Showing posts with label Muslimat PAS. Show all posts
Showing posts with label Muslimat PAS. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Muslimah PAS Pertahan 'Goyang Gerudi Inul' Ketika Menyokong Anwar


Muslimah PAS mempertahankan tindakan ahli dan penyokongnya ketika menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan mahkamah tinggi Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Timbalan ketuanya, Dr Mariah Mahmud berkata, tidak ada apa salahnya bernyanyi beramai-ramai dengan bersemangat.

Beliau berkata, amalan ini berlaku di negara-negara Islam lain termasuk di Timur Tengah dan Indonesia.

Menurutnya, Muslimah yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa dan bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.

Dr Mariah berkata, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang mengiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

“Apalah “kesilapan” yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum Hudud” katanya.

---

Muslimat Pas ini seolah-olah lupa diri sehingga sanggup mengeluarkan perkataan ''UMNO mampus'' tidak salah... malah ada kalangan mereka yang gagal menjaga aurat dengan selamba bersalaman dengan lelaki bukan muhrim.

Di zaman nabi kaum muslimat berlarian kegembiraan sambil menyanyi untuk menyambut kepulangan panglima perang dengan nasyib-nasyid pujian dan sanjungan ala-ala Ta'albadru... sebagai tanda kegembiraan. Namun mereka masih menjaga aurat dan adat sopan santun. Jauh beza dengan apa yang di perlakukan oleh muslimah PAS...

Selain daripada itu muslimat Pas melompat dan melolong-lolong mereka menyanyi dengan seni kata rekaan mereka yang kurang sedap didengari. Apakah ini hasil liberalisasi dalam muslimat yang diperjuangkan selama ini?

Inilah padahnya bila PAS berkahwin campur dengan PKR dan DAP! semuanya dah jadi halal... Hancusss....

Tonton video klik di sini...

Video Muslimat Terlampau...



Hebat! mari kita perhatikan muslimat PAS goyangkan pinggulnya lebih 'kocok'... ala-ala gerudi Inul... Goyang bang!!!!

Adalah tidak sesuai apa yang diperlakukan oleh muslimat yang berada dalam harakah Islam seperti Pas. Kaum wanita Islam bukan tidak boleh menyanyi dan melahirkan kegembiraan, berhibur, menari... boleh tetapi ia masih ada batas-batas dan haknya.

Muslimat Pas itu melompat dan melolong-lolong mereka menyanyi dengan seni kata rekaan mereka yang kurang sedap didengari. Ia agak kasar pada telinga kita orang Melayu dan Islam. Misalnya perkataan "Umno mampos... Umno mampos" tidak wajar digunakan. Bagi perempuan agak huduh menggunakan perkataan itu. Kalau pun marah tidak sepatutnya perkataan itu digunakan. Bahasa yang bombastik begitu layak diucap si salentia saja.

Video URL: http://youtu.be/ZJlbJwhm0dA

Besok aku dedah kan lagi...