Showing posts with label Mahasiswi. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswi. Show all posts
Saturday, May 12, 2012
Mahasiswi Bidas Ambiga Dan Anwar
Salam Blogger,
Ini pandangan hebat dari seorang mahasiswi mengenai isu BERSIH3.0 yang difikirkan beliau sebagai gagal dan tak memberi manfaat kepada kita :
"Perhimpunan yg diadakan di stadium adalah lebih baik kalau nak dibandingkan dengan perhimpunan jalanan.
Keadaan lebih teratur dan tersusun, tidak mengganggu ketenteraman masyarakat dan tak menggugat keselamatan negara.
Dan perhimpunan seperti itu tidak akan merosakkan pandangan pelancong dari luar, in fact mereka akan kagum dengan perpaduan dan semangat rakyat Malaysia.
Tidak ada salahnya kalau penganjur bersih menerima tawaran untuk menggunakan stadium dan perhimpunan mereka akan lebih berjaya serta dipandang tinggi dalam usaha untuk menuntut pilihanraya yang bersih.
Masih banyak ruang dan peluang yang diberikan kepada mereka. Kita mahukan keamanan dan tindakan berhimpun di jalanan bukanlah apa yang masyarakat mahukan
Saya harap masyarakat Malaysia khususnya mampu menilai, dan mencerna, siapa dan bagaimana cara yang perlu kita ikut.
Kerajaan sudah bersikap terbuka dengan membenarkan mereka berhimpun di stadium. Tetapi apa balasan yang diberikan? Diberi bunga, dibalas tahi. Malah tindakan demonstran yang mencabar dan memburuk burukkan polis adalah sangat dikesali. Sudah menjadi tugas polis untuk memastikan keselamatan masyarakat dan negara.
Semoga masyarakat sedar kepentingan keamanan di negara ini. Saya sebagai seorang mahasiswa, seorang belia, seorang kakak, bakal ibu, mahukan negara yang aman untuk generasi masa hadapan. Saya tak mahu dipersalahkan suatu hari nanti andai kata Malaysia kucar kacir, dan demonstrasi menjadi budaya dalam masyarakat kita."
- Ilham Jamil Khir
Wednesday, January 4, 2012
Mahasiswi Mahu Terus Menetap di Asrama, Walaupun Dipecat...
Kata orang fikir masak-masak dulu sebelum buat keputussan kerana setiap keputusan yang pasti merubah masa depan, jangan pula bila dah kena baru nak menyesal...
Seorang daripada pelajar yang disingkirkan daripada kolej kediaman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, beliau bernekad untuk terus menetap di asrama berkenaan sehingga notis rasmi diberikan.
Siti Nurul Piteriah Abdul Halim atau dikenali sebagai Yuyu Luna, yang menyertai demonstrasi mahasiswa di luar UPSI di Tanjung Malim pada 1 Jan, telah dimaklumkan untuk mengosongkan asrama kediamnya berkuat kuasa serta-merta, jam 9.30 malam, selepas dia dibebaskan pada sebelah petang hari demonstrasi berkenaan.
Kira bernasib baiklah Yuyu Luna ni sebab belum terima notis buang Universiti... Kalau lah nasib tak baik Yuyu Luna di buang dari Universiti... macammana Yuyu Luna nak beri tahu dekat mak bapak dia?
Sayang sekali... kerana menyertai perhimpunan haram Yuyu Luna sanggup lacurkan masa depannya...
Semoga ianya dapat memberi pengajaran kepada Mahasiswa yang lain... Beberapa hari sahaja lagi korang nak final exam... bayangkan jika Yuyu Luna benar-benar di beri notis buang asrama? Di mana dia nak berteduh? Macammana nak study? Takkan nak merempat dekat rumah orang lain pulak...?
Lain kali berfikir guna kepala otak bukan kepala lutut...
Subscribe to:
Posts (Atom)