Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts
Showing posts with label Barisan Nasional. Show all posts

Sunday, April 7, 2019

Kemenangan Tok Mat sekat keangkuhan PH, kata Khairy Jamaluddin

Pengundi di Rantau perlu memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional, Mohamad Hasan untuk menyekat keangkuhan kerajaan Pakatan Harapan, kata Khairy Jamaluddin.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata kemenangan Mohamad membolehkan beliau diangkat sebagai ketua pembangkang di DUN Negeri Sembilan bagi “menekan” kerajaan PH jika mereka gagal menunaikan janji.

Beliau turut memberi contoh pengundi Cina yang menyokong DAP sebelum ini kerana tidak mahu BN menjadi terlalu kuat.

“Pengundi Cina ini jujur, kalau dulu pengundi Cina sokong DAP sebab mereka tidak mahu BN jadi terlalu kuat, jadi terlalu angkuh, saya kata sama sekarang kalau Tok Mat menang kita tidak akan ambil alih kerajaan, ia masih di bawah PH, tapi kita letak semula beliau dalam DUN, ada suara kuat dan beliau akan tengok kerajaan tidak tunai janji.

“Kita perlu ada seorang ketua pembangkang yang pernah jadi menteri besar yang boleh ‘pukul’ menteri besar sedia ada, kita angkat Tok Mat semula jadi menteri besar,” katanya ketika ceramah di Kampung Ulu Lalang, Rantau malam tadi.

Khairy berkata, keangkuhan PH menyebabkan rakyat hilang tempat untuk mengadu tentang masalah yang dihadapi.

“Rakyat nak pergi mana, rakyat nak mengadu kepada siapa kalau mereka semua jadi angkuh, jadi sombong, besar kepala, boleh buat apa sahaja. Tengok dalam Parlimen cara jawab soalan besar kepala, sebab apa, sebab terlalu banyak kuasa,” katanya sambil berkata rakyat menyesal memberi undi kepada PH sebelum ini.

Khairy berkata, bukti rakyat menolak PH dapat dilihat menerusi pentas ceramah anjuran BN apabila jumlah penyokong kepada parti itu semakin meningkat.

Katanya, tidak kurang juga sokongan daripada bukan Melayu yang menunjukkan peningkatan.

“Kita tengok ceramah malam ini penyokong meningkat, melimpah sampai keluar.

Sumber : FMT

Kereta Terbang BN dan PAS Muncul di Rantau!



Kereta Terbang BN dan PAS muncul di Rantau. Nampaknya BN dan PAS lebih hebat cipta kereta terbang terawal dari PH...

Seorang paraglider membawa bendera Barisan Nasional (BN) menghiasi langit biru Pekan Rantau ketika turut sama memeriahkan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di sini pagi tadi.

Reka bentuk lebih cantik berbanding dengan Prototaip PH yang guna 4 kipas. Lepas ni rakyat di Rantau tak perlu lagi bayar tol, bebas terbang kemana sahaja. #PRKRantau #KeretaTerbang

Saturday, April 6, 2019

Tokoh Besar PH Berkempen Di Rantau Itu Perkara Biasa, Rakyat Lebih Yakin...



Rantau, 5 April – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin melihat sesiapa pun yang turun membantu kempen Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ianya adalah perkara biasa. Bagi beliau, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau lebih dikenali Tok Mat lebih diyakini kerana pemimpin ini bukan sahaja anak tempatan dan penyandang kawasan berkenaan tetapi juga yang menjalankan tugas-tugas presiden parti #KhairyJamaluddin #TokMatHasan #PRKRantau

Wednesday, April 3, 2019

Semua Terdiam Khairy Jamaluddin Hentam Lim Guan Eng



Rakaman penuh ucapan YB Khairy Jamaluddin (Rembau - BN) ketika menjadi pembahas pertama bagi Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat. #KhairyJamaluddin #LimGuanEng #PrkRantau

Sunday, April 15, 2012

Waris Malaya Bukti Sokongan Muda Kepada BN


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Waris Malaya, yang secara rasminya menjadi Sahabat Barisan Nasional (BN) pada Sabtu, membuktikan golongan muda sentiasa menyokong BN.

“Siapa kata orang muda tak sokong? Waris Malaya ini bukankah orang muda?” katanya semasa berucap melancarkan Waris Malaya sebagai Sahabat BN di Dataran Transformasi Kampung Jalan Kebun di sini, Sabtu.

Beliau berkata perhimpunan yang melibatkan ramai golongan muda termasuk yang masih belasan tahun dan belum layak mengundi merupakan cerminan dan manifestasi bahawa angin kencang sedang bertiup di bumi Selangor.

“Angin kencang akan meranapkan sesiapa cuba menolak perubahan yang dituntut rakyat Selangor, yang ingin kembalikan BN di Selangor,” katanya.


“Hanya BN yang boleh menjamin masa depan negara ini dan para pemimpin kami bertanggungjawab untuk menyediakan sebuah negara yang lebih baik dan makmur menerusi ekonomi yang berkembang dengan begitu memberangsangkan, selain kekayaan baru dapat dijana dan dipacu.

“Negara lebih maju, rakyatnya lebih sejahtera kerana rakyat ada pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan melalui Pelan Transformasi Ekonomi yang kita laksanakan. Lebih 300,000 (peluang pekerjaan) telah dan akan di disediakan,” katanya.

Najib berkata sudah tiba masanya rakyat Malaysia melihat ke hadapan satu era baru menerusi transformasi bukannya reformasi kerana transformasi adalah lebih baik daripada reformasi.



“Kalau tidak percaya, tanya Senator Ezam Mohd Noor (penaung Waris Malaya). Dia sudah tinggalkan reformasi kerana dia tak percayakan reformasi.

“Reformasi berakhir dengan baling kerusi, reformasi bersiri dengan Bersih 1.0, Bersih 2.0 , Bersih 3.0. Transformasi (BN) membawa kepada perubahan kepada rakyat, kita lebihkan pekerjaan, kita berikan BR1M kepada rakyat,” katanya lagi.

“Tidak perlu demonstrasi jalanan tetapi berkumpullah secara aman tetapi yang penting mesti ada rasa tanggungjawab kerana bumi ini adalah bumi yang bertuah dan perlu dipertahankan,” katanya.

Najib berkata berkata BN mampu membawa perubahan besar kepada Selangor jika ia kembali menerajui negeri ini.

Beliau menarik perhatian kepada pelbagai masalah yang berlaku di Selangor sekarang termasuk isu air bersih berikutan kegagalan kerajaan PKR menanganinya.

“Selangor tidak boleh dipisahkan daripada perubahan besar… susah jika Selangor dipegang oleh orang lain. Susah nak dapat kelulusan tanah, susah nak dapat bekalan air.

“Krisis air akan berlaku tidak lama lagi kerana ia (kerajaan negeri) menghalang Projek Langat 2. Kita (kerajaan Pusat) nak laksanakan tapi ia tak diberi development order (perintah pembangunan), ini akan menimbulkan krisis air,” katanya.

Najib berkata para pelabur mula bimbang kerana sukar menambah kilang yang dapat memberikan peluang pekerjaan untuk rakyat Selangor berikutan keengganan kerajaan Selangor meluluskan pelaksanaan projek itu, yang akan menyalurkan air mentah dari Pahang ke Selangor.

“Akan berlaku satu musibah yang berat kepada rakyat Selangor jika bekalan air tidak mencukupi. Perkara ini sebenarnya boleh diselesaikan menerusi perundingan tetapi jika tidak boleh, nampaknya ia perlu diselesaikan menerusi pilihan raya dengan memilih BN,” katanya.

Pada majlis itu, Najib juga berterima kasih kepada konvoi belia bermotosikal yang mengiringinya semasa membonceng sebuah motosikal dari Tol KESAS Bukit Kemuning ke Kampung Jalan Kebun, di mana acara itu diadakan.

Pada majlis itu, Presiden Waris Malaya Sheikh Whessal Sheikh Ahmad berkata pertubuhan bukan kerajaan itu bermatlamat menjadi benteng dalam mempertahankan negara daripada ancaman pengkhianat negara yang menjadi alat kepada kuasa asing.

Waris Malaya atau Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia Selangor ditubuhkan pada Disember tahun lepas