Showing posts with label Ku Li. Show all posts
Showing posts with label Ku Li. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Nurul Izzah Perancang Utama Ku Li Ganti Anwar


Mungkin tidak ramai yang tahu siapakah perancang utama perbincangan untuk melantik Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim.

Tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa Nurul Izzah Anwar, Naib Presiden PKR  lah yang menjadi perancang utama Ku Li ganti Anwar.

Faktor-faktor utamanya Nurul Izzah mencaturkan gerakan ini ialah kerana sebagai persediaan jika Anwar, bapanya disabitkan bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Bagi Nurul Izzah perjuangan mencari keadilan untuk Anwar harus diteruskan dengan apa cara sekali pun, walaupun terpaksa mengkhianati Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang seharusnya menerajui kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR). 


Untuk mengembalikan sokongan politik PKR yang semakin merundum, Nurul Izzah memerlukan orang seperti Ku Li "bapa politik" yang berpengaruh serta berpengalaman dan yang mempunyai hubungan baik dengan Anwar Ibrahim...

Selain daripada itu, Nurul Izzah juga mendapat dorongan dari kumpulan erdogan dalam parti PAS yang taksub kepada ideologi yang dibawa oleh Anwar. 

Sebagai ahli politik yang baru setahun jagung di dalam dunia politik, kekuatan dari segi pengaruh dalam parti, Nurul Izzah dilihat masih serba kekurangan dan boleh dianggap lemah. Oleh itu Nurul Izzah memerlukan pertolongan dari kumpulan erdagon dan Ku Li demi mencapat matlamat perjuangannya.

Kumpulan erdogan pula telah sebulat suara menganggap Anwar sebagai seorang yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anwar dijulang sebagai pemimpin yang paling berkaliber dan juga pemimpin masa depan. Malahan mereka sudah tidak percaya lagi kepada kemampuan Presiden mereka sendiri untuk memimpin.


Tidak mustahil juga percatur ini digerakan oleh kumpulan erdegon tersebut bagi memujuk Nik Aziz untuk mengadakan pertemuan dengan Ku Li, dalam mencari penganti Ketua Pembangkang yang setaraf Anwar Ibrahim.

Ku Li juga terkenal sebagai pakar mereka percaturan besar, bermula dengan mencabar Tun Mahathir untuk kerusi presiden UMNO pada 1987 serta pengharaman UMNO kemudian menubuhkan UMNO Baru, Semangat 46 dan APU.

Ternyata Ku Li ialah "political animal" yang tidak boleh ditolak tepi begitu sahaja. Semangat juangnya masih kental sehingga kini. Kalau tidak masakan Umno/BN mampu tawan semula PRK di Galas Kelantan?

Ini bermakna Nurul Izzah juga menaruh harapan yang menggunung tinggi kepada Ku Li untuk membawa perubahan dalam Pakatan Pembangkang sekali gus menerajui Parti Keadilan Rakyat!

Politik Harian/Bro Jinggo

Wednesday, August 3, 2011

Kenapa Ku Li bukan Azmin Ali ganti Anwar?

Agendadaily: Ding Dong pasal ada usaha memujuk veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menerajui pembangkang tidak tamat walaupun Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan perkara itu.

Ramai tahu pendirian politik Menteri Besar Kelantan itu yang ada masanya jadi lalang dan cakap tidak serupa bikin selain kerap keluarkan ‘fatwa’ sendiri yang memihak PAS dan pembangkang.

Bagi bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari , penafian Nik Aziz itu adalah penafian politik kerana beliau sendiri percaya ada pertemuan dikalangan pemimpin PAS berhubung usaha membawa Tengku Razaleigh atau Ku Li ke dalam pakatan pembangkang.

Anuar melihat usaha pemimpin-pemimpin PAS itu sebagai langkah awal parti itu menolak Anwar yang bakal menamatkan karier politiknya jika disabitkan kesalahan dalam kes liwatnya dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketika ditanya Agendadaily, kenapa bukan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dipilih menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang, Anuar mendakwa Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bukan ‘orang besar’ di mata DAP dan PAS.

Katanya, Azmin mengamalkan politik taksub dan hanya akur kepada Anwar sahaja.

“Pemimpin DAP dan PAS tidak melihat Azmin boleh menggantikan Anwar kerana tanpa Anwar kelak, Azmin bukan sesiapa dalam pakatan pembangkang, malah pemimpin PKR sendiri akan menyingkirkannya,” ujar Anuar.

Menurutnya, memanglah kemenangan Azmin sebagai timbalan presiden adalah langkah dan usaha Anwar mahu memastikan Azmin menggantikannya menerajui PKR dan pakatan pembangkang.

Namun, realitinya Azmin hanya bayang-bayang di belakang Anwar dan jika benar Ku Li berjaya dipujuk menerajui pembangkang, orang yang paling panas punggung adalah Azmin.

Menjawab soalan, Anuar bersetuju bahawa pengganti Anwar mestilah daripada kalangan pemimpin pembangkang.

Kalau ambil kira matlamat ketua pembangkang mahu jadi Perdana Menteri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah pilihan tepat walaupun DAP mungkin tidak senang hati dengan pilihan tersebut.

Mengenai Ku Li pula, Anuar percaya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu tidak akan mengulangi kesalahan lalu apabila menubuhkan Semangat 46 dan menentang presiden UMNO dalam pemilihan parti.

Beliau tidak nampak bekas Menteri Kewangan itu akan melakukan kesilapan lagi yang boleh menjejaskan reputasi politiknya.

Bagaimanapun, ada pula pihak berpendapat, UMNO tidak perlu takut atau bimbang jika Ku Li menerima pelawaan menerajui pembangkang.

“Kenapa perlu takut dengan beliau sedangkan ada kalangan pemimpin UMNO anggap Ku Li sudah tidak relevan dalam parti,” kata seorang pemimpin yang rapat dengan Ku Li.

Tambahnya lagi, “Jika ada orang lain pelawa, kenapa nak bising. Mungkin mereka fikir Ku Li penting, sebab itu mereka perlukan beliau,”.

Namun pada pendapatnya, bukan sesutu yang mudah bagi Ku Li menerima tawaran itu kerana beliau masih pemimpin UMNO dan ahli parlimen BN.

Mengambil kira semua itu, pemimpin terbabit menyifatkan pendedahan ahli parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim sebagai cakap-cakap politik sahaja.

“Beliau wakil rakyat Bebas maka dia bebas nak cakap apa,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin percaya Ku Li tidak akan menerima pelawaan itu terburu-buru.

“Sebab itu beliau tubuhkan NGO Amanah baru-baru ini dengan bawa masuk ramai pemimpin lama BN..Ku Li nak test market,” katanya kepada Agendadaily.

Menurut Zulkifli, kalau Ku Li terimapun pelawaan itu, mungkin kerana merasakan beliau lebih dihargai oleh pembangkang terutama DAP dan PAS yang mahu mengenepikan Anwar.

Ku Li Ganti Anwar, Nik Aziz Dicabar Buat Kenyataan Terbuka


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mencabar Nik Abdul Aziz membuat satu kenyataan rasmi bagi mencabar fakta tersebut dan bukannya berselindung di sebalik nota di laman sosial Facebook.

Beliau berkata, sebagai individu yang tahu hukum-hakam agama dan ditambah lagi dengan kedatangan Ramadan yang suci ini, Nik Abdul Aziz sepatutnya bercakap benar berhubung isu yang didedahkannya sebelum ini.

Pendedahkan gambar Nik Aziz didalam perbincangan bersama anak-anak pemimpin UMNO berhubung perancangan melantik Ku Li ganti Anwar

Pertemuan antara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung pelawaan pembangkang agar Ahli Parlimen Gua Musang itu menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang memang benar-benar berlaku.

Kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur, para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta isu rakaman video seks membabitkan seorang pelacur, para pemimpin pembangkang terpaksa mencari pengganti Anwar.

Kita tunggu sahaja Pok Nik sahut cabaran Zahrain!

Pemuda Gua Musang Yakin Pada Ku Li

Pemuda UMNO Gua Musang yakin Tengku Razaleigh Hamzah akan terus kekal bersama UMNO biarpun khabar angin mengatakan beberapa pemimpin pembangkang memujuk dan menawarkannya menjadi ketua pembangkang.

Ini kerana mereka menyifatkan Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai pejuang Melayu dan UMNO yang tulen dan tidak akan terpengaruh dengan tawaran pembangkang.

Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Bazlan Baharuddin berkata, Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang selama ini dikenali hanya mempunyai satu hasrat dalam perjuangannya iaitu untuk melihat Melayu dan UMNO selamat serta dihormati.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim bahawa Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu dipelawa memegang jawatan ketua pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan pakatan pembangkang dilihat membelakangkan Anwar apabila didakwa mempelawa Tengku Razaleigh sebagai ketua pembangkang secara rahsia.

Bazlan berkata, kesetiaan Tengku Razaleigh kepada UMNO tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

"Semasa UMNO diharamkan, beliau menubuhkan parti Semangat 46 kerana ingin selamatkan orang-orang UMNO daripada menyertai Pas. Percayalah Ku Li tidak akan sertai pembangkang atau tubuhkan parti pembangkang.

"Hasratnya adalah satu iaitu hanya ingin melihat Melayu dan UMNO selamat serta dihormati seperti dahulu," katanya.


Tuesday, August 2, 2011

Dewan Ulama PAS Tolak Anwar Sokong Ku Li Sebagai Ketua Pembangkang

Jelas pelawaan pihak pembangkang kepada Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabit kesalahan dalam kes liwatnya adalah benar.

Malahan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tidak menafikan kemungkinan Tengku Razaleigh Hamzah bakal memegang jawatan Ketua Pembangkang, menggantikan Anwar Ibrahim.

Menurut kata Datuk Harun "Kita akan tengok dulu daripada segi prestasi beliau Ku Li, kalau beliau ada pengikut yang ramai atau sokongan majoriti dalam kalangan parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan jadi Ketua Pembangkang.

"Begitu juga dengan Anwar, beliau boleh berunding dan kalau tak dapat majoriti penyokong, mungkin beliau (Anwar) tak akan duduk di situ lagi (menyandang jawatan Ketua Pembangkang),"


Mungkin juga Dewan Ulama PAS sudah hilang kepercayaan terhadap Anwar berhubing kes liwat dan video seks Anwar, justeru itu Dewan Ulama Pas membuat kenyataan secara terbuka dan mahu Anwar berundur dengan segera.

"Setiap pemimpin termasuk Anwar tidak semestinya menyandang sesuatu jawatan itu dalam tempoh yang lama, sebaliknya perlu memberi laluan kepada orang lain".

"Beliau tak akan selama-lamanya jadi Ketua Pembangkang, jika orang lain yang mendapat sokongan majoriti dalam pembangkang, maka dia pula yang akan jadi ketua," kata Datuk Harun.

Adakah ini satu "Lawak Jenaka" yang dikatakan oleh Nik Aziz? Baca disini...

Di bulan Ramadhan yang mulia ini eloklah Dewan Ulama PAS membuat cadagan agar cuti sementara waktu diberikan kepada Nik Aziz, berilah peluang kepada beliau untuk menghabiskan masanya bersama anak cucunya... Berehatlah Tuan Guru Nik Aziz...

Monday, August 1, 2011

Ku Li Ganti Anwar, Nik Aziz Pula Yang Melompat


Terlebih dahulu minta Nik Aziz jelaskan apa agenda perjumpaan dalam gambar diatas... Nak tahu lebih lanjut baca disini...

Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan "perbincangan rahsia" untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka.

Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lawak tak lawak... Pendedahkan gambar Nik Aziz didalam perbincangan bersama anak-anak pemimpin UMNO berhubung perancangan melantik Ku Li ganti Anwar tu apa kes???

Semalam, New Straits Times melaporkan, NGO Jaringan Melayu Malaysia menggesa Nik Aziz menjelaskan penglibatannya dalam pertemuan yang didakwa berlangsung tanpa pengetahuan Anwar.

Presidennya Omar Salleh juga menimbulkan persoalan sama ada pertemuan itu diadakan secara rahsia kerana Anwar kemungkinan didapati bersalah dan bakal merengkok dalam penjara.

"Mungkin peguam Anwar Karpal Singh memberitahu DAP dan PAS bahawa keadaan Anwar dalam kes pertuduhan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan; dan ini membawa kepada usaha mencara calon pengganti bagi mengisi jawatan ketua pembangkang," Omar dipetik sebagai berkata.

Sementara itu, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula baru-baru dilaporkan mendedahkan usaha itu yang didakwanya sebagai rancangan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13.

Friday, July 29, 2011

Ku Li dipelawa Jawatan Ketua Pembangkang


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Satu pertemuan diadakan oleh pucuk pimpinan pembangkang bersama Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

Nampaknya Pakatan Pembangkang amat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber bagi menggantikan Anwar, inilah realiti yang berlaku sekarang. Di dalam pembangkang sendiri tidak ada pemimpin yang boleh menggantikan Anwar. Jika dilantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tentu Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dan begitu juga sebaliknya.

Harap Ku Li menolak pelawaan terdesak dari Pakatan pembangkang tersebut... Di saat orang Melayu yang semakin berpecah, pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang akan memburukkan lagi keadaan. Perpaduan orang Melayu akan bertambah parah. Melayu perlu bersatu.

Kalau orang atasan Pakatan Pembangkang sendiri percaya Anwar  akan ke penjara Sungai Buluh... Penyokong Anwar tunggu apa lagi, sudah tiba masanya anda membuat perubahan... kembalilah ke pangkal jalan..