Showing posts with label Aman Kampus. Show all posts
Showing posts with label Aman Kampus. Show all posts

Wednesday, April 4, 2012

#AmanKampus : Disokong Indian Movement Student


Jelajah Aman Kampus terdahulu yang berada di utara tanahair sebelum ke IPTA di negeri-negeri Pantai Timur, selain mendapat sokongan dari majoriti YDP Majlis Perwakilan Pelajar IPTA ianya juga turut disokong oleh mahasiswa dari IPTS.

Selain itu mahasiswa bukan Melayu turut sama menyatakan sokongan mereka dengan apa yang dilakukan oleh ASPIRASI MAHASISWA dalam menggerakkan program Aman Kampus.

Namun jangka masa yang terlalu singkat iaitu 1 hari di setiap kampus menyebabkan beberapa mahasiswa dari UniMAP tidak berpuas hati kerana mereka tidak dapat ikut serta dalam program-program yang dijalankan.

Rakaman serta komen penuntut UniMAP mengenai Jelajah Aman Kampus :


Sumber: YY

Thursday, February 16, 2012

Jelajah Aman Kampus Jadi Mata Dan Telinga Rakyat


Jelajah Aman Kampus yang disertai 180 orang dari 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan bertindak sebagai mata dan telinga rakyat bagi menyampaikan masalah mereka kepada pemimpin negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata Jelajah Aman Kampus menjelajah ke seluruh negara komited untuk mengumpul permasalahan rakyat dan mendekati masyarakat di peringkat akar umbi.


“Sejak program ini dilancarkan, kita sudah bertemu lebih 15,000 orang dan dalam masa yang sama kita mendapatkan maklumat balas mereka menerusi soal selidik.

“Menerusi soal selidik itu kita akan tahu permasalahan mereka dan maklumkan kepada kepimpinan negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas program Pentas Anak Muda peringkat Pulau Pinang.

Program anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu mendapat kerjasama Aspirasi yang dalam lawatan ke seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.

Katanya Jelajah Aman Kampus dilaksanakan bertujuan memastikan suasana keharmonian dan kedamaian di kampus sentiasa dipelihara.


“Program ini juga untuk menyedarkan mahasiswa agar penekanan diberikan sepenuhnya terhadap kecemerlangan sahsiah diri dan akademik. Selain itu, ia untuk menyuntik semangat patriotisme kepada mahasiswa agar terus memahami secara rasional tentang dasar-dasar yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.