Showing posts with label Ahmad Maslan. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Maslan. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Tukar Bendera… Pemimpin DAP Digesa Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menggesa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah M.Manoharan meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana telah menunjukkan ‘semangat tidak patriotik’ dengan mencadangkan bendera Malaysia diubah.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Manoharan juga perlu melihat bendera Singapura dan Indonesia, yang tidak banyak bezanya dengan bendera Malaysia yang menggunakan warna merah dan putih.

“Saya meminta orang ramai agar menggesa beliau untuk meminta maaf kerana beliau telah menunjukkan semangat tidak patriotik,” katanya mengenai komen Manoharan di laman sosial Facebooknya pada 16 Sept lepas.

Manoharan mendakwa bahawa beliau enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana ia lebih mirip dengan Barisan Nasional (BN), bukan Malaysia.

Sumber: Umno-Online

Thursday, September 8, 2011

#marxsabu Mat Sabu Harus Debat Dengan KJ Bukan Muhyiddin - Ahmad Maslan



Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu harus berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, bukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Kepong isu.


Atau lebih baik lagi Mohamad atau Mat Sabu perlu berdebat dengan ahli-ahli sejarah seperti Prof Datuk Dr Ramlah Adam atau Prof Khoo Kay Kim, kata Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan.

Beliau berkata Mohamad harus mengambil cabaran Khairy untuk berdebat, yang juga boleh melibatkan sejarah.

Ahli-ahli sejarah perlu diberi peluang memberi penjelasan mengenai isu itu sebagai tafsiran dangkal ke atas pembunuhan beramai-ramai berbahaya, kata Ahmad dalam satu kenyataan.

"Jika terdapat ahli sejarah yang mahu mengambil Mat Sabu, saya akan memberi sokongan saya. Selain perbahasan, ia juga boleh menjadi perbincangan umum atau forum," tambah Ahmad.

Mat Sabu kononnya diberitahu ceramah baru-baru ini bahawa orang-orang yang telah menyerang balai polis Bukit Kepong semasa pemberontakan komunis sebelum merdeka dan membunuh 25 orang sebenar "pejuang kebebasan".

Sunday, August 28, 2011

TPM, Hishammuddin, KJ, Ahmad Maslan, Puad Zarkashi Bidas Kenyataan Mat Sabu

Pimpinan tertinggi UMNO hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah merupakan hero sebenar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.

Malah, Muhyiddin turut menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab.

“Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.

“Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan,” katanya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas itu telah menimbulkan kemarahan ramai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban akibat peristiwa itu.

‘‘Malah, tindakan beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan Pas ketika ini semakin songsang di bawah kepimpinan seperti Mohamad Sabu,” katanya.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Mat Sabu bahawa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan adalah satu penghinaan kepada rakyat negara ini.

“Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu dan menganggap bahawa beliau merupakan pemimpin yang tidak berkualiti langsung,” katanya.

Di Kuching, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pendapat bahawa anggota polis yang diserang dalam tragedi Bukit Kepong berkhidmat untuk penjajah tidak benar kerana mereka berjuang mempertahankan sebuah wilayah dalam sebuah negeri yang mempunyai sultan.

Katanya, PKM pula tidak pernah ikhlas memperjuangkan kemerdekaan negara kerana matlamat sebenar mereka adalah menyingkirkan raja-raja Melayu dengan cara menubuhkan sebuah republik.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan Mat Sabu itu termasuk mahu mengubah fakta sejarah menunjukkan pemimpin Pas kini semakin jahil terutamanya sejak menjadi ‘boneka’ DAP.

‘‘Faktor itu juga dipercayai menjadi punca apabila mereka menukar konsep perjuangan mereka kepada negara berkebajikan dan dikhuatiri mereka juga akan mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala raja-raja Melayu dipinggirkan,” katanya.

Di Kota Bharu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mat Sabu disifatkannya sudah hilang pedoman.

Sehubungan itu, katanya, beliau meminta rakyat menolak pemimpin terbabit yang mengagung-agungkan pengganas komunis kerana gerakan itu telah banyak membawa kemusnahan kepada negara.-UM