau Syok Sendiri...
Himpunan Hijau anjuran pakatan pembangkang di Kuantan pagi Ahad untuk membantah kilang Lynas nyata 'gempak lebih'.
Secara keseluruhan dari pemerhatian kehadiran di himpunan itu yang bermula 10 pagi hingga 11.45 pagi itu jauh kurang dari sasaran 20,000 orang yang digembar gembur oleh penganjur sebelum ini.
Ia juga dilihat lebih macam satu pesta 'syok sendiri'.
Malah gambar dari facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang diambil dari udara di kawasan padang MPK4 jelas dapat menunjukan keadaan sebenar.
Anggaran polis sekitar 3,000 orang sahaja yang hadir.
Juga didapati sebahagian dari peserta adalah orang luar Kuantan,terdiri dari penyokong pembangkang yang dibawa atau datang sendiri.
Tiada langsung sekatan jalan polis dibuat sepanjang perhimpunan itu.
Polis cuma mengadakan kawalan biasa untuk memastikan kelancaran lalulintas dan sebagainya..
Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku.
Cuma pihak polis kesal ada peserta yang langgar syarat seperti membuat perarakan dan menbawa kanak-kanak ke perhimpunan itu
Hadir sama di perhimpunan itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan, sebelum semuanya bersurai.
Beliau antara lain berjanji akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat pada bulan depan untuk mendesak projek kilang Lynas di Gebeng dibatalkan.
Gelagat pembangkang yang cuba meraih markah politik membantah projek RM700 juta yang bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan pada orang sekitar Kuantan itu telah mencetuskan rasa marah ramai pihak.
Berbagai pihak berkuasa telah mengesahkan projek itu selamat namun pembangkang terus berdegil gembar gembur ia akan membahayakan penduduk sekitar Kuantan.
Malah Ahli Parlimen PAS kawasan Hulu Langat Dr Rosli Che Mat yang juga seorang saintis nuklear secara terbuka kata projek itu selamat.
Bantahan projek itu dipelopori oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan,Fuziah Salleh.
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Sekinchan,Selangor berkata projek Lynas adalah selamat.
Menurut beliau pembangkang cuma main isu itu untuk memancing undi.
Menterii Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob pula menilai Himpunan Hijau sebagai satu ' demo-tourism' yang jana ekonomi bagi pengusaha dan peniaga.
Dalam kenyataannya mengulas himpunan berkenaan beliau juga kata gerakan anti-Lynas yang berselindung disebalik Himpuan Hijau sudah tidak laku.
"Rakyat tidak percaya kepada pembangkang yang menabur cakap kosong pada setiap masa dan setiap tempat,"katanya.
Apapun baginya himpunan itu membuktikan demokrasi sihat dan sesiapapun boleh berhimpun dan bersuara asalkan tidak langgar undang-undang.
Beliau memuji pihak polis dan Majlis Perbandaran Kuantan yang bertindak adil dan profesional memastikan perhimpunan berjalan lancar.
-Agendadaily
Saturday, February 25, 2012
Isu Kilang Lynas: Khalid Samad Buat Lawak Bodoh Pulak....
Bila mengambilkira hidup mati politiknya para pemimpin PAS boleh jadi ' professor serba tahu' sekelip mata. Pandangan pakar 'boleh belah'.
Terbaru isu kilang Lynas dimana pandangan Ahli Parlimen Hulu Langat ,Dr Rosli Che Mat, seorang saintis nuklear tidak dipedulikan kerana terkinja-kinja hendak mengekor puak-puak PKR dan DAP memekak di Perhimpunan Hijau di Kuantan Ahad ini.
Sebelum ini satu dunia tahu Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang 'pandai-pandai' tolak analisa pakar luar negara yang dapati video seks Datuk Seri Anwar Ibrahim 99.9 peratus tulin - dengan isytihar video besi, tak boleh jadi bukti.
Kerana politik puak yang pakai topeng agama ini sanggup pusing segala macam termasuk memperbodohkan ahli mereka sendiri.
Kesian Dr Rosli yang belajar tinggi-tinggi diperlekehkan begitu sekali.Mungkin beliau terpaksa memendam rasa kerana ada 'bai'ah' yang mengikatnya.
Jumaat keadaan yang melucukan berlaku di depan semua wartawan yang menghadiri sidang akhbar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad untuk mencabar Datuk Dr Hasan Ali beritahu siapa yang taja NGO Jati pimpinannya.
PAS memang dah 'geli' habis dengan Dr Hasan kerana mendapati ceramah-ceramahnya di seluruh negara yang membongkar kongkalikong PAS dihadiri ribuan orangramai.
Dalam usaha untuk menjejaskan kredibiliti Dr Hasan beliau cuba nasib bangkitkan soal sponsor.
Kalau anak jantan sangat dan pejuang Islam tulin.. Khalid sepatutnya juga kena berani tanya Timbalan Presiden PAS Mat Sabu : ' betul ke bang Mat ...itu suara bang Mat dalam rakaman perbualan berahi gile dengan Normah".
Beliau juga kena berani tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim ," betul ke bang...yang dok berentap dengan China doll itu...abang Nuar ke."
Namun Khalid cuma takat berani usik Dr Hasan saja.
Sepatutnya Khalid peduli apa kalau ada pihak yang percaya pada perjuangan Dr Hasan nak sponsor beliau.
Ada juga pihak yang bertanya siapa yang sponsor PAS beli bangunan ibupejabatnya di Jalan Raja Laut ,Kuala Lumpur.
Cakap-cakap berlegar di kedai-kedai kopi mengatakan ada orang korprat yang sponsor PAS beli bangunan itu.
Soalnya kalau orang korprat itu sponsor PAS beli bangunan itu apa salahnya kalau ada orang korprat lain yang sponsor Dr Hasan kerana yakin pada perjuangannya.
Taktik Khalid...itu saja modal yang PAS ada.
Namun kejadian Jumaat membuat ada wartawan yang gelak keras perut.
Ianya berlaku tidak terancang.
Hadir sama di situ Dr Rosli.
Di celah sidang akhbarnya itu ada wartawan yang bertanya Dr Rosli apa pandangannya tentang kilang Lynas.
Ini ekoran kehangatan akan berlangsungnya Perhimpunan Hijau dimana PAS sedang sibuk menghasut ahlinya menyertainya.
Dr Rosli telah buat PAS ' angin' pada Ogos tahun lalu bila beliau membuat kenyataan menyuarakan pendapatnya bahawa kilang itu selamat.
Mungkin di luar dugaan Khalid...rakan Ahli Parlimennya itu tidak teragak-agak langsung ulangi pandangannya bahawa kilang itu selamat.
Katanya kilang itu selamat jika diawasi dengan betul.
Dr Rosli juga memberitahu beliau tidak akan turut serta dalam perhimpunan di Kuantan itu.
Apapun katanya terserahlah pada orang Kuantan membuat penentuan mengenai kilang di Gebeng itu yang didakwa oleh Ahli Parlimen PKR Fuziah Saleh tidak selamat.
Cukup melucukan Khalid yang mungkin panas telinga mendengar komen Dr Rosli betul-betul di depannya itu terus kata pandangan Ahli Parlimen Hulu Langat itu adalah pandangan peribadinya bukan pandangan PAS atau pakatan pembangkang.
"Bagi PAS dan PKR...ia tidak selamat," kata mulut Khalid yang tidak ada kepakaran langsung dalam bidang itu.
Ada kalangan wartawan yang hadir pada sidang akhbar itu kedengaran berkata," ini adalah salah satu jenaka politik yang boleh masuk buku sejarah."
Sumber: Agendadaily
Wednesday, November 23, 2011
Isu Lynas, Pembangkang Hanya Mahu Menimbulkan Provokasi - Khairy
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menganggap bahawa isu Lynas yang hangat diperkatakan di Kuantan sehingga ke hari ini sudah tidak timbul.
Pendirian yang dibuat oleh mereka sebelum ini hanya merupakan langkah berjaga - jaga agar pihak Kerajaan tidak meminggirkan soal keselamatan rakyat.
Video URL: http://youtu.be/Sr2f49B-1KA
Menurut kata Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, mereka membangkitkan isu tersebut sekiranya ada ancaman kepada keselamatan rakyat.
"Setelah mendapat taklimat berserta segala maklumat mengenai projek Lynas ini, ianya tidak membawa masalah yang besar dan tidak mengancam keselamatan orang ramai. Jadi, sudah tidak timbul lagi isu ini," kata beliau ketika ditemui di PWTC baru - baru ini.
Isu berkaitan pembinaan kilang Lynas ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh dan dihangatkan lagi sejak tragedi yang melanda Fukushima awal tahun ini.
Pihak Pembangkang di Pahang telah mempergunakan kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini bagi menimbulkan provokasi yang kononnya mereka juga turut membantah pembinaan kilang tersebut.
Dengan kenyataan terbaru ini, adalah diharapkan agar pihak Pembangkang di Negeri Pahang ini tidak sewenang - wenangnya menyalah tafsirkan pendirian sayap UMNO itu bagi kelebihan politik mereka semata - mata.
Sumber: Badan Perhubungan UMNO Pahang
Thursday, August 25, 2011
Lynas: Wajib Tonton PAS vs PKR
Dua saintis nuklear negara, salah seorangnya dari PAS, menyelar pemimpin PKR Fuziah Salleh yang memutarbelitkan fakta mengenai Lynas. Baca juga di sini....
Video URL: http://youtu.be/MQq_oo7K2Hc
Isu Lynas Panas! Ahli Parlimen PAS Mengaku Malu Dengan Cara PAS
Interbiu Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia jelas Dr Che Rosli selama ini memendam rasa melihat gelagat partinya ‘ untuk menutup kebenaran’ semata-mata kerana politik.
Dr Che Rosli membuat pengakuan itu bersama Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, seorang Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan.
Dalam pengakuannya Dr Che Rosli berkata : "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."
Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."
"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."
Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.
"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."
Profesor Dr. Ahmad Termizi pula berkata , "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.
Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.
"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."
Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.
"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."
Prof. Ahmad Termizi menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.
"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung." Baca lagi @ Agendadaily
Amat memalukan apabila YB Fuziah tidak dapat membezakan diantara kilang kimia dan nuklear....
Subscribe to:
Posts (Atom)