YB Datuk Zulkifli Noordin berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut telunjuk ketua pembangkang itu dengan mereka-cipta bukti palsu mengaitkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Campur tangan Anwar berlaku ketika Zulkifli menjadi peguam bela Cif Inspektor Azilah Hadri, pegawai polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu pada penghujung tahun 2006.
Menurutnya, sepanjang menjadi peguam Azilah, berdasarkan keterangan-keterangannya, tidak ada satu pun bukti yang sahih yang boleh mengaitkan pembunuhan itu dengan Najib dan Rosmah, namun Anwar tetap mendesaknya supaya mereka-cipta bukti palsu untuk mengaitkannya supaya masyarakat percaya pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu terlibat dalam pembunuhan tersebut.
“Saya peguam Inspektor Azilah yang dikatakan bunuh Altantuya itu. Masa itu (juga) saya peguam Anwar Ibrahim.
“Tuan-tuan ingat, kalau Azilah cakap kat saya (bahawa) Najib terlibat, saya tak (akan) guna (bukti pengakuan itu) masa itu,” katanya ketika mengimbau kembali kejadian pembunuhan pada tahun 2006, di mana pada masa itu beliau masih lagi berada dalam PKR dan salah seorang kepercayaan Anwar.
“Walaupun Anwar Ibrahim suruh saya, paksa saya ‘dapatkan itu’ (pengakuan bersumpah) dan isytihar kata Najib terlibat, saya kata saya tidak tergamak.
“Ini kes tuduh orang bunuh tau. Saya tak dengar sendiri (dari mulut Azilah), malahan Azilah bersumpah, dia kata Datuk Seri Najib tidak tahu langsung, dia tak tahu langsung, tak ada kena mengena sikit pun.
“Saya ditekan (Anwar) lagi, suruh dia (Azilah) mengaku, dapatkan surat sumpah, suruh dia mengaku (kata) Najib terlibat, Rosmah pun terlibat.”
Zulkifli yang juga pernah menjadi peguam bela kes liwat I Anwar membuat pengakuan itu ketika berceramah di Bentong, Pahang, 3 Feb.
Menurutnya, sebagai seorang peguam, adalah bersalahan dengan etika perundangan, jika menuduh seseorang itu tanpa bukti, jadi untuk menuduh Najib dan Rosmah terlibat ia memerlukan bukti dan keterangan yang kukuh.
Berdasarkan hasil semakan dan siasatan yang dilakunya, didapati tuduhan yang mengatakan Rosmah berada di tempat pembunuhan, di Puncak Alam, Shah Alam pada hari kejadian adalah fitnah semata-mata.
“Nasib baik masa itu Allah jaga saya, Dia suruh saya semak. Bila semak Datin Seri Rosmah berada di Tabung Haji, buka puasa dengan anak yatim..Ada gambar dia, ada bukti.
“Saya kata macam mana nak tuduh Datin Seri Rosmah yang bunuh Altantuya, bukti jelas dia bersama anak yatim malam itu, pada bulan Ramadhan.”
Menurutnya lagi, walaupun tiada bukti, namun Anwar tetap berkeras mengarahkannya mencari bukti palsu untuk mengaitkan dengan kedua pasangan suami-isteri yang tidak bersalah itu.
“Awak buat juga, cari jalan supaya Rosmah dan Najib dituduh membunuh Altantuya.
“Saya kata, saya tidak boleh terima (arahan) ini, (maka) saya tarik (diri).”
Akhirnya pada pertengahan tahun 2009, Zulkifli meletakkan jawatan sebagai peguam bela Azilah.
Pengakuan Zulkifli di Bentong 3 Februari itu dianggap sebagai pelengkap terhadap pendedahan awal di Dewan Rakyat pada 24 Mac 2010, di mana ketika itu beliau tidak menamakan siapakah tokoh yang telah mengarahkannya melakukan salah guna kuasa yang bertentangan dengan etika perundangan.
Pada 2010, ketika bercakap dalam Dewan Rakyat, Zulkifli mendedahkan beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Najib dan Rosmah mengaitkannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.
Ketika membuat pendedahan itu, Zulkifli tidak menyatakan nama pihak yang membuat tawaran, sebaliknya menyifatkannya sebagai ‘pihak ketiga’ yang menawarkan tawaran yang “boleh menggoyahkan iman”.
“Sebab itulah saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes tersebut kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil untuk saya terus bertindak secara profesional sebagai peguam bela kes tersebut.
“Kita perlu ingat, takkanlah OKT-OKT tersebut (Azilah dan Sirul Azhar) sanggup dihukum mati ke tali gantung, kalau benar YAB Perdana Menteri dan isteri terlibat. Saya cukup yakin, pasti mereka akan mendedahkannya, kalau ianya benar.
“Sebagai seorang Islam, kita patut ambil sikap bersangka baik…setahu saya YAB Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini, tidak ada di antara kita yang berani bersumpah menafikan (apa-apa tuduhan terhadap pihak berkenaan).“Kita perlu ingat, takkanlah OKT-OKT tersebut (Azilah dan Sirul Azhar) sanggup dihukum mati ke tali gantung, kalau benar YAB Perdana Menteri dan isteri terlibat. Saya cukup yakin, pasti mereka akan mendedahkannya, kalau ianya benar.
“Oleh itu, bersangka baiklah kita sesama Islam dan berpeganglah kepada al-Quran sebagai petunjuk kita, bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” katanya.
Beberapa minggu sebelum itu, Zulkifli juga turut meletakkan jawatan sebagai peguam syarie Anwar.
“Saya ZULKIFLI BIN NOORDIN Peguam Syarie bagi Pemohon Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim diatas dengan ini menarik diri dan terhenti menjadi Peguam Syarie yang bertindak bagi Pemohon yang tersebut di dalam prosiding yang disebut di atas.
“Bertarikh pada 22 Rabi’ul Awal 1431 bersamaan 09 Mac 2010,” kata Zulkifli dalam notis tarik dirinya itu.
1 comment:
Brojinggo...put me on your bloglist pls...tq
Post a Comment