Monday, June 3, 2013

Pemuda BN Gesa Pembangkang Nyata Pendirian Berhubung Isu Hina Agong


Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah menggesa pakatan pembangkang menyatakan pendirian berhubung perbuatan seorang individu yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerusi Facebook.

Timbalan Ketuanya Haris Che Mat berkata setakat ini pembangkang mengambil sikap berdiam diri sedangkan perbuatan individu berkenaan mengguris hati rakyat di negara ini.

Pemuda BN juga meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap indvidu berkenaan, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai isu itu, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, hari ini.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang yang turut hadir pula mempersoalkan sikap pembangkang yang jelas mengamalkan 'double standard' kerana hanya lantang bersuara terhadap isu tertentu.

Ini satu lagi senario yang harus diteliti rakyat kerana ini mencerminkan apa yang pembangkang boleh lakukan pada masa depan, katanya.

Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda MCA Kedah Tan Chee Hiong menegaskan perbuatan mengutuk dan mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan itu bukan budaya orang Malaysia.

Dalam akaun Facebooknya, seorang individu yang menamakan dirinya Melissa Gooi memaparkan kenyataan mempersenda titah ucapan Yang di-Pertuan Agong sempena hari keputeraan Seri Paduka Baginda pada 1 Jun lepas. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Mengapa di thai rakyatnya tunduk hormat ke raja..raja thai salah satu raja terkaya didunia.. Mereka tak kutuk bahkan cina di sana juga tuduk kepala ke raja thai.

Raja thai dan rakyatnya majoriti dr nenek moyang mereka beragama budha. Mereka percaya raja adalah titisan dewa yg mana dilindungi dewa sesuai ajaran agama budha. Walaupun ada yg beragama kristian tapi cina masih mengamal budaya nenek moyang dan percaya.

Sultan di Malaysia beragama Islam. Itu jelas menunjukkan cina biadap ke Melayu dan Islam. Secara halus menunjukkan sifat mereka menghina sultan bermakna menghina Islam. Org cina berpakat dgn pas hanya kuasa. Bukan menghormati Melayu Islam. Jika mereka berjaya menguasai Melayu pas akan ditendang.

Jika raja thai budha cina disana tunduk badan kepala ke tanah..mengapa org cina di sini tak disuruh tunduk ke tanah..tetapi sungguh biadap. Ini membuktikan mereka SUPER RASIS..hanya ada CINA BUDHA KRISTIAN. Contoh terbaik singapore...

Pemimpin pas..adakah anda memang tidak tau atau berpura pura kerana kuasa atau diperbodoh. Secara halus mereka tau dlm perlembagaan sultan adalah mengiktiraf ketuanan Melayu dan hak Melayu yg tidak boleh dipisahkan dgn ISLAM.

Mereka cina kui menghina sultan juga menghina ISLAM. Pemimpin pas nik aziz dan penyokongnya sila tanya ke cina walaupun agama kristian.jika raja di penang beragama budha adakah mereka menghina?????!

Bagi saya pasti tidak..kerana titisan dewa jagaan dewa..masuk syurga..CINA.SUPER RASIS KE AGAMA LAIN BANGSA LAIN...BIADAP