Tuesday, August 4, 2020

PAS, Umno dan Bersatu tak boleh berpisah kata Hadi



PAS tidak boleh berpisah sama ada dengan Umno ataupun Bersatu. Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menggambarkan penyatuan Melayu sudah bermula melibatkan tiga parti Melayu itu.


“Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti,” kata Hadi menerusi hantaran dalam Facebooknya, Isnin.


Pertemuannya dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, membuktikan tiga parti itu sudah seia sekata untuk meneruskan agenda perjuangan bersama.


Walaupun pertemuan itu ringkas, ia jelas menggembirakan rakyat yang selama ini menaruh harapan ketiga pemimpin itu dapat duduk bersama untuk membawa perubahan kepada landskap politik dan negara pada masa akan datang. Baca lagi>>>

No comments: