Showing posts with label Awie. Show all posts
Showing posts with label Awie. Show all posts

Friday, January 13, 2012

AMK PKR Sabotaj Konsert Ella, Awie ?

Persembahan Awie dan Ella menerima respons positif daripada para penonton. Foto BERNAMA

Dengar cerita budak-budak AMK PKR tak puas hati Awie masuk UMNO? Ada kemungkinan juga seperti yang di khabarkan oleh beberapa sumber AMK PKR terlibat dengan kerja jahat sabotaj konsert Awie, Ella ini.

Kita orang tak pernah pun nak sabotaj Bob Lokman dan Bob kuman... Apa celup main sabotaj ni der...

Pelakon, Hans Isaac berasa terkilan apabila ada pihak cuba mensabotaj konsert Awie dan Ella, Raja dan Ratu Malaysia anjurannya di bawah produksi Tall Order Productions (TOP) dengan menempah jumlah tiket yang banyak, tetapi tidak membuat tuntutan sehingga menyebabkan kerugian.

Hans berkata, pihaknya mengesan terdapat individu sengaja menempah sebanyak 100 hingga 200 tiket konsert agar orang luar akan menganggap tiket sudah habis dijual.

"Setakat ini kami cuba mengesan siapa yang berbuat demikian. Ini kerana sebelum ini, terdapat projek terbitan kami juga disabotaj.

"Apabila keadaan sebegini berlaku, ia akan mengganggu penjualan tiket kerana orang ramai akan ingat tiket dah 'sold out'.


"Buat masa ini, saya tidak mahu menuduh sesiapa lagi kerana ia masih di dalam siasatan dan saya pun tak boleh nak pastikan siapa yang sanggup berbuat begitu," katanya yang ditemui selepas konsert tersebut di Istana Budaya, di sini, Khamis.

Tambah Hans, dia berharap, orang ramai tidak menganggap tiket konsert tersebut sudah habis dijual sebaliknya memberi jaminan, penonton tidak akan berasa rugi dengan nyanyian hebat Awie dan Ella.

Bagaimanapun, mengenai konsert tersebut, Hans berpuas hati dengan respons penonton yang begitu seronok dan berpuas hati dengan persembahan dua penyanyi rock itu.

"Nampaknya, percaturan saya menggandingkan Awie dan Ella dalam sebuah konsert ternyata berhasil. Masing-masing mempunyai kekuatan sendiri," katanya.


Konsert Raja dan Ratu Malaysia yang diadakan selama empat hari itu bermula pada 12 Januari 2012. Dalam konsert itu sebanyak enam persembahan akan diadakan oleh mereka.

Sementara itu, konsert dimulakan dengan nyanyian duet lagu Baldu Biru diikuti dengan persembahan bergilir oleh kedua penyanyi berkenaan yang antaranya ialah 1570, Teruja, Funky Monyet, Ala Amerika, dan Dua Insan.

Bukan sahaja persembahan Awie dan Ella yang menarik perhatian ramai, bahkan pentas yang berkonsepkan 'ala futuristik' turut membuatkan penonton terpesona dengan rekaannya yang sederhana tetapi menarik.

Pentas dewan Panggung Sari terus berubah menjadi pentas rock apabila masing-masing lincah beraksi lebih-lebih lagi dengan persembahan gaya manja Ella dan lawak spontan Awie, membuatkan kedua-dua mereka nampak bersahaja.

Ternyata para penonton begitu terhibur dengan persembahan mereka sehinggakan ada yang berdiri dan menari di tepi tempat duduk mereka.

Selain itu, antara lagu-lagu hit yang dibawakan sepanjang dua jam konsert berlangsung ialah Seribu Tahun, Malam Ini, Menyanyi Lalala, Tingal Satu Peluru, Layar Impian, Tragedi Oktober, Permata Biru dan Bernafas Dalam Lumpur.

Pemuzik, Edrie Hashim mengetuai persembahan pada malam itu di samping Ujang Exists (drum), Ujang (gitar), Fly (bass), Amir Feerza (percussion), Kudin dan Jason Voo (keyboard).

Tiket untuk Raja dan Ratu Rock Malaysia telah pun mula dijual pada 14 Disember dengan harga dari RM40 hingga RM450 dan tempahan tiket boleh dibuat melalui www.TICKET2U.BIZ atau boleh menghubungi 03-4147 8600.

Thursday, December 15, 2011

Video Awie Tersasul Sebut Nama Erra Sebagai Ella ! Hohoho...


Video Awie Tersasul Sebut Nama Erra Fazira Sebagai Ella – Sidang Media awie sebut nama Erra di sidang media konsert Awie dan Ella.


Video Awie Tersasul sebut nama Erra sebagai Ella

Petang tadi berlangsungnya sidang akhbar Konsert Awie dan Ella di Istana Budaya dan pada sidang akhbar tu Awie tersasul, menyebut nama Erra Fazira, Awie juga turut memanggil Hans Isaac sebagai madu.

Video ini berjaya dirakamkan dan ketika ini Awie sedang asyik mengimbau kembali bagaimana Ella mempengaruhi diri beliau dalam berkarya dan meluahkan rasa kagum beliau dengan pencapaian Ella hingga tersasul sebut nama Erra.. Hohoho!

Sunday, November 20, 2011

Golongan Artis Turut Teruja Menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2011


Perhimpunan Agung UMNO yang bakal berlangsung pada 29 November ini bukan sahaja mendapat perhatian daripada ahli UMNO sendiri, namun golongan artis juga tidak ketinggalan berasa teruja menanti perhimpunan yang kebarangkalian menjadi perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 13 diadakan.

Bagi pelakon dan pengarah, Rashdan Baba, beliau amat berharap agar perhimpunan Agung kali ini akan dapat membawa satu hala tuju untuk menyatukan orang Melayu.

Ini kerana kata beliau senario masa kini semakin jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu semakin berpecah dan bertelagah sesama sendiri.

“Asas orang Melayu untuk kuat adalah kerjasama dan bersatu padu. Sebab itu saya amat berharap agar Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan menjadi satu titik tolak persefahaman bagi menyatukan orang Melayu. Namun, jangan lupa untuk memberi tumpuan terhadap golongan muda.

“Perpecahan yang berlaku sekarang ini banyak melibatkan orang muda kerana mereka merasakan kerajaan tidak memberi perhatian kepada mereka. Sebab itu mereka mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang,” ujarnya.


Pelakon dan penyanyi kumpulan rock Wings, Awie juga melahirkan rasa kebimbangannya melihat perpecahan orang Melayu masa kini.

“Saya sebagai rakyat biasa berharap agar jangan ada politik dalam politik. Mereka yang memegang jawatan di dalam UMNO dan mewakili setiap bahagian sendiri perlu memperkukuh dan menyelesaikan masalah dalaman kerana ini akan membantu menyatu padukan bangsa Melayu.

“Selain itu, semua penyokong Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO perlu seia sekata dalam apa juga perkara yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti. Jangan kita menambah pecah belah yang sedia ada kerana sekarang ini bangsa kita telah berpecah kepada tiga benua iaitu Pas, UMNO dan Adil. Jadi, di manakah hala tuju Melayu itu sendiri,” ujarnya yang turut menjelaskan bahawa perpecahan besar ini akan menyebabkan kejatuhan bangsa Melayu itu sendiri.

Seorang lagi pelakon terkenal tanahair, Zed Zaidi turut menyokong dan bersetuju bahawa Perhimpunan Agung UMNO kali ini perlu menjadi penyuntik semangat dalam menyatu padukan orang Melayu.

“Saya berharap agar perhimpunan kali ini akan mecapai satu kata sepakat tambahan lagi dalam keadaan kritikal sekarang ini untuk kita berhadapan dengan PRU.

“Penumpuan terhadap golongan muda juga perlu diberikan kerana golongan muda adalah pemangkin bangsa dan Negara. Harapan saya, janganlah kita terus berpecah belah sehingga kita terpinggir di negara sendiri, di tanah Melayu ini,” ujarnya. –MediaUMNO.

Tuesday, November 15, 2011

Sekitar Majlis Pelancaran BN Youth Music 2011


Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin merasmikan pelancaran BN Youth Music 2011 di PWTC bersama rakan- rakan artis.

KJ dan Jamawi bersama salah satu dari penaja BN Youth Music

Yazer AF mempromosikan album terbarunya... sebelum itu yazer turut menyapaikan lagu M.Nasi "Tanya sama itu hud-hud"
YB KJ tak buat persembahan... cuma menyampaikan ucapan perasmiannya.. :D

Najwa Latif membuat persembahan lagu "Cinta Muka Buku" ramai yang terpukau beb!

Sempat juga aku bergambar dengan penyayi lagenda rock tanahair Awie!!

Berita selanjutnya selepas ini...

Saturday, October 15, 2011

[video] Pencarian Bakat BN Youth Music 2011 Menerusi You Tube!


Kepada anak muda yang berbakat tu tunggu apa lagi? Inilah masanya untuk anda menjadi artis terkenal seperti Yuna, Najwa Latif dan lain-lain... Insyallah...

Awie: Saya Bukan Gangster


Penyanyi Rock yang juga vokalis Kumpulan Wings, Awie meminta agar tidak menggelar beliau sebagai seorang gangster Melayu berdasarkan penampilan beliau.

Jauh sekali dari pandangan sempit sebegitu, beliau sebenarnya seorang yang suka berlawak dan penyanyang terutamanya terhadap kanak-kanak.

"Mungkin dari segi luaran saya nampak garang tapi sebenarnya saya seorang yang sangat penyayang tau."

"Bagi mereka yang rapat dengan saya mereka akan tahu, saya seorang yang lantang bersuara dalam apa sahaja situasi bagi mempertahankan sesuatu hak.

"Paling tidak pun, saya seorang yang sangat tegas mengenai isu pembelaan artis. Mungkin dari situ orang nampak saya seorang yang kasar," katanya.

Awie berkata demikian ketika ditemui pada sidang akhbar penganjuran pertandingan nyanyian iaitu Barisan Nasional (BN) 1 Youth Music di pejabat Pemuda UMNO, Menara Datuk Onn, di sini, Khamis.

Turut hadir beberapa rakan-rakan artis lain yang antaranya seperti Zed Zaidi, Adam (AF), Ezany Nizarif dan Rashdan Baba akan bekerjasama dengan Pemuda UMNO menganjurkan pertandingan BN 1 Youth Music.

Pertandingan yang dibuka kepada semua golongan itu akan bermula di sekitar pertengahan bulan November dan tarikhnya akan diumumkan tidak lama lagi.-KLpos

Puak pembangkang sedang hentam Awie 24jam di blog... cuba kalau Awie masuk PAS tentu semuanya OK! Macam Bob Lokman, diangkat menjadi Ostaz segera... Hipokrit!

Thursday, October 13, 2011

BN Youth Music 2011 : Pemuda, Awie Dan Artis Berganding Bahu Cari Bakat Baru


Pemuda UMNO dan artis hari ini berkongsi pentas bersama beberapa artis tanah air yang diketuai Ahmad Azhar Othman atau Awie untuk menjayakan BN Youth Music 2011 dalam masa terdekat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata program tersebut yang berkonsepkan pencarian bakat dalam muzik akan memberi peluang dan ruang kepada seluruh anak muda daripada pelbagai bangsa dan seluruh negara untuk mengambil bahagian.

Menurut beliau pihaknya akan mengambil pendekatan baru iaitu dengan menggunakan kemudahan laman sosial iaitu Youtube untuk memudahkan mereka yang berminat memuat naik bahan yang telah siap untuk diteliti oleh pihak juri.

“Tajuknya bebas dan pertandingan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu individu, berkumpulan dan pop dance. Selepas mereka memuat naik menerusi laman web khas yang akan kita wujudkan nanti, mereka juga perlu menghantar satu salinan asal bahan tersebut, manakala Awie dan rakan-rakannya akan meneliti bahan tersebut untuk dipilih ke peringkat seterusnya.

“Selepas itu mana-mana yang layak akan memasuki pusingan seterusnya iaitu kita akan tengok dan nilai secara “live”. Jumlah hadiah belum kita tetapkan dan masih diperingkat perbincangan selain tarikh serta perkara-perkara lain.

“Ini adalah antara galakan kita kepada mereka yang ada bakat tetapi tidak berkesempatan untuk menduduki uji bakat dan sebagainya menerusi pelbagai program mencari bakat lain sebelum ini. Jadi kepada yang berminat bolehlah buat persediaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Awie dan beberapa rakan artis lain seperti Zek Zaidi, Ezzani Yusof serta rakan-rakan artis dan pelakon yang lain. Turut serta Pengerusi Biro Kebudayaan dan Keseniaan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar.

Khairy seterusnya menambah, usaha berkenaan yang digalas menerusi Biro Kebudayaan dan Kesenian Pemuda UMNO itu memberi tumpuan kepada anak-anak muda yang berbakat untuk menonjolkan kebolehan yang ada pada mereka.

“Teknologi telah mendemokrasikan muzik menerusi pelbagai peluang kepada anak-anak muda dan program ini adalah salah satu cara ke arah itu,” katanya. -MediaUMNO

Maaf kami tidak mencari ostaz segera.....


Stay in touch with Bro Jinggo

Sekitar Penyerahan Borang Keahlian UMNO Awie


Sidang media Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bersama penyanyi rock tanah air Awie mengumumkan pertandingan musik BN Youth Music 2011 bagi mencari bakat baru yang terdiri dari golongan muda.


Penyanyi legenda rock tanah air yang juga merupakan pelakon popular, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie bersama beberapa artis terkemuka yang lain menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO petang tadi.


Perjumpaan KJ bersama Awie sebelum penyerahkan borang keahlian UMNO.

Wednesday, October 12, 2011

Awie Sertai UMNO Petang Esok Di Pejabat Pemuda PWTC


Penyanyi legenda rock tanah air yang juga merupakan pelakon popular, Ahmad Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie bersama beberapa artis terkemuka yang lain dijadual akan menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO petang esok.

Majlis penyerahan borang keahlian tersebut akan disempurnakan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin esok, khamis pada jam 4.30 petang.

Majlis tersebut akan diadakan di Pejabat Pemuda, Menara Datuk Onn.

Media sebelum ini pernah melaporkan Datuk AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida menyertai UMNO Perak.

Juga di fahamkan pengarah filem, Mamat Khalid turut dilaporkan media akan menyertai UMNO Bahagian Gopeng.

Syabas Pemuda Umno!


Stay in touch with Bro Jinggo