Friday, January 18, 2013

Gerak Kerja Pemuda BN Masuk Pusingan Akhir


YB KJ beramah mesra dengan peniaga peniaga pasar tani diTaman Wira Mergong Kedah

Semua jentera Pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara diarahkan untuk bergerak secara aktif di pusingan akhir bermula 1 Februari ini bagi bersiap-sedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Seterusnya klik pada tajuk entri....


Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata biarpun jentera Pemuda sudah bersiap siaga sejak tahun lalu namun mulai awal bulan depan gerak kerja perlu lebih aktif.

Katanya, arahan untuk jentera bergerak aktif itu selaras dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta Pusat Daerah Mengundi (PDM) diaktifkan pada tarikh sama.

"Saya minta semua jentera Pemuda di peringkat PDM bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen perlu dibuka dan diaktifkan.

"Apabila dibuka, jentera Pemuda perlu buat kerja cari pengundi dan pastikan pada hari mengundi mereka keluar membuang undi dan kita dapat tahu siapa yang mengundi kita.

"Ini adalah persiapan kita di pusingan akhir sebelum pilihan raya dijalankan,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dan taklimat Pemuda UMNO Kedah di sini hari ini.

Menurut Khairy, gerak kerja Pemuda ketika ini perlu lebih fokus dan bersifat mikro kepada kawasan PDM dan pengundi tanpa memikirkan soal calon yang diserahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan. -Utusan

No comments: