Ustaz Ebit Lew dakwah iman golongan transgender di Surabaya Indonesia. Menerusi satu hantaran di facebook, Ustaz Ebit berkata…
12 malam tadi saya ziarah transgender / maknyah yang bekerja di lorong gelap di Surabaya. Sebaik saya sampai saya beri salam dan berbual tanya khabar dan dakwah iman pada mereka. Mereka kata eh, ini Ebit lew yer? Yang suap anak Punk makan yer?macam mimpi jumpa di sini.
Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap disitu. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh. Macam-macam kisah disebalik mereka. Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana. Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibubapa serta menjauhi yang haram.
Mereka tanya pasal solat dan lain-lain. Doa-doa. Saya terus kata malam ni semua cuti boleh. Saya nak belanja makan di hotel serta boleh tanya apa sahaja. Mereka gembira untuk ikut. Sampai di hotel, banyak soalan dan luahan mereka. Yang halal itu halal. Yang haram tetap haram. Yang utama usaha kita untuk dekat pada Allah dan melaksanakannya. Ada yang kata bagaimana ye nak mula cari rezeki yang halal. Nak dekat dengan Allah. Rindu pada Allah. Meninggalkan yang haram.
Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu nasihat dan kasih sayang. Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup di layan begini dan dinasihati begini. Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusuk dan tekun mereka mendengar.
Katanya ustaz datang lagi yer. Ramai kawan kami yang lain ingin berjumpa ustaz. Semoga Allah terima dan jadikan asbab kebaikan dan hidayah.
No comments:
Post a Comment