Showing posts with label Gombak. Show all posts
Showing posts with label Gombak. Show all posts

Wednesday, January 25, 2012

Hujan Tak, Ribut Pun Tak... Tiba-Tiba Banjir Di Gombak!


Ajaibkan, hujan tak ada, ribut tak ada tiba-tiba banjir... Inilah yang terjadi di Taman Sri Gombak, semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor macam-macam perkara yang tidak diingini berlaku..

Masalah berpunca dari pembentong air lama yang pecah dan berkemungkinan longkang juga tersumbat. Inilah padahnya apabila Selangor diperintah oleh Pakatan pembohong habis semua jahanam!, masyarakat hidup dengan sampah sarap, air minuman pula di cemari dengan air karat!

Apa dah jadi dengan Selangor sekarang ini?

Selepas empat tahun mentadbir negeri Selangor sejak pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang masih tidak menunaikan janji-janji mereka sehingga menyebabkan sesetengah pihak berasa kecewa.

Adalah lebih baik jika BN mengambil alih semula kerajaan negeri segala masalah seperti sampah sarap, air dan lain-lain akan selesai.




-Bro Jinggo

Sunday, January 15, 2012

Orang Minyak Menganas di Gombak!



Sejak beberapa minggu yang lalu penduduk ibukota dikejutkan oleh berita orang minyak yang menceroboh kedalam rumah sekitar Gombak.


Kronologi Serangan Lembaga Orang Minyak di Selayang Gombak

Lokasi:
Sekitar Jalan laksamana
Kampung laksamana, Selayang
Batu caves, gombak

20 Disember 2011/Selasa , 12 malam – Gadis 17 tahun nampak lembaga hitam bertenggek di sink dapur dan ghaib
21 Disember 2011/Rabu , 11 malam – Remaja nampak lembaga hitam intai tingkap dapur dan ghaib. Polis datang jumpa kesan tapak tangan berminyak
22 Disember 2011/khamis , 10 malam – Remaja kena calit 3 calitan berminyak hitam di lengan/dengar suara halus
23 Disember 2011/Jumaat , 3 pagi – org ramai kejar lembaga hitam/ghaib kawasan semak bertanda minyak hitam
24 Disember 2011/Sabtu , 2 pagi – Lembaga hitam berjaya dikepung/dicucuk buluh runcing/hilang bila masuk rumah jiran
25 Disember 2011/Ahad , 4 pagi – Lembaga hitam dikesan dicelah pokok pisang/ pergerakan atas bumbung penduduk dikesan
26 Disember 2011/Isnin , 3 pagi – Pengera atas bumbung penduduk berbunyi empat kali.

Rekod: 7 buah rumah di Jalan Laksamana 1 telah diganggu orang minyak. Jumlah orang minyak: 2 lembaga

Laporan Orang Minyak di Gombak
* Hanya ahli keluarga perempuan sahaja yang nampak
* Muncul pada awal pagi dan mengunci pintu dari dalam
* lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut
* polis menemuni tompok hitam
* perempuan di calit minyak oleh lembaga orang minyak

Dahulu kes kecoh di Bentong apabila orang kampung berjaya menagkap orang minyak, sekrang di Gombak. dan pernah tertangkap di taman pinggiran Batu Caves dalam bulan September.

Apa motif Orang Minyak ni? Merogol? Merompak? Adakah ada ilmu yang di amal kan?

Atau pun Azmin Ali menghantar orang minyak untuk mencuri minyak di sekitar Gombak?

Tuesday, December 6, 2011

Tanda-tanda Awal Kejatuhan Pakatan Haram Di Selangor !


Papan iklan ini memberi pertanda kejatuhan kuasa Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Hassan Ali di Selangor... 
Sayonara bro!

Gambar ini aku rakam masa aku keluar mengeteh (minum teh) bersama rakan-rakan aku malam tadi... Nak pecah perut kita orang ketawa apabila melihat papan iklan menifesto PKR ni runtuh! dalam hati aku berkata... inilah petanda kejatuhan Pakatan haram di Selangor!

15 July yang lalu aku ada membuat posting berhubung isu papan iklan ni... pada artikel bertajuk : 5 Penampar Tapak Tangan Untuk Khalid Ibrahim, Azmin Ali dan Hassan Ali. Baca di sini...

15 July sampai sekarang bulan Dec dah masuk 5 bulan bro... itu belum masuk 2 tahun papan iklan ni tersadai di Pinggiran Gombak, turut mencemarkan keindahan kawasan tersebut...


Muka pun dah tak nampak!

Agaknya Ahli Parlimen Gombak buat apa masa ni? aduuuiiihhh... apa kerja si Azmin Ali rrr... Duduk mengangkang kat rumah je ker?

Apa kah benar janji-janji Pakatan Pembangkang dilaksanakan selepas PRU12? Haram !! Janji tinggal janji beb!

Pakatan Haram lebih mementingkan merebut kuasa politik berbanding dengan pertumbuhan ekonomi negara yang mampu menjamin kesejahteraan yang berterusan kepada keseluruhan rakyat Malaysia.

Masa depan Malaysia dan generasi akan datang adalah terletak ditangan rakyat. Rakyat kini bijak dan berkuasa menentukan masa depan mereka dan negara.

Jadi fikir-fikirkan lah...

Thursday, December 1, 2011

Terkini: Pecah Rumah... Negro Di Belasah Separuh Mati

Awang Hitam dibelasah kaw-kaw kerana mencuri!

Gara-gara pecah masuk rumah orang, dua warga asing berbangsa negro kena belasah sampai separuh nyawa oleh penduduk tempatan, sehingga salah seorang daripadanya di kejarkan ke hospital dengan ambulan… Namun dua orang lagi bernasib baik berjaya melepaskan diri…

Gambar kurang jelas sebab aku snap pakai BB smartphone...

Yang menyedihkan sikap beberapa remaja cuba mengambil kesempatan untuk membelasah negro tersebut… ada yang gunakan objek seperti kayu, batu dan lain-lain…

Suasana menjadi tegang apabila, beberapa orang penduduk yang sempati cuba menyelamatkan negro tersebut dari terus dibelasah…

Keadaan reda apabila kehadiran pihak polis..

Kejadian berlaku di Pinggiran Batu Caves, Gombak Selangor… Kawasan Ahli Parlimen Azmin Ali PKR. Macam mana Azmin Ali jaga kawasan pun aku tak tahulah!

Saturday, November 26, 2011

Azmin Ali Tipu Rakyat, Bangsa Sendiri! Kampung Melayu di Gombak Dihapuskan?


GOMBAK: “Kami diusir seperti pendatang sedangkan tanah ini hak kami lebih 40 tahun lalu,” kata penduduk, Zakaria Abu Bakar yang dipaksa berpindah dari rumahnya di Bukit 10, Kampung Tengah, sebelum Selasa ini.

Zakaria, 53, bersama 10 keluarga lain yang tinggal di kawasan berkenaan diarahkan berpindah oleh sebuah syarikat pemaju perumahan kerana dikatakan menceroboh tanah itu.

Katanya, penduduk diberi notis perpindahan yang berkuat kuasa serta-merta minggu lalu dan diberitahu kawasan rumah mereka akan dirobohkan.



“Saya terkejut apabila diberitahu kami perlu berpindah dari kawasan ini secepat mungkin kerana tanah yang didiami dibeli pemaju melalui lelongan bank.

“Kami diberi tempoh hingga Selasa ini untuk berbuat demikian tanpa perbincangan dan rayuan, malah mereka turut meminta setiap keluarga membayar denda RM600 atas alasan menceroboh tanah mereka,” katanya.

Bagi Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Abd Halim Idris, 10 keluarga yang diusir keluar itu penduduk asal Kampung Tengah sebelum mereka dipindahkan.

“Pada 1983, semua penduduk dipindahkan di tanah ini berikutan kawasan penempatan mereka perlu dijadikan jalan utama ke taman perumahan yang baru siap dibina.

“Ekoran itu, pemaju perumahan terbabit menyediakan tanah dan wang pampasan kepada kami sebagai ganti rugi,” katanya.

Bagaimanapun, Abd Halim berkata, pihaknya tidak menyangka pemaju pertama yang membeli tanah mereka itu mencagarkan geran tanah kepada bank sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan pemilik.

“Kami bukan menentang pembangunan, tetapi sekiranya kawasan ini terbabit projek itu, pemaju seharusnya bersemuka dan berbincang terlebih dulu.

“Semua penduduk bukan penceroboh atau penduduk setinggan sebaliknya pemilik asal yang diwarisi sejak turun-temurun, jadi mengapa perlu tanah kami dirampas, malah cagaran yang dibuat bukan atas persetujuan,” katanya.

Taubatlah Azmin! Jangan tipu rakyat! Jangan tipu bangsa sendiri!

Tuesday, August 23, 2011

Video Ahli PKR Gombak Mematahkan Kad Keahlian PKR

Gombak: Seramai 40 ahli Angkatan Muda Keadian (AMK) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO setelah 10 tahun bergiat aktif di dalam parti.

Majlis penyerahan borang UMNO yang turut disaksikan Penyelaras Parlimen Gombak, En. Megat Zulkarnain. Baca lagi di sini...